21 Jun 2014

Terkini : Peragut Warga Asing Tumpas

MIRI: Polis semalam menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket terbabit dalam kes-kes ragut dan curi di bandar raya ini.

Kedua-dua lelaki warganegara asing tersebut ditahan berhampiran sebuah bank di Pusat Komersil Pelita sekitar jam 2 petang selepas mengekori dan memerhatikan aktiviti mereka yang mencurigakan sejak dua hari lepas.

Modus operandi mereka ialah pergi ke sebuah bank dengan menunggang sebuah motosikal di mana seorang daripada mereka akan memasuki bank dan mencari sasaran yang mengeluarkan wang sama ada dari mesin ATM atau kaunter, manakala rakan subahatnya menunggu di motosikal di luar premis.

Apabila mangsa dikenal pasti, suspek akan mengekorinya sama ada untuk meragut atau memerhatikan di mana mangsa meletakkan wang terbabit di dalam kenderaan. Mereka kemudiannya akan memecah kereta mangsa sejurus mangsa meletakkan kenderaannya.

Sebelum ditangkap semalam, dua suspek terbabit dilihat berada berhampiran sebuah bank di pusat bandar raya sebelum pergi ke sebuah bank lain juga di Pusat Komersil Pelita.

Mereka yang berumur awal dan lewat 20-an dipercayai anggota sindiket terbabit dalam kes ragut dan curi dari kenderaan pelanggan institusi kewangan di sini.

Motosikal itu juga dipercayai ditunggangi oleh individu lain yang dilihat berkelakuan mencurigakan di sekitar bank-bank di pusat bandar raya ini.

Kedua-dua suspek ditahan untuk soal siasat dan motosikal mereka turut dirampas polis.

Bagikan

Jangan lewatkan

Terkini : Peragut Warga Asing Tumpas
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"