28 Jun 2014

Semasa : Wanita Cuba Halang Kereta dicuri, Cedera

SARAWAK : Cuba menghalang kereta dilarikan pencuri, seorang wanita ter­cedera apabila diheret beberapa meter sebelum tercampak di hadapan rumahnya di Taman Uni di sini, semalam.

Mangsa, 39, semasa kejadian dikatakan baharu mengalihkan keretanya ke luar rumah sebe­lum keluar dari kereta Perodua Kenari miliknya untuk menutup pintu pagar rumahnya.

Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk ke dalam keretanya dan terus menghidupkan enjinnya dalam kejadian sekitar jam 7 pagi.

“Mangsa segera berlari ke arah keretanya sebelum dia berpaut pada pintunya dengan harapan untuk menghalang suspek melari­kan keretanya, namun ia langsung tidak diperdulikan suspek.

“Mangsa dikatakan tercampak setelah diheret beberapa meter menyebabkan tangan serta kepalanya mengalami keceder­aan,” kata sumber.

Mangsa yang tercedera kemu­dian meminta bantuan daripada jirannya untuk mencari kere­tanya, namun tidak lagi kelihatan di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Laporan polis berhubung ke­jadian telah dibuat oleh mangsa sebelum dia dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut oleh pihak polis masih dijalankan.

BorneoPost-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Semasa : Wanita Cuba Halang Kereta dicuri, Cedera
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"