Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

1 Jun 2014

Erra Fazira : Saya Boleh Keluar Dengan Sesiapa Sahaja

SUSAH rupanya menjanda sebagai wanita cantik ini, ada sahaja cerita tidak benar tersebar tidak ikut masa. Kalau dikira primadona kita ini baru sahaja memegang status ini empat bulan lalu. Namun sudah ada dua kisah berlainan yang hinggap di carta gosip tempatan mengenai kononnya Erra Fazira kini sudah menemui pengganti.

Belum lagi ditambah kisah yang bekas suaminya kini juga khabarnya mahu rujuk semula sebagai keluarga bahagia. Kalau kita yang bukan empunya diri sudah rimas mendengar gosip sana sini, bagaimana pula Erra mengharungi waktu getir seperti ini. Bukan niat dia pun mahu mencipta kontroversi, malah kisah-kisah sebegini timbul bila ada yang mengambil terlebih berat soal Erra.

“Saya rasa benda ini timbul bila ada yang nampak saya sedang makan piza dan minum kopi dengan Shahir.

“Jujurnya perkara itu bukan luar biasa, saya juga keluar dengan rakan artis lain. Yang junior mahupun senior, hairan saya bila benda begini diperbesarkan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu RizamanRuzaini di Midfields, Sungai Besi, baru-baru ini.

Berkongsi intipati perbincangan dengan Shahir ketika berjumpa jelas Erra tiada apa yang perlu di kongsi dirinya. Malah lebih meyakinkan Erra turut memberitahu perbincangan itu lebih kepada perbincangan biasa antara rakan.

“Jangan salah erti pada kata-kata Shahir. Saya lihat sendiri temu ramah itu, dan memang dia nampak gugup bila ditanya soal ini. Kalau kita pun kalau tiba-tiba ditanya, saya kategorikan Shahir sebagai seorang budak yang baik.

“Apa yang dibicarakan kami lebih bersifat am, ada juga dia meminta nasihat lakonan. Benda biasa," katanya.

Tidak mahu jauh tersasar, Erra nasihatkan agar hubungan ini tidak terus dijadikan senjata untuk meletakkan dia dalam situasi tidak selesa. Dengan jelas memberitahu siapa Shahir dalam dirinya, Erra pohon agar dia diberi ruang untuk berkawan.

“Saya anggap Shahir sebagai rakan. Sama seperti rakan-rakan saya yang lain. Tiada definisi istimewa atau apa.

“Jujurnya buat masa ini saya tidak fikir hubungan serius lain. Sampai bila saya tidak tahu, semua itu bukan kuasa saya," katanya.

Sebelum ini juga ibu kepada seorang anak ini turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik. Dalam hal ini Erra ternyata ralat malah menjelaskan prinsip sebenar dirinya yang enggan melayan mana-mana suami orang.

“Sebelum ini juga saya dikaitkan dengan ahli politik, yang saya langsung tidak kenal. Jujur saya katakan saya lebih selesa dikaitkan dengan orang bujang dari suami orang.

“Kalau boleh saya akan elakkan berkawan dengan suami orang," katanya.

Tatkala bekas suami cuma melancarkan “kempen" memenangi hatinya semula, Erra lebih senang mendiamkan diri. Baginya tidak perlu ditanya soal ini memandangkan dia lebih mementingkan kebahagiaan anak tunggalnya Engku Aleesya.

“Saya fikir soal itu sensitif, saya lebih pentingkan Aleesya dari hal lain.

“Buat masa ini memang kami baik. Sama seperti ibu bapa yang lain, kami akan sentiasa berada bersama Aleesya jika dia memerlukan kami bersama," katanya.

Bercerita soal bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa minggu lagi, jelas Erra semuanya sama sahaja buat dirinya memandangkan bulan itu masih bulan mencari rezeki buat dirinya. Bakal menyambut raya sebagai ibu tunggal tahun ini, pastinya giliran bersama Aleesya sedikit menggembirakan dirinya.

“Semuanya sama, tetapi bulan Ramadan saya tidaklah seaktif bulan lain. Tahun ini giliran saya beraya bersama Aleesya memang persiapan itu akan lain sedikitlah, memang tidak sabar sebenarnya," katanya.

UTUSAN ONLINE
Baca selengkapnya

23 May 2014

Hanez Suraya, Teman lelaki Saman MAS : Sebarkan Keratan Tiket ke Bangkok

KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya dan teman lelakinya memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System Bhd (MAS) kerana mendakwa petugas syarikat penerbangan itu menyebarkan keratan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada bulan lepas.

Hanez Suraya, atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan writ saman itu melalui sistem e-Filing Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Harjit Sandhu.

Dalam penyataan tuntutannya, pelakon yang memegang watak antagonis dalam drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu berkata pada 20 April lepas, beliau dan Romie menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas dari pintu G8 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dengan pesawat MH0788.

Hanez Suraya mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 yang memakai pakaian seragam defendan.

Beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, Hanez Suraya dan Romie dimaklumkan bahawa keratan tiket penerbangan mereka telahpun dimuat naik ke suatu akaun Facebook dikenali sebagai 'Kami Sokong Liyana Manan'.

Hanez Suraya berkata beliau dan teman lelakinya kemudian memeriksa akaun itu dan mendapati ada lebih 1,000 komen negatif berunsur cemuhan serta cacian terhadap mereka.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan MAS dan/atau petugasnya mendedahkan keratan tiket penerbangan berkenaan di laman sosial adalah tidak beretika serta melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Pelakon itu berkata beliau dan Romie, pada 21 April lepas, melalui peguam mereka menghantar surat, yang antara lain, meminta penjelasan defendan serta ganti rugi bagi perlanggaran APDP selain bertemu pegawai MAS bernama Puan Masitoh, Encik Muhammad Fauzi Mahayuddin serta Encik Nor Azuan Ismail pada 24 April, yang memaklumkan bahawa defendan memerlukan sedikit masa untuk menyiasat perkara berkenaan.

Pada 29 April lepas, plaintif mendakwa mereka menerima surat daripada pihak MAS meminta agar salinan tiket penerbangan itu diserah kepada defendan untuk tindakan lanjut dan permintaan itu dipenuhi hari berikutnya.

Pada 8 Mei lepas, pelakon itu dan teman lelakinya melalui peguam mereka menghantar surat kepada MAS memberi tempoh sehingga 12 Mei berhubung perkara berkenaan namun sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang jawapan.

Hanez Suraya dan Romie mendakwa akibat perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab pihak MAS, gambar keratan tiket penerbangan itu disebar secara meluas di laman sosial, blog serta akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan untuk ditaksir oleh mahkamah, faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh saman difail sehingga penyelesaian penuh, kos dan perintah serta relif lain yang dianggap wajar.

Hanez Suraya, ketika ditemui pemberita, berkata tindakan saman diambil kerana penyebaran keratan tiket penerbangan itu mengganggu pergerakan hariannya.

"Ini soal privasi dan keselamatan saya," katanya.

Beliau ditemani peguam Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana Abdul Rahman. Harjit pula berkata writ saman akan diserah kepada MAS selewat-lewatnya esok.

ASTRO AWANI
Baca selengkapnya

21 May 2014

Kumpulan Wings buat laporan polis lagu album baharu dicetak rompak

Kuala Lumpur: Kumpulan Wings membuat laporan di Balai Polis Melawati, di sini, kira - kira jam 7.30 malam tadi berikutan lagu daripada album baharu mereka, Menakluk Kosmos dicetak rompak tiga hari sebelum majlis pelancaran, semalam.

Vokalisnya, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata mereka sudah muak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri karya muzik untuk jalan mudah selain mendesak pihak berkaitan urusan pemasaran dan pengedaran album itu turut serius menangani isu berkenaan. 

"Kami bukan menyalahkan KRU Music Group (KMG) mahu pun Sony di atas isu ini tetapi tiada tindakan susulan diambil walaupun sudah melaporkan empat lagu baru kami dimuat turun secara percuma pada 17 Mei kepada pihak pengurusan kami. 

"Hinggalah hari pelancaran seakan tiada maklum balas. Laporan ini sebagai bukti kami bertegas memastikan album yang kami hasilkan selepas lebih 13 tahun tanpa album baru tidak dicuri begitu saja," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Awie ditemani anggota Wings lain iaitu Joe, Black dan Eddie ketika membuat laporan polis. 

Terdahulu, mereka meluahkan kekecewaan selepas lagi berjudul Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia serta Bisa Yang Tertunda yang dilancarkan lebih awal di iTunes untuk tujuan dimuat turun percuma tanpa kawalan.

Lebih pelik apabila sebuah lagu yang belum dilancarkan, Hey Lihat Sini yang sepatutnya akan digunakan sebagai lagu runut bunyi sebuah filem terbitan KRU turut mudah dimuat turun.

Kali terakhir kumpulan rock itu menerbitkan album ialah pada 2002 dengan Naga Keramat. 

Wings yang hampir tiga dekad berada dalam industri muzik bernaung di bawah KMG sejak Julai 2012 demi album Menakluk Kosmos selepas mengakui tertarik dengan strategi promosi serta pasaran syarikat terbabit.

-Berita Harian-
Baca selengkapnya

6 May 2014

Datuk Aziz Satar : Pelakon, Pelawak Veteran Meninggal Dunia


Gambar  dari google
CHERAS: Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah.

Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara. 

Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan.

Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur.

Antara artis yang hadir menziarahi jenazah ialah Datuk Mustapha Maarof, Azlina Aziz, Rahim Jalani dan Aspalela Abdullah.


Sumber : Berita Harian

AL FATIHAH..
Baca selengkapnya

5 May 2014

Jimmy Palikat : "Saya mengambil keputusan Menarik Balik untuk sertai PERKASA berkuatkuasa Serta Merta"

Berikut adalah kandungan penuh kenyataan akhbar penyanyi Jimmy Palikat mengenai keputusannya untuk membatalkan permohonan menyertai PERKASA.


Gambar dari FB fan Page JP
“Seperti yang tersebar dalam pelbagai media baru-baru ini, saya telah memohon menjadi ahli PERKASA. Niat saya adalah ikhlas, yakni memperkembangkan kerjaya seni saya melalui jaringan seni yang lebih luas dengan warga seni yg menjadi ahli pertubuhan tersebut. Saya sama sekali tidak ada niat melibatkan diri dalam perjuangan politik pertubuhan tersebut kerana saya bukan seorang ahli politik.

Malangnya permohonan saya menjadi ahli PERKASA telah disalah-tafsir sebagai menyokong pendirian pertubuhan tersebut dalam isu2 tertentu yang tidak disenangi oleh sebahagian masyarakat kita khususnya di Sabah & Sarawak. Saya faham & menghargai sensitiviti mereka. Sebagai ‘orang Sabah’ saya masih tetap & kekal berpendirian sebagai ‘orang Sabah’ yang memiliki toleransi tinggi dalam hubungan kaum & agama.

Saya telah meminta nasihat & pandangan sahabat handai, ahli2 keluarga & pemimpin2 Sabah yang saya kenali. Setelah menimbang semua pandangan, saya mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK permohonan saya menjadi ahli PERKASA berkuatkuasa serta merta.

Perjuangan & kerjaya seni saya bermula di negeri Sabah. Walaupun kerjaya saya sudah berkembang ke seluruh negara tetapi negeri Sabah tetap negeri kesayangan saya. Saya bangga menjadi orang Sabah. Sokongan rakyat Sabah & Malaysia telah membantu saya berada ditahap kerjaya yang saya kecapi masakini. Saya terhutang budi kepada mereka yg menyokong kerjaya saya daripada mula hingga sekarang.

Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan & keputusan yang boleh dianggap sebagai tidak selari dengan aspirasi & harapan peminat2 & mereka yang telah menyokong saya. Malah saya menghargai semua teguran membina yang pasti membantu saya menjadi insan yang lebih baik. Saya juga tetap menjunjung tinggi seni-budaya & toleransi berbilang kaum & agama yg menjadikan amalan masyarakat Sabah. Saya tidak pernah lupa diri atau asal-usul saya.”

Kredit : Sumber
Baca selengkapnya

30 Apr 2014

Respon Jimmy Palikat : "Tindakan saya tidak akan melibatkan orang lain"

Selepas mendapat banyak respons negatif serta pertanyaan yang bertubi-tubi akhirnya Jimmy Palikat memberi respon.

Menurut Jimmy Palikat, beliau menyertai PERKASA kerana perjuangan mereka dalam bidang seni iaitu untuk menuntut bayaran royalti unutk lagu-lagu di youtube. "Saya tahu apa yang saya buat, dan apa yang penting tindakan saya tidak melibatkan orang lain, hope kamuurang faham", dalam whatsApp yang dihantar kepada seorang rakan.

Jimmy juga menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan menyokong tindakan mereka selain daripada perjuangan mereka untuk membantu para penggiat seni. Jimmy juga kesal dengan tindakan sesetengah orang yang menyebarkan cerita negatif mengenainya.


Keratan Akhbar Borneo Express 1 MEI 2014
Updated : Borneo Express (1 MEI 2014)
Baca selengkapnya

Jimmy Palikat : Penyanyi Tanak Kampung Sertai PERKASA mendapat respon NEGATIF

Jimmy Serah Borang Sertai PERKASA
Siapa yang tak mengenali Jimmy Palikat yang popular dengan lagu "Tanak Kampung" sehingga kini masih menjadi siulan. Jimmy yang berasal dari daerah tambunan, Sabah pada 28 April 2014 lalu telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa Pribumi Negara di Pejabat Biro Warisan Pribumi. Penyertaan Jimmy ke dalam PERKASA ternyata tidak disenangi oleh peminat-peminat setianya di Sabah.

Melalui beberapa sumber carian yang diperolehi di internet, kemasukan Jimmy Palikat ke dalam PERKASA bertujuan untuk menjaga kepentingannya dalam industri hiburan tempatan. Ibrahim Ali dalam kenyataannya berkata Perkasa akan mendesak kerajaan untuk serius dan komited untuk membantu menyelesaikan isu yang berkaitan penggiat seni tanah air. Selain Jimmy, beberapa artis Veteran dan Pengarah terkenal juga menyertai PERKASA.

Biro Kesenian dan Warisan pribumi perkasa diwujudkan sebagai medium untuk para penggiat seni ini mendapat hak mereka. "Penggiat seni adalah proses yang membentuk bangsa negara ini, jadi bukan sahaja pembelaan malah ganjaran juga perlu setimpal", Kata Ibrahim Ali.

Penyertaan Jimmy mendapat respons Negatif

Antara komen negatif Jimmy Palikat




* Pendapat Peribadi saya mengenai kemasukan Jimmy dalam PERKASA, adalah tidak adil menghukum dia (Jimmy) terus kerana dia yang mencari rezeki di semenanjung  dalam bidang hiburan mungkin menghadapi masalah kesukaran dan perlukan pembelaan. Siapa yang mahu bela dia di semenanjung ? Adakah Persatuan Seniman / Penggiat Seni di Sabah yang boleh menyelesaikan masalah penggiat seni di Sabah? Berapa bayaran yang sepatutnya diterima oleh penyanyi/penghibur mahupun penggiat seni apabila dijemput dalam satu majlis ? RM 200 cukupkah untuk artis cari makan? Sudahlah show pun jarang-jarang, Album mereka pun tak kena beli [Kalau beli pun yg CETAK ROMPAK] 
Kamu BILANG sukung artis tempatan SABAH

Mungkin persoalan di atas tidaklah begitu penting dan samasekali tidak terlintas pun dalam fikiran anda sebab "mind set POLITIK" tetap melabelkan Jimmy sebagai "pengkhianat". Tidak dinafikan kadangkala kenyataan Ibrahim Ali 'panas' tapi itu cerita lain bah. 

[Penjelasan] Saya bercakap tentang Jimmy Palikat bukan Ibrahim Ali atau PERKASA. Bukan mempertahankan tindakan Jimmy sebab dia sendiri pun belum reply inbox atau mengasitau cerita sebenar. Harap dia tidak lupa asal usulnya saja.

So, Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian kerana anda semua kan bijak-bijak [Bab menimbak/hantam orang lain].


Baca selengkapnya