9 Sept 2014

Info Semasa | Harga Rokok di Malaysia Naik RM1 Berkuatkuasa 08/09/2014

Harga Rokok di Malaysia meningkat RM1 tentunya memberikan khabar kepada Perokok Tegar ?

Apa pendapat anda yang merokok? Bagi yang Tidak Merokok pula adakah kamu turut dapat merasai tempias kenaikan harga rokok di Malaysia yang bermula pada kelmarin hari 08/09/2014?

Kaum wanita pula komen anda ? Bukan semua jenis rokok yang terlibat cuma keluaran British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) sahaja. 


DJKUPANG

Antara sebahagian jenis rokok yang terlibat dengan kenaikan harga pada kali ini keluaran BAT British American Tobacco Malaysia.

PUNCA SEBENAR KENAIKAN HARGA ROKOK

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataannya berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.

Selain itu disebabkan oleh kawalan yang lemah perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah.


P/S : Tidak kiralah apa puncanya sekalipun, bagi seorang  Perokok Tegar itu bukanlah "perkiraan" yang penting kerana apapun alasan yang diberikan mereka tetap akan membeli rokok.  

Penulis tertarik pasal penguatkuasaan kawalan untuk membendung perdagangan rokok secara haram tu. Bagi seorang peniaga, selagimana dia mempunyai "regular customer" mustahil dia akan berhenti untuk membekalkan kepada mereka kerana itu aktiviti yang menguntungkan mereka.

Kongsi pengalaman sewaktu di negara sebarang Singapore harga rokok sekitar 2006 bagi keluaran syarikat BAT ini ada dollar singapore 11.50 atau sekitar RM 24 sekotak. Rokok "seludup" tetap ada juga dari Indonesia yang dijual pada harga 5 Dollar Singapore TAPI TAKUT MAU BELI kerana sekiranya penguatkuasa Singapora dapat tangkap DENDA akan dikenakan mengikut bilangan batang rokok kalau nda silap penulis.

Kalau di negara kita buat begitu Bulikah? Atau buat masa ini TIDAK PERLU sbb bnyak ISU yang belum selesai? Sekadar kongsi cerita seja baini.. Selamat Hari Selasa. -djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Info Semasa | Harga Rokok di Malaysia Naik RM1 Berkuatkuasa 08/09/2014
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"