3 Aug 2014

Berita Sabah | Kemaskini Kemalangan Kanak-kanak Hilang Kereta Jatuh Gaung

Terkini Mayat kanak-kanak dijumpai di Loji Kampung Ulu Murut - Nahas di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau

Merujuk kepada laporan yang dikongsikan pada ARTIKEL INI :

Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang dalam nahas di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini Isnin lepas ditemui pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata mayat Mohd Ryan Firdaus berusia satu tahun tujuh bulan, ditemui orang awam kira-kira 14 kilometer dari lokasi kejadian nahas itu.

“Mayat mangsa itu ditemui pada pukul 9 pagi berhampiran loji air Kampung Ulu Murut, Kalabakan dan mayat mangsa dalam keadaan reput,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat dan berikutan penemuan itu pihaknya telah menutup operasi di tempat kejadian pada pukul 1 petang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Isnin lepas itu, tiga orang maut manakala Mohd Ryan dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, dan Najar Abdul, 36, lapor Bernama.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah | Kemaskini Kemalangan Kanak-kanak Hilang Kereta Jatuh Gaung
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"