6 Nov 2014

Ranau : Maut Ditikam Bertubi-tubi Akibat Pertelingkahan Mengenai Hak Menggali Pasir

Pertelingkahan yang tercetus antara dua lelaki tempatan yang berkisar mengenai hak menggali pasir di satu kawasan di sini berakhir tragis apabila salah seorang daripadanya mati ditikam bertubi-tubi oleh yang seorang lagi.

djkupang & Friends
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Selasa lepas di Kampung Matupang di sini itu, mangsa seorang pekerja kontrak dikenal pasti sebagai Marcellus Ilinting, 28, beralamat di Kampung Taginambur Pekan Nabalu, Tamparuli.

Suspek yang juga seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun, bekerja sebagai petani dan berasal dari Kampung Terikon, di sini.

Menurut beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian, perselisihan berkaitan kawasan untuk menggali pasir sungai itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Kampung Matupang di antara suspek dan mangsa.

Suspek dipercayai mendakwa bahawa tempat mangsa bekerja sebagai penggali pasir, iaitu satu kawasan tepi Sungai Liwagu di Kampung Matupang, terletak di kawasan tanahnya.

Mangsa yang sedang menikmati minuman keras di restoran terbabit didatangi oleh suspek yang baru balik dari menanam padi dan menyertai mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut saksi kejadian itu, mangsa terlebih dahulu memukul suspek dengan menggunakan tangan dan suspek telah bertindak balas dengan mengeluarkan sebilah pisau yang disimpan dalam saku seluarnya, lalu menikam mangsa di bahagian tengah dada, belakang telinga kanan, atas dahi kanan dan luka panjang di siku tangan kanan.

Mangsa cuba masuk dalam kereta namun terus diserang oleh suspek, di mana cermin kereta mangsa juga pecah akibat disepak oleh suspek.

Saksi juga mengatakan mayat mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa selepas ditikam oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Ranau Assisten Superintenden Polis Rosley Hobden mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu.

KENAPA AMBI PUR MENJADI PILIHAN RAMAI ?


Bagikan

Jangan lewatkan

Ranau : Maut Ditikam Bertubi-tubi Akibat Pertelingkahan Mengenai Hak Menggali Pasir
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"