Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

24 Oct 2014

Gempa Bumi Pulau Banggi

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.4 skala Richter berlaku di Pulau Banggi, kira-kira 60 kilometer di timur laut Pitas, utara Sabah, kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, Jabatan Meteorologi, kedudukan gempa dikesan di 7.19 darjah utara dan 117.31 darjah timur.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. -BERNAMA

MODEL TERBARU TOYOTA
Baca selengkapnya

1 Jul 2014

Berita Sabah : Rumah Terbakar di Tambunan


TAMBUNAN: Sebuah rumah milik Lazarus Nitai, 53, di Kampung Kitou musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan Donny Ambou berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.15 malam bergegas ke tempat kejadian bersama 11 anggota dan dua jentera bomba yang diketuai oleh Pegawai Balai Bomba Kanan Dua Juhati Anggula.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 7.44 malam berjaya memadam kebakaran itu pada jam 8.05 malam dengan bantuan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau,”katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.
UTUSAN BORNEO -djkupang.com
Baca selengkapnya

28 Jun 2014

Berita Sabah : Kebakaran di Kg. Melalap, Tenom awal Pagi ini


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun berbangsa murut, dikenali sebagai Itham Nick Ivan ditemui rentung di bilik tidur dalam satu kebakaran rumah di Kampung Melalap Tenom kira-kira pukul 7.44 pagi tadi.

Takziah dari team -djkupang.com

Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Berita Sabah : Warga Emas rentung kebakaran di Semporna

SEMPORNA: Seorang warga emas maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah di Kampung Inabah Kamal di sini malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera dan dua utiliti bersama 12 anggota.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Gapar Nama, 78, berbangsa Bajau didapati rentung dalam kamar mandi ketika cubaan menyelamatkan dirinya.

Katanya, dalam kejadian itu juga dua buah rumah juga didapati rosak dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.23 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.38 pagi.

“Kita juga menerima bantuan sebuah jentera dan empat anggota masing-masing dari Balai Bomba Tawau dan Kunak,’’katanya.

Jelasnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke 28 buah rumah setinggan dan sebuah rumah anak yatim di kawasan berdekatan.

Punca dan jumlah kerugian serta jumlah keluarga mangsa yang terlibat katanya masih dalam siasatan.

Sementara itu menurut menantu mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mertuanya itu gagal menyelamatkan diri kerana api merebak dengan begitu cepat.
Baca selengkapnya

18 Jun 2014

Kampung Pampang Keningau : Sembilan Rumah Musnah dalam Kebakaran [Gambar]


KENINGAU - Kira-Kira 200 orang tinggal sehelai sepinggang selepas sembilan rumah di Kampung Pampang dekat sini musnah dalam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Mudi Pangiran berkata turut musnah dalam kebakaran di kampung setinggan itu ialah beberapa kenderaan milik mangsa.

"Rumah di sini dibina agak rapat di antara satu dengan yang lain menyebabkan api mudah merebak dan ramai penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.20petang sebelum mengejarkan dua jentera bomba dan 13 anggota yang diketuai Komander Operasi Abu Hasan Mohd Nawi ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kediaman berhampiran pada kira-kira 6.20 petang.

Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. - Bernama




Kejadian belaku pada 17/06/2014
Kredit Gambar - Facebook : Kami Sayang Keningau 2.0
Baca selengkapnya

8 Jun 2014

08/06/2014 TANAH RUNTUH : JALAN KOTA-KINABALU TAMBUNAN DITUTUP SEMENTARA


Kedua-dua jalan menghala ke Kota Kinabalu dan Tambunan ditutup sementara ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di kilometer 46 Jalan Penampang Tambunan.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh yang dihubungi RTM memberitahu kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang tadi. ~ AN/DON/SJK



Baca selengkapnya

21 May 2014

Pesawat MAS Disambar Petir, Selamat Mendarat di Langkawi

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari ini.

MAS berkata, pesawat MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.

"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," jelas MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. - Bernama
Baca selengkapnya

20 May 2014

Donggongon : Stesen Minyak Nyaris Terbakar



PENAMPANG: Sebuah stesen minyak Shell di Donggongon, dekat sini hampir terbakar selepas tiga buah kilang yang terletak berhampiran musnah dalam kejadian kebakaran malam Ahad lepas.

Tindakan pantas pekerja stesen berkenaan yang menggunakan alat pemadam api serta menghubungi bomba membantu mengelak api dari merebak ke stesen itu.

Malangnya, tiga kilang berkenaan iaitu kilang perabot dan pengumpulan barang lama yang terletak kira-kira lima meter dari stesen itu hangus terbakar.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 malam dan sampai di lokasi kejadian dua minit kemudian.

Menurutnya, bomba segera bertindak memadamkan api yang hampir merebak di kawasan stesen minyak itu sebelum mengalihkan perhatian memadamkan api di kilang berkenaan.

Beliau berkata, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.11 malam dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Selain api yang marak, bunyi letupan turut kedengaran dan dipercayai berpunca daripada dapur gas yang meletup di salah satu kilang terbabit.

Menurut anak pemilik kilang Grace Enterprise Furniture yang hanya mahu dikenali sebagai Ah May, mereka menyedari kebakaran itu sekitar jam 9.30 malam.

Beliau turut tidak menyangka keadaan api begitu marak dan cepat merebak ke seluruh kawasan kilang.
Katanya, kejadian itu juga mengakibatkan mereka mengalami kerugian hampir RM100,000.



Baca selengkapnya

17 May 2014

TIGA RUMAH MUSNAH DI KAMPUNG GAS DISEBABKAN API LILIN

SANDAKAN, (16 Mei) — Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api lilin di Kampung Gas dekat sini pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu menyebabkan 30 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Faizul Norazman, 20, berkata kebakaran bermula dari rumahnya sebelum merebak ke dua buah rumah lagi yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Beliau berkata beliau memasang lilin di bilik tidurnya ekoran bekalan elektrik terputus dan hanya menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar jeritan adiknya dan mendapati api sudah merebak.

“Saya bersama tiga adik dan tiga adik sepupu saya terus keluar dari rumah menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuk dokumen pengenalan diri saya,” katanya kepada Bernama.

Pihak bomba dan penyelamat menghantar tiga jentara bersama 14 anggota bomba ke tempat kebakaran.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsuddin Yahya melawat mangsa dan memberi sumbangan. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi bantuan makanan. — BERNAMA
Baca selengkapnya

16 May 2014

[TERBARU] Lagi Sekolah Terbakar di Sabah


TUARAN - Dua blok bangunan yang menempatkan tujuh buah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu turut memusnahkan pusat sumber, bilik guru dan bilik pentadbiran sekolah.


Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, sekolah yang dibina pada tahun 1979 itu menempatkan seramai 247 orang murid dan 21 orang guru.

"Buat masa ini, kita akan menggunakan satu blok yang tidak terjejas selain dewan kampung dan makmal untuk meneruskan proses pembelajaran di sekolah ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ini merupakan kejadian kebakaran ketiga melibatkan sekolah rendah di negeri ini dalam tempoh sepuluh hari selepas kejadian sama di SK Tampasak, Kinarut dan SK Simpangan, Kota Marudu.


Gambar : SUMBER

__________________________________________________________________
###################################################################


ITU KISAH YANG BERLAKU 
KELMARIN 15 MAY 2014

Setakat  pengetahuan dan informasi yang saya dapat sepanjang tahun 2014 mengenai kebakaran Sekolah, saya #SHARE dengan semua.

S.K Simpangan ( 6 MEI 2014 )











Baca selengkapnya

12 May 2014

Hujan Lebat : Kuala Lumpur Banjir Kilat

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur susulan hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang tadi.

Paras air meningkat di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Semantan, lapor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Sistem Maklumat Bersepadu Pengangkutan (ITIS) milik mereka.

"3.40 petang - Laporan banjir di LRT berhampiran terowong Chan Saw Lin. Trafik ditutup kedua-dua hala. Berhati-hati," lapor akaun Twitter ITIS (@ITISDBKL).

Terkini, akaun sama melaporkan aliran trafik di sekitar pusat bandar sudah mula sesak.

"4.30 petang - Trafik di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergerak secara sesak dan perlahan di beberapa lokasi terjejas oleh bencana alam. Berhati-hati," lapor akaun itu.

Pengguna akaun Twitter turut berkongsi beberapa gambar dan maklumat tentang paras air yang meningkat di JalanMahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Sebahagian gambar memaparkan paras air meningkat lebih 30 sentimeter dengan hujan berterusan, menyebabkan kerisauan tentang kemungkinan jalan raya sesak selepas waktu pejabat bermula jam 5 petang.

Sumber : [KLIK SINI]

Lagi Gambar :





Baca selengkapnya

9 May 2014

Bengkel Giat Mara di Sikuati Musnah dimamah api

KUDAT: Sebuah bengkel lama GiatMara hampir musnah dimamah api selepas belukar di kawasan berkenaan terbakar dalam satu insiden di Jalan Sikuati, di sini.

Insiden berlaku kira-kira jam 1 petang itu mengakibatkan bengkel usang terbabit terbakar 60 peratus sementara kawasan belukar seluas 15 hektar hangus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Jasri Ab Jal berkata, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi itu bagi memadamkan kebakaran.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.40 petang dan dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dikerahkan bagi operasi memadam api.

“Pihak bomba berjaya mengawal sepenuhnya api daripada merebak pada jam 5.17 petang dan bengkel itu musnah terbakar kira-kira 60 peratus manakala kawasan belukar berkeluasan 15 hektar pula hangus dalam insiden terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SUMBER [KLIK SINI]


[Sekadar bercerita]
Pusat Giatmara Sikuati ini adalah laluan saya untuk ke sekolah suatu masa dulu ketika menuntut di SM Teknik Kudat pada tahun 2001-2002. Usia saya dengan Pusat Giatmara Sikuati cuma sedikit sahaja perbezaannya. Apa khabar orang Sikuati..
Baca selengkapnya

6 May 2014

Kota Marudu : Kebakaran di SK Simpangan [Gambar]



Kebakaran yang belum dapat dipastikan puncanya memusnahkan 5 Bilik darjah dan 1 bilik guru. Kejadian ini berlaku malam tadi. Semoga peruntukan untuk membaikpulih sekolah ini dapat dipercepatkan bagi membolehkan pelajar di sini tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Sumber : DJ Siiputt
Baca selengkapnya

27 Jan 2011

Amaran Hujan Lebat - Pitas|Kudat|Kota Marudu|Sandakan|Beluran||Tongod|Ranau

Sedikit gambaran mengenai banjir kilat yang berlaku di Kg. Salimpodon Laut, Pitas


Sebentar tadi saya melayari Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mencari maklumat mengenai hujan yang berterusan di kawasan Pitas. Pada 25 Januari yang lalu rumah kami di daerah Pitas telah dimasuki air mengakibatkan banjir lumpur tetapi sehingga hari ini tiada tanda-tanda yang hujan akan berhenti.


Akhirnya informasi yang diperlukan dapat juga (lihat gambar di atas). Saya telah kongsikan info ini kepada semua rakan yang tinggal di kawasan yang berhampiran juga kepada rakan-rakan di Facebook. Harap mereka semua dapat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk banjir berlaku.

Buat rakan blogger, jangan lupa untuk melayari Laman Web Jabatan Meteorologi bagi mendapatkan info-info berkaitan cuaca di kawasan kamu dan jangan lupa untuk kongsikan dengan yang lain-lain. "sharing is caring".


P/s : Harap-harap banjir tidak berulang lagi.
Baca selengkapnya