Showing posts with label Jabatan Kastam Sabah. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Kastam Sabah. Show all posts

9 Sept 2014

Info Semasa | Harga Rokok di Malaysia Naik RM1 Berkuatkuasa 08/09/2014

Harga Rokok di Malaysia meningkat RM1 tentunya memberikan khabar kepada Perokok Tegar ?

Apa pendapat anda yang merokok? Bagi yang Tidak Merokok pula adakah kamu turut dapat merasai tempias kenaikan harga rokok di Malaysia yang bermula pada kelmarin hari 08/09/2014?

Kaum wanita pula komen anda ? Bukan semua jenis rokok yang terlibat cuma keluaran British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) sahaja. 

Baca selengkapnya

23 Jul 2014

TERKINI SABAH : Kereta Rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ditemui Semula di Tawau

Kereta Rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ditemui Semula di Tawau
Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah yang dilapor hilang 27 Jun lepas di Taman Ujana Kingfisher ditemui semula di Kg Sungai Buaya Batu 3 Jalan Apas, di sini Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, kenderaan jenis Proton Inspira terbabit berjaya dirampas oleh unit khas IPD Tawau.

“Kita turut menahan dua suspek berusia 32 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri semasa serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengahari,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata, serbuan itu dijalankan atas maklumat awam sebelum sepasukan anggota unit khas IPD Tawau bergegas ke sebuah rumah tidak bernombor di penempatan terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di dalam rumah terlibat dan beberapa barangan rampasan turut direkodkan di dalam serbuan berkenaan.

“Selain kereta Inspira warna hitam dengan plat nombor palsu SS5253T (plat asal SAB2294J), kita juga merampas sebuah beg bimbit warna hitam TOPAO.

“Kita juga merampas seikat kunci rumah, sebuah beg diari hitam jalur merah PERFECT dan tiga buah buku akaun simpanan bank Maybank, Alliance Bank dan ASB,” katanya.

Beliau berkata, barangan lain yang turut dirampas adalah satu kad Perbadanan Pinjaman Sabah, sebuah telefon bimbit Nokia X2, dua buah dairi dan satu pendrive Kingston.

Dalam pada itu, Awang meminta orang awam yang hendak meninggalkan rumah atau bercuti pada Hari Raya Aidilfitri supaya memaklumkan balai polis berdekatan.

“Kita harap mereka yang hendak keluar pada suatu jangka masa yang lama supaya dapat mengisi borang balik kampung yang disediakan di balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, pada 27 Jun lepas media melaporkan Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok mengalami kerugian kira-kira RM70,000 selepas rumahnya dipecah masuk.
UTUSAN BORNEO
Baca selengkapnya

10 Jul 2014

Berita Sabah : Syabu 2KG DiRampas

Berita Sabah : Syabu 2KG DiRampas

KOTA KINABALU: Tidak sampai 15 hari, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan seorang lagi warganegara China kerana didapati membawa bagasi berisi dadah syabu bernilai lebih RM400,000 di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), Ahad lalu.

Suspek, wanita berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan penguatkuasa Kastam selepas didapati dalam keadaan mencurigakan dan lebih pelik, dia dikatakan sedang membawa beg bagasi berwarna merah jambu, jenis sama seperti tangkapan terdahulu.

Hasil pemeriksaan lanjut, satu bungkusan berisi hablur putih dipercayai methamphetamine atau syabu seberat 2 kilogram yang disembunyi dalam ruangan khas beg itu berjaya ditemui.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata, ia adalah hasil ketangkasan anggota yang berjaya mengesan suspek di perkarangan tempat pemeriksaan di situ.

“Seperti kes terdahulu pada 22 Jun lepas, suspek kali ini turut menggunakan modus operandi yang sama iaitu dengan menyembunyikan dadah dalam beg bagasi.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek baharu sahaja tiba dari Hong Kong ke negeri ini kira-kira jam 11.25 malam dengan menaiki penerbangan AirAsia.

“Bagaimanapun, hasil ketangkasan pihak Kastam, kita berjaya menghidu pergerakan suspek dan menahannya sebelum berjaya menemui dadah dalam beg dimiliki oleh suspek ketika itu,” katanya sambil menambah, dadah terbabit dianggar bernilai RM433,000.

Terdahulu, dalam tangkapan pertama pada 22 Jun lalu, seorang wanita warga China berusia 21 tahun ditahan di Terminal Dua LTAKK kerana didapati membawa syabu seberat 4.8kg, yang turut disembunyikan dalam beg bagasi.

Dalam kejadian berkenaan, suspek dikatakan baru sahaja tiba di terminal berkenaan dari Hong Kong kira-kira jam 10.50 malam.

Mengulas lanjut, Janathan berkata pihaknya masih melakukan siasatan lanjut sama ada kedua-dua suspek yang ditahan setakat ini mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa ataupun ‘keldai’ kepada musuh nombor satu negara itu.

“Setakat ini, pihak Kastam masih dalam proses mengumpul maklumat dan siasatan terhadap kedua-dua kes berhubung rampasan dadah itu memandangkan terdapat trend serta modus operandi sindiket dadah dengan menjadikan lapangan terbang atau mana-mana pintu masuk sebagai sasaran penyeludupan,” katanya.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut sementara bahan rampasan kini disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Janathan berkata pihak Kastam menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dadah dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau berbuat aduan di mana-mana pejabat berdekatan.
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Pengarah Kastam Sabah rugi RM70, 000 Rumah Dipecah Masuk

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk, awal pagi tadi.

Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada jam 7.50 pagi.

Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.

Ini adalah insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas.

- BERNAMA 
Baca selengkapnya