12 Aug 2009

Utara.FM buat Rekod 48 jam?

Saya sebenarnya masih belum pasti sama ada dapat bersama-sama dengan rakan-rakan DJ yang lain atau tidak. Walaubagaimnapun saya akan cuba balik petang Jumaat ini kerana program ini bermula pada jam 6.00 petang 14 Ogos sehingga 6.00 petang 16 Ogos 2009 , bertempat di Hotel Marudu Inn. Kalau tidak sempat, terpaksalah juga balik pada hari Sabtu 15 Ogos. Ish.. Rugi pula tidak dapat bersama dengan rakan-rakan lain selepas sekian lama bersama dengan utara.FM dari seorang pendengar biasa kini bertukar title menjadi DJ. Sekali dalam seumur hidup baini..

Mengenai Program yang akan dibuat ini saya sebenarnya masih belum merancang apa agaknya aktiviti yang saya akan buat nanti. Masih cari idea ini... Tapi yang pasti banyak aktiviti yang telah dirancang antaranya adalah temubual bersama pemimpin setempat, usahawan setempat dan juga artis-artis tempatan Sabah dan sudah pasti Nazrey Johani adalah antara artis yang ditemubual selain Abu Bakar Ellah (Orang Kita), S. Welly, Hain Jasli, Philix Don dan Ridah.

Di samping itu, segmen panggilan telefon juga akan diadakan dan sudah pasti menjanjikan hadiah yang menarik kepada pemanggil yang bertuah. Jadi jangan lupa untuk mendengarkan utara.fm pada hari dan masa yang telah ditetapkan.

Petang tadi satu perjumpaan akhir untuk program 48 Jam telah diadakan di Kota Marudu. Saya adalah yang tidak dapat hadir kerana ada kelas bah tadi.. Hehe..

Bagikan

Jangan lewatkan

Utara.FM buat Rekod 48 jam?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"