Showing posts with label Daerah Ranau. Show all posts
Showing posts with label Daerah Ranau. Show all posts

6 Nov 2014

Ranau : Maut Ditikam Bertubi-tubi Akibat Pertelingkahan Mengenai Hak Menggali Pasir

Pertelingkahan yang tercetus antara dua lelaki tempatan yang berkisar mengenai hak menggali pasir di satu kawasan di sini berakhir tragis apabila salah seorang daripadanya mati ditikam bertubi-tubi oleh yang seorang lagi.

djkupang & Friends
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Selasa lepas di Kampung Matupang di sini itu, mangsa seorang pekerja kontrak dikenal pasti sebagai Marcellus Ilinting, 28, beralamat di Kampung Taginambur Pekan Nabalu, Tamparuli.

Suspek yang juga seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun, bekerja sebagai petani dan berasal dari Kampung Terikon, di sini.

Menurut beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian, perselisihan berkaitan kawasan untuk menggali pasir sungai itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Kampung Matupang di antara suspek dan mangsa.

Suspek dipercayai mendakwa bahawa tempat mangsa bekerja sebagai penggali pasir, iaitu satu kawasan tepi Sungai Liwagu di Kampung Matupang, terletak di kawasan tanahnya.

Mangsa yang sedang menikmati minuman keras di restoran terbabit didatangi oleh suspek yang baru balik dari menanam padi dan menyertai mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut saksi kejadian itu, mangsa terlebih dahulu memukul suspek dengan menggunakan tangan dan suspek telah bertindak balas dengan mengeluarkan sebilah pisau yang disimpan dalam saku seluarnya, lalu menikam mangsa di bahagian tengah dada, belakang telinga kanan, atas dahi kanan dan luka panjang di siku tangan kanan.

Mangsa cuba masuk dalam kereta namun terus diserang oleh suspek, di mana cermin kereta mangsa juga pecah akibat disepak oleh suspek.

Saksi juga mengatakan mayat mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa selepas ditikam oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Ranau Assisten Superintenden Polis Rosley Hobden mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu.

KENAPA AMBI PUR MENJADI PILIHAN RAMAI ?
Baca selengkapnya

22 Oct 2014

Daerah Ranau : Seorang Kontaraktor diPROJEK atas Projek

BERITA SABAH : Kontraktor di Ranau jangan terpedaya

djkupang & Friends
Berita Sabah ; Kontraktor di Ranau jangan terpedaya dengan Projek
RANAU: Orang ramai khususnya kontraktor di daerah ini diingatkan tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai Kakitangan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) yang berniat menipu dengan mengaku diberi kuasa melantik kontraktor untuk melaksanakan projek tertentu melalui ‘Rundingan Terus’ dan meminta menyerahkan wang pendahuluan sebagai syarat mendapatkan projek tersebut.

Pegawai Daerah Ranau, Haji Faimin Kamin menasihati agar kontraktor yang menerima panggilan melalui telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun surat berupa tawaran projek supaya membuat semakan kepada pejabat yang berkenaan terlebih dahulu.

“Jangan mudah percaya dengan tawaran seumpama itu kerana bukan amalan atau peraturan kerajaan meminta kontraktor beri wang pendahuluan,” katanya ketika di temui di pejabatnya.

Faimin berkata, baru-baru ini seorang kontraktor tempatan telah datang berjumpa beliau di pejabatnya untuk mendapatkan pengesahan berkenaan surat tawaran yang didakwanya diterima dari seorang individu mengaku kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS).

“Kontraktor itu mendakwa, dia diminta untuk memasukan sejumlah wang ke dalam akaun individu tersebut sebagai pendahuluan untuk kos pengurusan,” kata Faimin.

Sementara itu, dalam kes yang berkaitan, seorang lagi kontraktor tempatan yang enggan namanya disiarkan menjadi mangsa dan kerugian sebanyak lima belas ribu ringgit selepas diperdaya individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Suhaili melalui telefon bimbit dan mengaku sebagai kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS).

Tegas Faimin, selain berhubung dengan Pejabat PPNS Kota Kinabalu atau Pejabat Daerah untuk membuat semakan, beliau turut meminta kontraktor yang menjadi mangsa supaya tampil untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis berhampiran asupaya pihak polis dapat melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya. -SABAHTIMES

MODEL TOYOTA PALING RARE !!
Baca selengkapnya

4 Aug 2014

Berita Terkini Sabah : Hujan Ribut di Daerah Ranau Mengakibatkan Kerosakan di SK Matupang Ranau

Kemaskini Gambar Kerosakan Sekolah Kebangsaan Matupang, Ranau



Berita RTM KK : Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip ketika dihubungi wartawan lokasi BES RTMKK berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan memastikan tahap kerosakan serta anggaran kos berdasarkan Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang ditetapkan. 

Datuk Jame berkata sebaik sahaja operasi tersebut selesai satu laporan lengkap akan dikemukakan pada kadar segera kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KSU, KPM) untuk tindakan lanjut.




Sumber daripada Laman Sosial Berita RTM SABAH

Baca selengkapnya