Showing posts with label Kes Buang Anak. Show all posts
Showing posts with label Kes Buang Anak. Show all posts

22 Jul 2014

[GAMBAR ] Terkini Kes Buang Bayi di Ranau, Sabah

Bayi dikafan kain Merah di Ranau, Sabah


RANAU, 21 Julai 2014 - Polis bergegas ke lokasi penemuan dan tiba pada 12:20 setelah menerima panggilan dari orang kampung yang menemui satu jasad bayi ditanam di kawasan ladang kepunyaan penduduk di kampung T Ranau.

Individu pertama secara kebetulan lalu di kawasan tersebut bersama anjing peliharaannya mendakwah telah menemui satu bekas timbunan tanah yang digali oleh anjingnya, memaksa beliau untuk menggalinya sebelum menjumpai tuala merah bersama belahan bambu dipercayai sebagai penutup lubang. 

Penggalian sekitar 9 pagi dilakukan bersama orang kampung selepas itu berjaya menemui jasad bayi yang mula mereput dibungkus dengan tuala merah.

Unit Penyiasat PDRM Ranau telah menggali sepenuhnya pada 12:40 dan membawa jasad bayi tersebut ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.



Sumber : Facebook Tulun Sabah
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Tawau : Bayi Lelaki Ditemui di Sebuah Pusat Pelupusan Sampah

TAWAU: Mayat seorang bayi lelaki dibungkus plastik hitam di dalam kotak ditemui di sebuah pusat pelupusan sampah di sini kelmarin dengan keadaan menyayat hati.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, berkata orang awam yang mengetahui keberadaan orang tua kepada bayi terbabit diminta melaporkannya ke IPD Tawau.

“Kita dimaklumkan mayat bayi ini ditemui di dalam kotak yang dibungkus dengan plastik hitam dan terdapat juga satu plastik uri bayi yang berbungkus,” katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita merujuk kepada kes penemuan seorang mayat bayi lelaki dan urinya di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat bayi terbabit kira-kira jam 11.40 pagi daripada seorang lelaki bernama Abd Rahman Khamis.

“Siasatan kes menunjukkan, Rahman yang bertugas untuk mencari bahan-bahan yang boleh digunakan semula menemui mayat bayi terbabit ketika sedang mengorek sampah,” katanya.

Mengikut rekod, lori terakhir yang datang untuk membuang sampah sarap pada hari kejadian didapati tiba kira-kira jam 4 pagi di pusat pelupusan sampah terbabit.

Berdasarkan siasatan juga, mayat bayi lelaki berkenaan dipercayai masih lagi baharu kerana tidak ada sebarang kesan kecederaan dan cukup sifat.

Berikutan itu, mayat bayi lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah-siasat.
SUMBER : UTUSAN BORNEO
-djkupang.com
Baca selengkapnya