28 Jun 2014

Bukan Sahaja merompak, Pembantu rumah turut dirogol

MIRI: Sekurang-kurangnya empat lelaki memecah masuk sebuah rumah di Desa Indah 2 di sini dengan bersenjatakan parang, merompak beberapa barangan milik tuan rumah dan merogol pembantu rumahnya.

Kejadian berlaku awal pagi semalam ketika pemiliknya tiada di rumah dan hanya ada dua pembantu rumah warga Indonesia dan anak perempuan pasangan tersebut yang berusia enam tahun. Menurut sumber, kejadian tersebut dimaklumkan kepada tuan rumah terbabit oleh pembantu rumahnya sebaik beliau pulang ke rumah mereka sekitar jam 4.45 pagi semalam. 

Mangsa memberitahu majikannya bahawa rumah mereka dimasuki sekurang-kurangnya empat orang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, dengan seorang daripada mereka masuk ke bilik salah seorang pembantu rumahnya dan bertindak merogol mangsa. 

Manakala suspek yang lain dipercayai masuk ke bilik lain dan menyelongkar rumah terbabit serta melarikan barangan kemas serta laptop milik majikannya. Anggaran kerugian belum dapat dipastikan. Sementara itu, seorang lagi pembantu rumah bersama anak perempuan majikannya tidak diapa-apakan oleh perompak terbabit. 

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri di sini oleh majikannya pagi semalam dan disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang memberitahu polis masih menyiasat perkara tersebut. 
BorneoPost-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Bukan Sahaja merompak, Pembantu rumah turut dirogol
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"