SEMPORNA: Seorang warga emas maut selepas gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah di Kampung Inabah Kamal di sini malam kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera dan dua utiliti bersama 12 anggota.
Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Gapar Nama, 78, berbangsa Bajau didapati rentung dalam kamar mandi ketika cubaan menyelamatkan dirinya.
Katanya, dalam kejadian itu juga dua buah rumah juga didapati rosak dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.23 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.38 pagi.
“Kita juga menerima bantuan sebuah jentera dan empat anggota masing-masing dari Balai Bomba Tawau dan Kunak,’’katanya.
Jelasnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke 28 buah rumah setinggan dan sebuah rumah anak yatim di kawasan berdekatan.
Punca dan jumlah kerugian serta jumlah keluarga mangsa yang terlibat katanya masih dalam siasatan.
Sementara itu menurut menantu mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mertuanya itu gagal menyelamatkan diri kerana api merebak dengan begitu cepat.
Bagikan
Berita Sabah : Warga Emas rentung kebakaran di Semporna
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"