13 Aug 2009

Asri Rabbani meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Allahyarham meninggalkan isteri tersayang Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.

Terbaru:
Jenazah allahyarham akan dibawakan pulang ke rumah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan selepas Maghrib setelah dimandikan dan dikafankan di hospital. Ini untuk membolehkan keluarga mertuanya yang berada di Johor memberikan penghormatan terakhir.

Terkejut juga saya bila mendapat tahu berita ini melalui forum di UtaraSabah yang dipos oleh Nonie sewaktu baru balik dari kolej tadi. Industri muzik nasyid di Malaysia telah kehilangan seorang lagi bintang di antara bintang2 nasyid di Malaysia yang bertungkus-lumus menyampaikan dakwah melalui alunan lagu-lagu yang dikumandangkan.

Lagu yang paling saya tidak dapat lupakan ialah "Assalammualaikum" kerana pada zaman persekolahan lagu itu telah membawa kami menjadi johan peringkat daerah Kudat pada tahun 1998. Al-fatihah buat arwah ustaz Asri dan takziah buat keluarga tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Buat keluarga ustaz Asri semoga tabah menghadapi dugaanNya.

Bagikan

Jangan lewatkan

Asri Rabbani meninggal dunia
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"