SHAH ALAM - Kira-kira 76 orang telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sejak ia mula diperkenalkan pada 2010 dalam usaha kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah di negara ini.
Menurut Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin, usaha itu penting untuk menggalakkan orang ramai memberikan maklumat dan mendedahkan kegiatan jenayah itu tanpa perlu khuatir kedudukannya.
"Sekiranya seseorang itu datang kepada saya untuk memberi maklumat, menjadi tanggungjawa
b saya melindungi pemberi maklumat itu, kita tidak boleh keluarkan namanya kepada sesiapa walaupun pihak mahkamah.
"Jika mereka diambil tindakan oleh bos atau ketuanya disebabkan memberi maklumat kepada saya, tanggungjawab saya melindungi kedudukannya dan boleh memberi amaran termasuk tindakan mahkamah," katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hisham menambah, jika seseorang pemberi maklumat itu telah mendedahkan dirinya atau maklumat kepada pihak ketiga termasuk pihak media, akta tersebut gugur secara automatik kerana tidak menepati syarat.
"Atas dasar untuk melindung identiti dan kedudukan, kalau setelah seseorang itu memberi maklumat, kemudian dia keluar ke media, maka tergugurlah pemberi maklumat dan bukan menjadi tanggungjawab saya melindungnya lagi," katanya.
Tambahnya, akta tersebut berbeza dengan Akta Perlindungan Saksi yang memberikan perlindungan secara fizikal seperti tawaran menukar nama dan identiti mengikut keperluan.
"Setakat hari tiada saksi yang tukar nama sebab bila balik kampung susah hendak bersama keluarga.
"Saksi itu dilindungi sehingga kes itu selesai dan sekiranya kes selesai jika perlu saksi itu boleh dilindungi mengikut keperluan," katanya lagi.
SINAR HARIAN -djkupang.com
SINAR HARIAN -djkupang.com
Bagikan
Semasa : 76 Orang Kini dilindungi di bawah AKTA Perlindungan Pemberi Maklumat
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"