Gadis dikecam Muat Naik Gambar Peluk Anjing
Antara Gambar yang dikongsikan secara meluas di Laman Sosial pada ketika ini
Seorang gadis bertudung yang dikenali Hani Al Zehra menerusi akaun Facebook telah dikecam pengguna Facebook kerana memegang dan memeluk anjing tersebut.
Bagi masyarakat di Sabah hal ini biasa berlaku dan boleh dilihat terutama di kawasan kampung yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama.
Bagaimanapun bagi seorang yang beragama ISLAM anjing adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis mukhallazoh (berat). Untuk mensucikan najis ni adalah dengan 7 bahagian air iaitu 6 bahagian air mutlak dan diselangi dengan 1 bahagian air bercampur tanah.
Adalah kurang bijak kepada mereka yang melabelkan anjing sebagai binatang yang kotor kerana itu boleh menimbulkan sensitiviti kerana bagi sesetengah orang mereka memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Lagi Gambar yang dikongsikan
Bagikan
Gadis dikecam Muat Naik Gambar Peluk Anjing
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"