Showing posts with label djkupang. Show all posts
Showing posts with label djkupang. Show all posts

8 Dec 2010

Sambutan Pesta Jagung 2010 - Kota Marudu Sabah

Alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan lagi bertemu dengan rakan-rakan dari Radio Online Sabahan Utara.FM dan Shine PhotoVideo untuk bersama di Pesta Jagung 2010 yang berlangsung selama 3 hari bermula 3 Disember 2010 dan berakhir pada 5 Disember 2010. Acara perasmian disempurnakan oleh MP P 168 Bandau, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menariknya pada kali ini satu rekod Malaysia telah tercipta di sini iaitu Rekod memakan Jagung (Largest Corn Eating Simultaeously) sebanyak 2010 tongkol jagung yang telah direkodkan dalam The Malaysia World Book Of Recod.

Selain daripada itu satu lagi acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Ratu Jagung. Kehadiran Miss Malaysia Tourism Queen 2009 iaitu Cassandra Patrick sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada peserta yang mengambil bahagian kali ini di mana beliau adalah antara juri bertanggungjawab untuk menentukan Ratu Jagung kali ini.

Tidak ketinggalan juga kepada krew-krew Utara.Fm yang berusaha untuk membawakan acara ini secara langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM (www.utarafm.net). Tahniah diucapkan kepada semua.

Saya sertakan gambar untuk tontonan rakan-rakan. Terima kasih ShinePhotoVideo.






Baca selengkapnya

30 Nov 2010

Pengakuan - Aku HIPOKRIT


Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana terpaksa menjadi HIPOKRIT kepada ibu bapa, keluarga, rakan taulan serta orang yang kita sayangi yang mana akhirnya mengundang ketidakselesaan dalam kehidupan. Mengapa harus ini terjadi ? Aku tanya aku jawab berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Antaranya untuk menutup kelemahan diri, untuk menggembirakan seseorang, untuk memenuhi keinginan nafsu, supaya kelihatan baik di mata orang lain dan biasanya adalah untuk menjaga hati orang lain supaya tidak terluka. Perlukah sifat ini ada dalam diri Kita?

Aku juga tidak terlepas dari menjadi seorang hipokrit kerana terpaksa menjadi orang lain yang bukan aku pada waktu itu untuk menghiburkan orang lain. Contohnya ketika aku ke udara bersama dengan rakan pendengar di UFM kadangkala walaupun dalam keadaan sedih, aku cuba bergembira untuk menggembirakan orang lain pada ketika itu. Menjadi satu kesalahankah ini?

Bagi aku hipokrit ialah apabila seseorang yang terpaksa menjadi orang lain yang bukan dirinya atau pendek kata talam dua muka dan seorang yang berpura-pura baik padahal di belakang hanya Tuhan saja yang tahu. Bagi mereka yang mempunyai alasan berpura-pura baik untuk menjaga hati orang lain tetapi sebenarnya dalam masa yang sama tidak menyukai orang itu ada baiknya berterus terang saja. Jangan sampai keburukan terbongkar akibatnya memakan diri.

Akhir sekali sebagai manusia kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi apabila menyedarinya segeralah mohon kemaafan dan jangan mengulanginya kepada orang lain. Kalau sudah minta maaf dan buat perkara yang sama juga sudah sah kamu memang seorang HIPOKRIT.

P/S : Apa yang aku kongsikan hari ini adalah untuk renungan bersama. Jika selepas ini orang cakap aku hipokrit aku terima jak... Hehehe
Baca selengkapnya

28 Nov 2010

Polis Kudat Saman - Tetap Saman


Ini merupakan pengalaman kedua aku disaman dan kedua-duanya di daerah Kudat tetapi kali ini oleh Polis Peronda (menaiki motorsikal) berbanding pada kali pertama disaman oleh Polis Trafik. Ketika kembali dari kedai membeli barang yang tidak sampai 5 minit, aku melihat seorang anggota Polis sedang menulis saman betul-betul depan kereta aku. Dengan hati yang sayu aku pun mendekatinya yang kebetulan baru selesai menulis saman dengan tenang aku pun meminta surat saman sambil mengucapkan terima kasih sebelum beredar dari situ.

Jam ketika itu menunjukkan 8.45 malam. Aku disaman atas kesalahan menghalang lalulintas dan memang salah aku sebab "parking" di luar kotak belakang sebuah kereta lagi walaupun sebenarnya pada waktu begini boleh dikira kereta yang lalu lalang di kawasan ini. Salah tetap salah dan ini aku jadikan pengalaman untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

P/S : Jadikan cerita ini sebagai ikhtibar. Tidak kira masa, tempat dan keadaan kalau memang Polis mahu saman tetap akan saman juga.
Baca selengkapnya

27 Nov 2010

Hujan turun menjelang Subuh


Kusangkakan cuaca yang baik pada malam tadi akan berkekalan ke siang hari tetapi sangkaanku meleset apabila HUJAN turun menjelang Subuh. Sememangnya itu adalah satu rahmat pada pagi ini tetapi bagaimana pula dengan nasib pakaian yang aku basuh malam tadi? Jika aku keluar pasti aku akan basah sama seperti pakaianku. Aku hanya mampu menjeling ke arah jemuran yang berada di sebalik tingkap dan membiarkan ia terus basah kerana aku percaya hujan juga pasti akan berhenti,  matahari akan kembali memancar sinarnya.

Bilaku berfikir tentang hujan yang tadi, ilham pun muncul untuk aku mencoretkan sesuatu di ruangan ini, di lembaran yang tiada pernah ketemu penghujungnya namun setia menemaniku. 

Bersyukurlah kerana hujan yang turun tadi sebenarnya banyak membantu untuk kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini kerana dengan adanya hujan maka tumbuhan akan menjadi subur, bekalan air akan bertambah dan sebagainya.

Keadaan ini berhubungkait dalam kita menempuh kehidupan di mana apabila kita disakiti, dikhianati dan didustai pasti ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan mendekati Allah S.W.T memohon keredhaannya dan bersabar menghadapi ujianNya. Memang berat kerana namanya juga UJIAN


Bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia yang memupukmu bersabar, Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu, kerana dia yang memperhebatkan kemampuanmu, Bersyukur pada orang yang menyeksamu mu kerana dia yang menguji Kesabaran dan ketabahan mu.

Akhirnya ketika jam di laptopku menunjukkan 6:36 minit pagi, hujan sudah berhenti dan kelihatan matahari mulai menerangi alam semesta dan burung juga mula berkicauan. Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana pada hari ini masih diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

P/S : Harap-harap hujan jangan turun dulu lepas ini kalau tidak alamat tidak kering pakaianku..
Baca selengkapnya

25 Nov 2010

Aishiteru - Bahasa pilihan

Aishiteru - Bahasa pilihan

Bila dialih bahasa ke bahasa melayu membawa maksud aku cinta padamu (inilah yang kawan-kawan cakap) sebab saya sendiri pun tidak fasih berbahasa Jepun... Hehehe... Apa yang ingin saya kongsikan di sini sebenarnya adalah sebuah lagu dari negara seberang iaitu kumpulan Zivilia di mana tajuk lagunya adalah aishiteru (menunggu). Lagu ini adalah antara lagu yang popular di UFM ketika ini.

Sebenarnya kali pertama saya mendengar lagu ini adalah melalui permintaan salah seorang rakan pendengar di UFM dan bila mendengar sekali, teringin mahu dengar lagi. Akhirnya jadilah saya salah seorang daripada peminat lagu ini... Hihihi...

Ada kawan cakap melodi lagu ini yang membuatkannya seronok tetapi ada kawan cakap lagi pasal lirik lagu ini. Nah.. Saya berada di tengah-tengah dalam hal ini.. Hahaha...



Ni labah kunu lagu dia. Bah.. Pelan-pelan saja layan ah..
Baca selengkapnya

19 Oct 2010

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat

Malang tidak berbau mungkin inilah pepatah melayu yang paling sesuai saya katakan dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Kudat pada jam 9 malam tadi. Nasib baik hanya bumper kereta saja yang mengalami kerosakan.

Ceritanya bermula apabila dalam perjalanan tadi ada tayar lori 10 tan yang tidak tahu dari mana datangnya berada di tengah jalan raya. Saya yang memandu dalam kelajuan 90Km/J terkejut dan mengambil jalan mudah dengan melanggar saja benda tersebut kerana jika saya elakkan mungkin sesuatu yang lebih buruk lagi akan berlaku.

Semasa berhenti memeriksa keadaan kereta, rupanya ada lagi kereta lain yang turut terlanggar benda yang sama dan keretanya turut mendapat kerosakan yang sama di bahagian hadapan. Ish.. enda buli jadi ni. Atas rasa tanggungjawab bagi mengelakkan kereta yang lain berhadapan dengan situasi yang merbahaya ini DJ rumputt pergi mengalihkan tayar tersebut ke tepi jalan dengan harapan kereta yang lalu di kawasan itu tidak mengalami nasib serupa kami.

Apapun kami tetap bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kami hanya menerima ujian kecil daripadanya dan kami masih dalam keadaan sihat walafiat pada ketika ini.

P/S Hati-hati di jalan raya kepada semua.
Baca selengkapnya

13 Oct 2010