6 Jun 2014

Pasangan kekasih dicekup

MIRI: Polis Miri menahan seorang pengurus dan seorang kakitangan wanita sebuah restoran makanan segera di Jalan Parry, Miri kerana disyaki memecah masuk pejabat restoran terbabit dan melarikan wang tunai RM19,000.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang merupakan pasangan kekasih serta berusia dalam lingkungan 20-an dibuat sekitar jam 3.15 petang semalam.

Difahamkan, semasa tangkapan dibuat, suspek lelaki yang merupakan pengurus restoran sedang bekerja, manakala suspek wanita berada di kawasan kompleks beli-belah yang sama.

Tangkapan ke atas mereka dibuat berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang kakitangan restoran sama pada 12 Mei lalu.

Dalam aduannya, kakitangan terbabit mendakwa sekitar jam 8 pagi hari terbabit, ketika hendak memulakan tugas rutin, beliau dapati pintu cermin pejabat telah dipecahkan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati wang tunai RM19,000 yang disimpan di pejabat tersebut telah hilang.

Menurut sumber, wang berkenaan merupakan hasil kutipan perniagaan selama tiga hari serta tidak sempat dimasukkan ke dalam bank kerana hujung minggu.

Selain itu, hasil semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada premis tersebut turut menunjukkan imej menyerupai kedua-dua suspek.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Bagikan

Jangan lewatkan

Pasangan kekasih dicekup
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"