Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

22 Oct 2014

KISAH BENAR TRAGIS : Gadis peluk bekas kekasih di khalayak Ramai

Kita mungkin seringkali menyaksikan drama atau filem tempatan yang melakonkan aksi bercinta dan berkahwin dengan orang lain. Ketika majlis perkahwinan berlangsung belum pernah kita mendengar bekas kekasih datang memeluk kekasihnya di khalayak ramai. 

djkupang & Friends

Kisah BENAR yang sangat TRAGIS ini menceritakan bagaimana penderitaan cinta yang tidak diperkenan oleh orang tua.

Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lepas.

Pada tarikh tersebut seorang lelaki dikenali sebagai Rais melangsungkan pernikahannya.

Antara yang hadir di hari berbahagianya itu adalah bekas teman wanita Rais dikenali sebagai Risna, 22.

Persis babak sedih dalam drama, Risna tiba-tiba tidak dapat menahan diri lalu memeluk bekas kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai termasuk isteri Rais.

Difahamkan, Risna dan Rais telah berpacaran selama tujuh tahun tetapi kerana jodoh tiada, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Tindakan Risna membuat suasana majlis menjadi agak kecoh namun ada juga jemputan turut menangis menyaksikan babak drama realiti percintaan yang berlaku depan mata mereka itu.

Keluarga Rais menyatakan pihak mereka sudah pernah bertemu keluarga Risna untuk datang melamarnya bagi dijadikan isteri selepas mereka berpacaran lama, namun lamaran ditolak oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais lagi.

Gambar Risna memeluk Rais di hari perkahwinan lelaki itu yang juga bekas 
kekasihnya yang tersebar di Indonesia.

Gambar Viral kisah wanita peluk bekas kekasih kini semakin popular di Malaysia.

Adakah anda fikir pasangan kekasih yang tidak mendapat restu kedua orang tua adalah sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ? Penulis sangat bersetuju jika anda katakan semua itu berpunca dari diri sendiri. 

TERBAIK !! MODEL TERBARU TOYOTA YANG PALING HANGAT
Baca selengkapnya

19 Oct 2014

Dunia : Kubur Pontianak Ditemui

djkupang & Friends
 Kubur Pontianak Ditemui 
Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.

Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.

Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.  -SINAR HARIAN

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -

Baca selengkapnya

16 Oct 2014

GLOBAL : Jururawat Disyaki Bunuh Pesakit Kerana Sakit Hati

djkupang & Friends
Daniela Poggiali, Jururawat Disyaki Bunuh Pesakit Kerana Sakit Hati

ROME: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.

Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

3 Oct 2014

BIAR BETUL ! Pakar Bedah Temui 4.1 KG Rambut dalam Perut?

Iya memang benar walau sukar untuk dipercayai. Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin.

djkupang & Friends
Pakar Bedah Temui 4.1 KG Rambut dalam Perut
Batken (Kyrgyzstan): Seorang gadis berusia 18 tahun menjalani prosedur perubatan rumit untuk membuang gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram dari dalam perutnya.

Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum.

Baca selengkapnya

24 Sept 2014

Budak Wanita Lebih Sejam Termasuk dalam Mesin Basuh

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa ‘berendam’ selama lebih sejam dalam mesin basuh selepas tergelincir dan terperangkap dalam alat itu.

Dejannah Price, 10, berkata dia hilang keseimbangan ketika membongkok untuk menarik keluar hamparan kecil dari mesin berkenaan.

Sebaik saja kejadian itu disedari ibunya, Diana Brown, wanita terbabit cuba mengeluarkan Dejannah tetapi gagal.



Baca selengkapnya

6 Sept 2014

GAMBAR DAN VIDEO | BUMI MERETAK SEDALAM 8 METER PADA JARAK 1 KILOMETER

Keretakan bumi yang mengejutkan dilaporkan dari Hermosillo, Mexico pada 15 Ogos 2014. Tanpa hujan, angin, maupun gempa, tanah di sepanjang lahan pertanian wilayah terpencil di Mexico merekah dengan ukuran raksasa. Tanah merekah ibarat jurang, sedalam 8 meter, dengan lebar antara 2-5 meter, di sepanjang lebih 1 kilometer.
blog djkupang

Fenomena keretakan bumi yang mengejutkan dilaporkan dari Hermosillo, Mexico pada 15 Ogos 2014. Tanpa hujan, angin, maupun gempa, tanah di sepanjang lahan pertanian wilayah terpencil di Mexico merekah dengan ukuran raksasa. Tanah merekah ibarat jurang, sedalam 8 meter, dengan lebar antara 2-5 meter, di sepanjang lebih 1 kilometer.

Sebuah video yang difilemkan oleh pesawat kawal jauh yang dikendalikan oleh Hermosillo Desde El Cielo membuat penduduk tempatan hingga para saintis terpegun. Parit raksasa yang terbentuk dengan tiba-tiba itu telah memutuskan Highway 26, jalan antara Hermosillo dan pantai di bahagian utara Mexico.

Unit Keselamatan Sivil menduga gempa di lokasi berdekatan menjadi penyebabnya, namun dibantah oleh para ahli geologi lain. Mereka lebih yakin longsor bumi terjadi akibat fenomena pembentukan sungai bawah tanah, kata ahli dari UniversitI Sonora, Mexico.

Retakan baru dilaporkan terus terjadi di wilayah itu. Para ahli geologi akan melakukan penelitian lebih terperinci di wilayah itu bagi mengenalpasti punca kejadian sementara evakuasi para petani dan penduduk dijalankan.







Ini Pula Video untuk Tontonan Anda


Sumber Berita/Info ini adalah hasil pencarian penulis di Internet.
Anda juga boleh rujuk di sini : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2732117/Giant-fissure-splits-earth-open-rural-northwest-Mexico.html

KONGSIKANNYA 
djkupang.com
Baca selengkapnya

30 Aug 2014

Latest News : Kapal Terbang Kargo Ukraine Terhempas di Algeria

Kemakini Berita Nahas Kapal Terbang Kargo Milik Ukraine di Algeria 30/08/2014

Gambar Hiasan Sahaja
ALGIERS (Reuters) - A cargo plane with six Ukrainians and one Russian on board crashed in Algeria's far south early on Saturday, an Algerian transport ministry official said.

The Ukrainian Antonov-12 plane en route to Equatorial Guinea could have crashed for technical reasons, the official said.

It came down at 0240 local time (0140 GMT) after taking off from Algeria's Tamanrasset airport and three burned bodies were found at the crash site, the official added.

Dipetik dari Reuters.

Berita Melayu

Sebuah pesawat Ukraine yang membawa tujuh orang terhempas di Gurun Sahara di Algeria pada awal pagi tadi.

Pesawat kargo jenis Antonov 12 yang sedang dalam penerbangan ke Equatorial Guinea, terhempas dekat sempadan Mali dan Niger pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Terdahulu laporan menyatakan pesawat itu kerana mengalami kerosakan teknikal di Lapangan Terbang Tamanrasset, bandar pedalaman dalam kawasan Gurun Sahara.

Sementara itu, pegawai berkata, anggota penyelamat menemui bangkai pesawat di kawasan pergunungan di bahagian selatan tetapi tiada laporan mengenai nasib penumpang. - AFP

Media asing pun belum ada kongsikan gambar berkaitan nahas yang terbaru ni sehigga artikel ini dikongsikan..
Baca selengkapnya

24 Jul 2014

Kelakar : Agensi Berita AP Tersilap Tweet mendapat Kritikan

Agensi Berita AP Tersilap Tweet mendapat Kritikan 

Agensi berita The Associated Press (AP) pada Rabu melakukan kesilapan besar apabila tersalah tweet sehingga menimbulkan kekecohan di laman sosial itu apabila mengatakan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Belanda.

AP menyiarkan tweet “BREAKING: Dutch military plane carrying bodies from Malaysia Airlines Flight 17 crash lands in Eindhoven. (“TERGEMPAR: Pesawat tentera Belanda yang membawa mayat nahas Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Eindhoven”).

Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan kira-kira 3,851 kali.

Pesawat tentera Belanda yang dimaksudkan sebenarnya selamat mendarat di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.

Menerusi laman Twitter rasmi AP, status berkenaan mendapat kritikan antaranya pemilik akaun Dejavucook (@dejavuccok) berkata: "You are so stupid/you just wrote 'crash lands' (Anda sangat bodoh/anda baharu sahaja menulis 'terhempas').

AP membuat penjelasan mengenai berita pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 tiba di Eindhoven. 

AP bagaimanapun mengeluarkan kenyataan terbaharu selepas itu dengan menjelaskan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 itu selamat mendarat di Eindhoven.

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

[SILA BACA] Fakta Yang Patut Kita Tahu Konflik Palestin-Israel

[SILA BACA] Fakta Yang Patut Kita Tahu Konflik Palestin-Israel 

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel terhadap umat Islam di Palestin kerana ia merupakan tindakan zalim mengikut nafsu dan berniat jahat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Namun,ramai yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.

1. Gaza (termasuk Tebing Barat dan Timur Jerusalem) diperakui di bawah undang-undang dunia serta mahkamah tertinggi dunia iaitu Mahkamah Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wilayah sah milik Palestin.

2. Setiap bangsa Yahudi seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar daripada Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi.

4. Jerusalem Timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Amerika Syarikat (AS) memberi dana sebanyak 5 juta USD setiap tahun untuk Israel.

7. AS boleh diumpamakan bagai lembu dicucuk hidung kerana terpaksa memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar USD18 juta setiap tahun. Paling memalukan,jumlah itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada keseluruhan benua Afrika yang masih hidup serba kedaifan hingga kini.

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar USD4 juta daripada AS yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk. Oleh kerana AS merupakan sekutu utama bagi Israel, maka mereka dengan rela hati memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandirian hubungan dwi-lateral mereka.

9. Majoriti pemimpin AS membantah penggunaan senjata tentera Israel, khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 ketika pertempuran di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear. Mereka juga tidak membenarkan pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

11. Jeneral Tertinggi Israel mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

12.Tahukah anda bahawa Israel telah meledakkan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Sekarang, bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

13. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?

14. Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.

15. Pada satu peristiwa 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, kemudiannya menembak mereka dari jarak setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khas dari pemerintah Israel!

16. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

17. Perdana Menteri Israel pertama iaitu David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa terhadap semua bangsa Arab daripada Israel.

18. Rahib besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin. Bahkan beliau mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:-

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk.”

19. Walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan prasarana pendidikan Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara yang mempunyai bilangan doktor dan pakar perubatan terbanyak di dunia.

20. Majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967, padahal fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya. Tetapi mereka tetap menegaskan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

21. Israel adalah satu–satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin.

22. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.  SUMBER  MYNEWSHUB
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Berita Dunia : Ketumbuhan di Badan Paling Besar Di Dunia

CHINA – Memang menggerunkan apabila menyaksikan ketumbuhan lelaki ini. Ia adalah ketumbuhan paling besar di dunia dengan berat lebih 110 kilogram.

Bayangkan bagaimana penghidapnya, Yang Jianbin, 37, membawa diri dengan beban seberat itu.

Dia bukan sahaja tidak boleh berjalan malah tidak boleh tidur kerana ketumbuhan itu menganggunya.



Yang menghidap ketumbuhan itu sejak berusia sembilan tahun dan pada usia 12 tahun dia telah menjalani pembedahan membuangnya. Ketika itu ketumbuhan itu sebesar penumbuk.

Namun di sebalik proses tersebut, ketumbuhan itu terus membesar selari dengan pembesarannya.

Kini penderitaan itu berakhir apabila doktor mengambil masa selama 16 jam untuk membuang ketumbuhan tersebut dalam pembedahan melibatkan sembilan doktor.

Sebanyak 5,000 milimeter darah terpaksa dimasukkan dalam badannya sepanjang pembedahan itu.

Yang kini semakin sembuh dan dijangkakan keluar hospital pada penghujung bulan ini.
Baca selengkapnya

DUNIA : 28 Terbunuh, 150 Cedera Serangan Israel Ke Atas Gaza

Serangan Israel Ke Atas Gaza

GAZA CITY – Operasi serangan udara berterusan Israel terhadap pejuang Gaza kini mengorbankan 28 orang manakala lebih 150 lagi cedera, lapor pasukan perubatan hari ini.

Ia dianggap serangan berdarah terburuk dalam sehari di semenanjung berkenaan sejak 2012.

Serangan udara yang bermula semalam di Gaza mengorbankan 24 orang, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak manakala askar Israel membunuh empat pejuang Hamas.

Korban nyawa pertama awal pagi ini pula membabitkan enam orang dalam satu keluarga, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Kejadian berlaku apabila serangan bom pesawat Israel mengenai rumah keluarga berkenaan di Beit Hanoun, utara Gaza.

Rumah berkenaan dikatakan milik seorang komander Briged Al-Quds, salah satu sayap Pergerakan Jihad Palestin.

Satu lagi serangan awal hari ini ialah di bandar selatan Rafah yang mengorbankan seorang remaja lelaki. – AFP
Baca selengkapnya

6 Jul 2014

Berita Dunia : Pasangan kembar siam dari Ohio Bakal Cipta Rekod Hidup Paling Lama

Berita Dunia : Pasangan kembar siam dari Ohio Bakal Cipta Rekod Hidup Paling Lama

BEAVERCREEK(Ohio) – Pasangan kembar siam dari Ohio kini menghitung hari untuk dinobatkan sebagai pasangan kembar siam yang hidup paling lama.

Donnie dan Ronnie Galyon akan berusia 62 tahun, lapan bulan dan tujuh hari pada hari ini, sekali gus mengatasi usia Eng dan Chang Bunker, kembar siam terkenal abad ke-19.

Adik pasangan itu, Jim Galyon berkata, kedua-dua abangnya sering bercakap mengenai perkara itu.

Dia sudah merancang untuk mengadakan sambutan paling meriah untuk meraikan kejayaan abangnya itu.

“Mereka sudah sekian lama menghitung hari, termasuk menanda kalendar, untuk meraikan saat bersejarah ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, apa yang mereka inginkan ialah pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness dan segala-galanya akan menjadi kenyataan pada bulan Oktober depan apabila mereka berusia 63 tahun, mengatasi rekod pasangan kembar siam yang berasal dari Itali, Giacomo and Giovanni Battista Tocci.
Ronnie ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini berkata, sudah menjadi impian mereka sejak kecil lagi untuk mengatasi rekod berkenaan di samping tidak sabar untuk melihatnya menjadi realiti.

Kembar berkenaan yang bercantum pada bahagian badan kini tinggal bersama adiknya Jim dan isteri di Beavercreek.

Pasangan berkenaan menjaga kedua-dua abangnya sejak empat tahun lalu.

Malah, penduduk tempatan turut sama membantu mengubah suai kediaman untuk memudahkan kehidupan keluarga itu.

Donnie dan Ronnie pernah menyertai pertunjukan sarkas sebelum bersara pada 1991 dan kini banyak menghabiskan masa di atas katil khas.- Agensi
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Berita Semasa : Jejambat Di Stadium Piala Dunia Runtuh

Berita Semasa :  Jejambat Di Stadium Piala Dunia Runtuh

BELO HORIZONTE, Brazil: Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menimpa beberapa kenderaan di bandaraya Belo Horizonte di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 22 yang lain.

Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas kuning remuk di bawah satu bahagian besar lebuh raya yang jatuh itu, kira-kira lima kilometer dari stadium Piala Dunia dan sedang dibina sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala. 

Seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat," kata Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian. "Saya dengar bunyi yang kuat. Saya lihat dan nampak jejambat runtuh." 

Menurut pegawai perubatan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera, Pihak bomba sebelum ini menyatakan seorang maut dan 13 cedera.  

LIHAT VIDEO

a
-djkupang.com
Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Suarez Semakin Laris, Buka peluang Bisnes

BEIJING: Pembuka botol memaparkan imej bintang Uruguay, Luiz Suarez yang menggigit bahu pemain pertahanan Itali tersebar luas di laman web di China untuk tempahan.

Ternyata insiden membabitkan Giorgio Chiellini itu kini bertukar menjadi peluang bisnes untuk golongan peniaga di negara ini.

Setakat ini, lebih 200 penjual di laman web Taobao menjual pembuka botol itu pada harga serendah 15 yuan.

Bagaimanapun, pembuka botol itu masih belum dihasilkan dan pengeluar berusaha menyiapkan tempahan sebelum ia mula dipasarkan minggu depan.

Penjual, yang dikenali sebagai Lin Mumu0393 memaklumkan dia menerima  108 tempahan dan masih berurusan dengan pengeluar untuk menghasilkan produk itu.

Dia mendakwa akan mempunyai bekalan yang terhad dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, pemilik kilang yang menghasilkan produk itu berkata, syarikatnya sudah menerima banyak tempahan daripada peniaga.
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Terkini : Kepala Zulkifli Abd Hir, Warga Malaysia Ditawar RM 16 Juta -FBI

KUALA LUMPUR: Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia.


Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.



Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.



Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.



"Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis.



Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya.



Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan.

Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya.
Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.


Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.

Sumber perisikan berkata,  ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.

"Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut," kata seorang penganalisis.



Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas.



Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia.

Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan.


Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001.



Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan.
MSTAR ONLINE -djkupang.com
Baca selengkapnya

Semasa : Singapura diserang Lebah

Lebah Serang Singapura

semasa blog djkupang
Sejak beberapa minggu lepas, warga Singapura ada melaporkan beberapa kumpulan besar lebah hinggap di kawasan perumahan mereka ketika serangga itu dalam berhijrah selepas musim hujan.

Memetik laporan laman portal Stomp, seorang warga negara itu Elliot menghantar sekeping gambar lebah berkenaan hinggap secara banyak di tingkap rumahnay menjadikan ia kelihatan seperti langsir besar.

Dia tinggal di rumah pangsa setinggi 12 tingkat di Serangoon Central di Blok 418 pada petang 29 Jun lepas.

Pihak pemusnah serangga perosak kemudiannya bertindak membunuh lebah berkenaan sehingga menyebabkan lebah mati memenuhi setiap tingkat di bangunan berkenaan.

semasa blog djkupang
Menurut laporan Straits Times Singapura, lebah yang berhijrah terpaksa mencari tempat berteduh di dalam bangunan kerana sarang mereka telah musnah akibat angin kencang dan hujan lebat.Musim ini juga menandakan bermulanya musim lebah mengumpul nectar apabila bunga-bunga yang banyak bakal berkembang dan menghasilkan nectar yang banyak.

Menurut laporan Stomp, jika anda berhadapan dengan kawanan lebah yang banyak, anda boleh melarikan diri dengan menutup muka dan berlari sejauh mungkin dalam garisan lurus merintangi angin, sehingga anda sampai ke dalam bangunan.

Lebah tidak boleh terbang laju, jika anda berjaya membuatkan mereka terpaksa melepas tiupan angin, anda boleh terlepas.

Hindari dari berlari dalam pelbagai arah dan ke arah orang ramai kerana itu akan membuatkan orang lain berisiko untuk disengat lebah.
MYNEWSHUB -djkupang.com
Baca selengkapnya

Dunia : Gaya Rambut Empat Segi Untuk Pikat Gadis

Gaya Rambut Empat Segi Untuk Pikat Gadis

Berita dunia, djkupang blog, gaya rambut
Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Wu, dikatakan berbuat demikian kerana mahu dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.

Wu, 54, saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan berpendapatan kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.

Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki berusia 20 atau 30 tahun dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya akan terpikat.

Untuk menggayakan rambut itu bukannya mudah lapor portal Yahoo News.

Wu berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15 hari.

Lelaki berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya ‘Lelaki Berkepala Empat Segi.
The Rakyat Post -djkupang.com 
Baca selengkapnya

Semasa : Menangis apabila rancangan Rompak Hotel tak berhasil


Georgia : Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel tidak berjaya.

Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn dengan menutup mukanya. 

Portal Yahoo News melaporkan kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter.

Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan di situ terdapat kamera litar tertutup. 

“Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis.

Ini bukan kejadian pertama perompak merasa kecewa kerana gagal mendapat apa yang diinginkan.

Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu sedangkan di situ tertera perkataan ‘tolak.’
Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Surabaya, Jawa Timur : Pusat Pelacuran Terbesar Ditutup

JAKARTA 19 Jun - Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup buat selama-lamanya pada Rabu malam (18 Jun).

Penutupan Dolly disusuli dengan perhimpunan di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Menteri Sosial, Salim Segaf Al Jufri; Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, anggota majlis perundangan wilayah, ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

"Apa yang perlu dikekalkan adalah sesuatu yang positif. Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya," Salim dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara semasa perhimpunan hari ini.

Beliau memuji pihak berkuasa berkaitan yang bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

"Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini," kata Salim.

Perhimpunan pada Rabu juga disusuli dengan perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran. Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan.

Sementara itu, Soekarwo menghargai keputusan untuk menutup kawasan Dolly.

"Ini berupa usaha kemanusiaan. Apabila datuk bandar Surabaya Risma mencadangkan untuk menutup Dolly, Saya meluluskan cadangannya," kata Soekarwo.

Ketika ditanya tentang rancangan untuk menghantar pulang bekas pelacur Dolly ke kampung masing-masing, Soekarwo berkata pihak berkuasa tempatan menyediakan pembiayaan bgi rancangan itu.

Ekoran penutupan kawasan Dolly, pihak berkuasa berkaitan seperti Kementerian Sosial dan kerajaan wilayah Jawa Timur memberi pampasan berjumlah 1.5 bilion Rupiah kepada pelacur Dolly dan penduduk yang terlibat dengan keputusan itu. - BERNAMA

Baca selengkapnya

18 Jun 2014

Piala Dunia 2014 : Mexico Leburkan Rekod Brazil Menang 10 Perlawanan


FORTALEZA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa tampil menyelamatkan dua kali percubaan bahaya Neymar membantu Mexico seri 0-0 ketika menentang Brazil dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Castelao, Fortaleza sebentar tadi - sekali gus menamatkan rentetan 10 kemenangan berturut-turut pasukan tuan rumah.

Ochoa bertindak tangkas untuk menafikan tandukan Neymar pada babak pertama, menghalang satu rembatan daripada penyerang pada babak kedua sebelum menghalang satu lagi tandukan daripada kapten Brazil, Thiago Silva pada lewat babak permainan. 

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip empat mata selepas dua perlawanan untuk terus menerajui kumpulan berkenaan. 

Mexico jelas berjaya mendominasi permainan khasnya pada babak kedua dan andai lebih tajam dalam percubaan ke arah pintu gol mereka mungkin sudah mengutip semua mata awal pagi tadi. - REUTERS
Baca selengkapnya