Showing posts with label Tawau. Show all posts
Showing posts with label Tawau. Show all posts

2 Sept 2014

SEBARKAN KHIDMAT MASYARKAT : Orang Hilang di Tawau, Sabah

Khidmat Masyarakat Norfarahin Matsin dilaporkan Hilang di Tawau Sabah



Norfarahin Matsin
Yang beralamat di Tawau, Sabah telah hilang semenjak 31/8/14 pada hari Ahad. Laporan Polis Telah dibuat di Balai Polis Tawau.

Umur 18 Tahun
Tingkatan 6 Rendah Smk Jambatan Putih Tawau.

Sila hubungi di talian 0166660149 atau 0128302500 atau Balai Polis yang berhampiran sekiranya ada maklumat mengenainya.

Kepada semua mohon kongsikan ini kepada semua rakan anda. Mungkin ini dapat membantu mereka.

Baca selengkapnya

3 Aug 2014

Berita Sabah | Kemaskini Kemalangan Kanak-kanak Hilang Kereta Jatuh Gaung

Terkini Mayat kanak-kanak dijumpai di Loji Kampung Ulu Murut - Nahas di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau

Merujuk kepada laporan yang dikongsikan pada ARTIKEL INI :

Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang dalam nahas di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini Isnin lepas ditemui pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata mayat Mohd Ryan Firdaus berusia satu tahun tujuh bulan, ditemui orang awam kira-kira 14 kilometer dari lokasi kejadian nahas itu.

“Mayat mangsa itu ditemui pada pukul 9 pagi berhampiran loji air Kampung Ulu Murut, Kalabakan dan mayat mangsa dalam keadaan reput,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat dan berikutan penemuan itu pihaknya telah menutup operasi di tempat kejadian pada pukul 1 petang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Isnin lepas itu, tiga orang maut manakala Mohd Ryan dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, dan Najar Abdul, 36, lapor Bernama.
Baca selengkapnya

29 Jul 2014

Berita Sabah | Terkini Kereta Jatuh Gaung di Tawau Seorang Kanak-kanak Hilang

Kemalangan Terkini Sempena Perayaan Sambutan Aidilfitri di Tawau, 29 Julai 2014

Berita Terkini Sabah - Tiga orang maut manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini semalam.
   
Mereka yang terbunuh dalam kejadian 8 malam itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, Najar Abdul, 36, dan Mohd Ryan Firdaus yang dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang Megawati Mustafa, 30 yang turut menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat.
   
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superitendan Awang Besar Dullah berkata kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.
   
Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan sebelum kenderaan terbabit terjunam ke gaung sedalam 25 hingga 30 meter sebelum terbalik di dalam sungai.

"Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat manakala usaha mencari bayi tersebut masih diteruskan oleh pihak bomba, kata Awang Besar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
   
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan 8.16 malam dan tiba di tempat kejadian pada 10.06 malam.
   
"Satu operasi segera dilakukan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta. Kami mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa
berikutan arus sungai yang deras dan terpaksa memotong pintu bagi memudahkan pasukan penyelamat mengeluarkan kesemua mangsa.
   
Katanya mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan Umas, polis dan kakitangan Klinik Felda Umas.
   
Operasi dihentikan seketika pada 12.48 tengah malam dan disambung semula 8 pagi tadi bagi mengesan kanak-kanak yang hilang itu, katanya. 
BERNAMA
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Tawau : Bayi Lelaki Ditemui di Sebuah Pusat Pelupusan Sampah

TAWAU: Mayat seorang bayi lelaki dibungkus plastik hitam di dalam kotak ditemui di sebuah pusat pelupusan sampah di sini kelmarin dengan keadaan menyayat hati.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, berkata orang awam yang mengetahui keberadaan orang tua kepada bayi terbabit diminta melaporkannya ke IPD Tawau.

“Kita dimaklumkan mayat bayi ini ditemui di dalam kotak yang dibungkus dengan plastik hitam dan terdapat juga satu plastik uri bayi yang berbungkus,” katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita merujuk kepada kes penemuan seorang mayat bayi lelaki dan urinya di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat bayi terbabit kira-kira jam 11.40 pagi daripada seorang lelaki bernama Abd Rahman Khamis.

“Siasatan kes menunjukkan, Rahman yang bertugas untuk mencari bahan-bahan yang boleh digunakan semula menemui mayat bayi terbabit ketika sedang mengorek sampah,” katanya.

Mengikut rekod, lori terakhir yang datang untuk membuang sampah sarap pada hari kejadian didapati tiba kira-kira jam 4 pagi di pusat pelupusan sampah terbabit.

Berdasarkan siasatan juga, mayat bayi lelaki berkenaan dipercayai masih lagi baharu kerana tidak ada sebarang kesan kecederaan dan cukup sifat.

Berikutan itu, mayat bayi lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah-siasat.
SUMBER : UTUSAN BORNEO
-djkupang.com
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan

TAWAU,( 26 Jun) — Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 4 pagi itu, sebanyak 61 lelaki dan 65 wanita berumur antara dua dan 70 tahun ditahan.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan empat lelaki berumur antara 30 dan 40 tahun kerana posifif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam Ops Cantas Khas, yang melibatkan 113 anggota penguatkuasa termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan RELA, pihaknya turut merampas empat buah motosikal dan sebuah kereta atas kesalahan tertentu.

Kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.– BERNAMA
Baca selengkapnya

25 Jun 2014

Tawau : Kepala Bom dipercayai Peninggalan Perang dijumpai

TAWAU: Sebuah kepala bom seberat 30kg yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top Tawau, di sini Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, kepala bom yang tidak diketahui jenisnya itu berukuran lilit 21 inci dan 13 inci panjang.

“Pemusnahan bom dibuat di lokasi penemuan oleh Pegawai Persenjataan Inspektor Yeam dan Unit Pemusnah Bom IPD Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Awang berkata, pemusnahan bom itu dijalankan pada jarak kira-kira 50 meter dari bangunan hospital pakar yang masih dalam pembinaan pada jam 4.38 petang.

Beliau berkata, kerja-kerja memusnahkan bom terbabit berjalan lancar dan tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku semasa proses pemusnahan bom berjalan.

“Kepala bom ini ditemui oleh seorang operator jentolak, Juair Kadir, 43, semasa sedang menggali kawasan pembinaan hospital pakar terbabit kira-kira jam 1.45 petang,” katanya.

Beliau berkata berikutan penemuan besi berbentuk kepala peluru itu, pengadu terus menunjukkannya kepada pengurus tapak projek sebelum menghubungi polis.

Menurutnya, pasukan peronda MPV dikerah ke lokasi kejadian untuk mengosongkan tempat terbabit sebelum lima anggota Unit Pemusnah Bom diketuai Inspektor Yeam tiba.
Baca selengkapnya

21 Jun 2014

Tawau Rampasan Rokok Bernilai 148,000

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira pukul empat petang di kawasan Tanjung Batu.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan.

Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau. - Bernama
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Berita Sabah : Kes Samun RM835 603, dua lagi individu dikesan

DIKEHENDAKI ... Shafarrudin Usdam lelaki yang dikehendaki polis.
TAWAU: Lima individu termasuk dua wanita telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun wang RM835,603 milik sebuah ladang yang dilarikan bersebelahan sebuah bank pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Keong Ho Eng berkata, kelima-lima yang ditahan berusia antara 31-37 tahun itu terdiri daripada dua kerani dan pemandu syarikat berkenaan ditahan di lokasi berasingan dan masa berasingan.

Menurutnya, dua lagi individiu kini sedang dikesan iaitu Shafarrudin Usdam, 36, yang beralamat terakhir di Taman New Asia, Jalan Air Panas dan seorang lagi dikenali sebagai Suhali@ Lili diminta tampil ke balai polis dengan segera.

“Pihak polis sangat-sangat memerlukan kedua-dua individu tersebut dan jika orang ramai mengenali di mana mereka berada minta menhubungi polis dengan segera,’’katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kelmarin bagi menjelaskan perkembangan mengenai kes tersebut.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, wang berjumlah RM835,603 yang digunakan untuk menggaji pekerja sebuah syarikat ladang di Kunak itu telah dikeluarkan oleh kerani akaun bersama seorang pemandu syarikat.

Wang berkenaan dimasukan ke dalam beg dan diletak di tempat duduk belakang oleh pemandu yang kemudiannya menghidupkan enjin kereta, sebelum dua lelaki memakai topi baseball dan bersenjata tajam masuk ke dalam kereta.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengarahkan pemandu ke arah SMK Tawau, manakala kerani akaun yang tidak sempat masuk ke dalam kereta telah masuk semula ke dalam bank dan memberitahu berlaku rompakan.

Selepas dua lelaki berkenaan mengambil beg berisi wang, pemandu telah diikat dan ditinggalkan di kawasan SMK Tawau bersama kereta sebelum mangsa bertindak melaporkan kejadian itu ke balai polis.

Sehubungan itu Keong meminta syarikat-syarikat yang berhasrat mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar agar menggunakan khidmat pengawal keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kes tersebut katanya disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber
Baca selengkapnya