Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

18 Nov 2014

BUAH EPAL KHASIAT, KANDUNGAN SERTA KELEBIHAN

TAHUKAH KAMU APA KANDUNGAN SEBIJI BUAH EPAL ?

JAWAPANNYA : 

Kandungan Sebiji Epal : Asid Malik dan Tartaric Pektin Flavonoid

KELEBIHAN BUAH EPAL ADALAH : 
  1. Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
  2. Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  4. Melindungi sendi tulang.
  5. Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
  6. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
  7. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
  8. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
  9. Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

info djkupang & Friends
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
Apakah kelebihannya?
  • Cara ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. 
  • Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. 
  • Jus ini juga sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.

Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

TERINGAT IBU ANDA ?
Baca selengkapnya

17 Oct 2014

PERKONGSIAN INFO : Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"

Perkongsian INFO sahaja. Mungkin ada yang BETUL dan sebaliknya. Yang Baik Jadikan Tauladan Yang Buruk Bikin Sempadan

DJKUPANG & FRIENDS
Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"
Hidung Panjang 
Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil
Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.
Hidung paruh burung :

Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk MENCARI CINTA SEJATI dalam kehidupan anda.

Hidung Tajam 
Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.

Hidung Lurus 
Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang setia dan tidak menipu.

Hidung Kembang
Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing 
Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek 
Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar 
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah 
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek 
Anda seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil 
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana 
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing 
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Hidung Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Hidung Lubang Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda. 

KREDIT : DIREKTORI SABAH & PENGIKLANAN PERCUMA SABAH


- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

11 Jul 2014

Tips : Langkah Mencegah Kereta Atau Motorsikal Dicuri

Tips : Langkah Mencegah Kereta Atau Motorsikal Dicuri

Perkongsian djkupang
Mungkin ada di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan? Disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Anda sebagai pembaca juga boleh memberikan pendapat mengenai langkah-langkah mencegah kehilangan kenderaan di ruangan komen kami.

Tempat di mana kecurian sering berlaku


  1. Tempat letak kereta di hotel-hotel
  2. Tempat letak kereta awam
  3. Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  4. Kompleks membeli-belah

Faktor berlaku kecurian


  1. Cuai
  2. Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam.
  3. Tiada kunci tambahan.
  4. Tidak dikunci.
  5. Meninggalkan barang berharga di kenderaan


Tips mencegah kecurian kereta


  1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
  2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  4. Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
  5. Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting).
  6. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
  7. Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.

Tips mencegah kecurian motosikal


  1. Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
  2. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
  3. Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
  4. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  5. Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
SUMBER : Pelbagai Sumber
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Kesihatan : Perkongsian Tips Penting Kurangkan Berat Badan

Kesihatan : Perkongsian Tips Penting Kurangkan Berat Badan


Mungkin kamu sudah biasa membaca Tips dan cara untuk kurangkan berat badan namun berat masih juga sama malah semakin meningkat. Mengapa Hal ini berlaku ?

1- Patuh pada peraturan. andai kata anda telah membuat jadual atau telah diberi jadual. Ikuti jadual pemakanan tu sepatuh mungkin supaya anda dapat mendisplinkan diri dan mampu mengawal cara pemakanan yang betul.

2- Jangan tinggal sarapan pagi atau mana2 masa makan.even anda diet. Anda perlu pastikan semua masa makan anda, anda makan.Tapi makan dengan kuantiti  yang sedikit. Berkala dengan jumlah kalori anda seharian.

3- Selalu amalkan pemakanan dengan kuantiti yang sedikit. setiap kali masa makan anda digalakkan berhenti makan sebelum kenyang. Maksudnya, anda makan sekadar memerlukan tenaga dan bukan untuk kenyang. Apabila anda amalkan selalu ia mampu mempercepatkan pembakaran lemak2 yang lama tinggal dalam badan kita.

4- Fokus pada kesihatan bukan untuk kurus. kita perlu fokus pada kesihatan. Kita kurangkan berat badan sebab kita nak elak terkena penyakit merbahaya. Jadi apabila kita berfikiran macam tu, kita mampu mengingatkan diri kita apabila tiap kali nak menjamah makanan. Pemilihan makanan kita. Ia akan menjadi satu rutin yang berkekalan.

5- Jaga kalori semasa anda makan. sekarang macam2 website yang memberi anda pengiraan jumlah kalori bagi seharian yang patut anda ambil dalam seharian. Ia sangat bagus sebab diet kalori paling cepat mengurangkan berat badan. Mari kira kalori anda.


Paling UTAMA adalah disiplin kita dalam mengamalkan sesuatu. Memulakan sesuatu perkara itu amat mudah berbanding "maintain" dengan apa yang sudah diusahakan. Semoga Bermanfaat
-djkupang.com
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Tips : Bagaimana Cara Untuk Menguatkan Ingatan

Cara menguatkan ingatan ini sangat sesuai bagi pelajar atau mereka2 yang memerlukan ingatan yang kuat dalam kerja. Cara atau kaedah menguatkan ingatan ini sudah diamalkan oleh mereka sejak zaman dulu kala lagi. 

Menguatkan ingatan paling penting bagi tahfiz kerana mereka memerlukan ingatan yang kuat untuk menghafal sebuah al-quran.

Malah nabi kita pasti mengamalkan teknik menguatkan ingatan sebab baginda perlu menghafal pelbagai firman Allah yang diturunkan kepada baginda. Jadi betulkan teknik menguatkan ingatan ni sudah berkurun lamanya. Mari kita lihat teknik menguatkan ingatan ni :

- Banyak membaca buku2 atau ilmu2 berbentuk pengetahuan dari hiburan.
- Memperbanyakkan aktiviti luar yang boleh mencergaskan dan cerdaskan minda.
- Selalu join seminar atau talk show sebab menggerakkan saraf otak untuk berfikir.
- Menatap dan renungi ayat Quran
- Otak selalu berfikir Tak kira nak kahwin atau mau makan.. Berfikir saja
- Berimaginasi menggunakan semua deria kita.
- Bertakafur dan berfikir tentang kejadian alam.
- Membaca, mendalami, memahami dan menghayati isi Quran.

Sangat mudah bukan petua menguatkan ingatan ni memang ia lebih kepada aktiviti harian kita. Setiap pergerakan kita mampu menguatkan ingatan. Ini semua lebih kepada rohani kita. Untuk menguatkan ingatan kita perlu mula dari rohani.

[Sumber Yahoo News]
Semoga Bermanfaat
Baca selengkapnya

TIPS : Bagaimana Elak Kulit Muka Berminyak

TIPS : Bagaimana Elak Kulit Muka Berminyak

Tips, Perkongsian djkupang
Semua orang mengimpikan kulit wajah yang mulus dan cantik, tetapi hakikatnya kita tidak terkecuali berhadapan dengan masalah seperti kulit berminyak. 

Kulit berminyak berlaku kerana beberapa faktor iaitu tekanan, hormon atau pilihan alat solekan. Jika anda tidak merawatnya dengan segera, ia akan menyebabkan masalah bintik hitam, jerawat dan jeragat. 

Ikuti cara-cara berikut untuk rawatan kulit berminyak di rumah: 

JANGAN GUNA PELEMBAB 
Kebiasaannya kulit berminyak akan rasa kering selepas dicuci, lantas anda pasti mahu menggunakan pelembab. Namun elak daripada menggunakan pelembab konvesional, sebaliknya gantikan dengan minyak semulajadi seperti minyak jojoba, minyak badam, minyak zaitun atau minyak kelapa. Mungkin agak pelik menggunakan minyak atas kulit berminyak, tetapi ia sebenarnya akan mengurangkan penghasilan minyak pada wajah anda. 

ELAK BASUH MUKA DENGAN KERAP
Elak membasuh muka anda dengan kerap lebih-lebih lagi menggunakan sabun yang kasar kerana ia akan menghasilkan lebih banyak minyak. Ini kerana ia akan menggantikan minyak yang hilang ketika dibasuh. 

JANGAN SENTUH MUKA 
Elakkan daripada menyentuh wajah anda pada hari siang. Ini kerana jari anda yang mengandungi minyak itu akan dipindahkah pada muka anda, termasuk bakteria. Ia akan menyebabkan kulit wajah anda lebih berminyak dan bakteria yang dipindahkan akan mengakibatkan jerawat. 

AMALKAN DIET SEIMBANG
Salah satu cara untuk menangani kulit berminyak adalah dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Makanan yang diambil boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan anda, sekaligus menjadikan kulit lebih berminyak. Elak mengambil makanan yang diproses dan banyakkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan yang diperbuat daripada produk tenusu kerana ia meningkatkan penghasilan minyak dalam kulit anda. 

GUNA SKRAB SEMULAJADI
Elakkan penggunaan produk kimia kasar kerana ia akan mendatangkan masalah kepada kulit dan membuat wajah anda lebih berminyak. Untuk pengelupasan kulit, anda boleh menggunakan produk semulajadi seperti gula dan madu atau minyak zaitun. 

LAP MUKA MENGGUNAKAN TISU
Salah satu cara untuk mengelak muka anda berminyak adalah dengan menggunakan tisu. Ini kerana tisu wajah boleh menyerap lebihan minyak pada wajah anda dengan pantas. Selain daripada itu, anda boleh juga mendapatkan bedak yang melindungi kulit daripada berminyak. 

GUNAKAN SUSU MAGNESIA
Penggunaan susu Magnesia dikatakan salah satu cara efektif untuk menangani kulit berminyak. Letakkan ia pada kulit anda selepas mencucinya dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci bersih. Susu Magnesia dikatakan mampu membuatkan kulit anda bebas minyak untuk satu tempoh yang agak lama.

SUMBER : Yahoo
-djkupang.com
Baca selengkapnya

3 Jul 2014

PERKONGSIAN ILMU : Tips Menggunakan Gear Automatik yang Betul

Tips Guna Gear Automatik yang Betul


Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Jika kenderaan anda tidak mempunyai butang tombol pada gear, sila abaikan. Yang guna manual tu, you’re the man because MANual is for man.

Ada ketikanya pernahkamu perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti di trafic light? Biasanya  lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama dan kereta belakang pula mau cepat terus tekan HON. Biasanya tekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light : 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila Jalan :
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:

1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

Sumber : FITRIHADI -djkupang.com

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba.
Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Perkongsian TIPS - Hilangkan Kesan Hangus Bawah Seterika

KAMI yakin dalam melakukan kerja-kerja mengosok pakaian, anda pernah berhadapan dengan masalah bawah seterika yang hangus.

Akibatnya, kesan hangus tersebut boleh tertinggal pada pakaian yang digosok, sekaligus menyusahkan anda untuk menanggalkannya.

Jika anda berdepan dengan masalah ini, apa kata anda cuba tip yang dikongsikan di Web Wanita.

1. Hidupkan seterika pada kepanasan sederhana.

2. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang.

3. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

Kesan Hangus seterika, perkongsian Tips, Djkupang




Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Perkongsian Tips Penjagaan Rambut Anda

Menjaga Rambut Panjang Tetap indah


Tren rambut musim gugur/dingin 2005 adalah rambut panjang dan tergerai bebas, namun rambut panjang terurai hanya terlihat indah apabila kondisinya baik, yang berarti tidak kering, tidak pecah-pecah atau berketombe. 

Membuat rambut selalu sehat tidak bisa dilakukan dengan instan, tapi kita bisa mencegah dan memperbaiki kerusakannya. Simak  beberapa tips berikut :

  • Saat bangun tidur di pagi hari, jangan terburu-buru menyisir rambut,sisir¡ rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut.
  • Pilihlah sisir dengan bahan dasar kayu. Sisir rambut dengan lembut,lalu rapikan dengan tangan untuk menghindari ujung-ujung rambut yang beterbangan (fly away ends).
  • Rambut panjang tidak cukup hanya diberi kondisioner. Lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.
  • Saat penggunaan kondisioner atau bahan perawatan lainnya, cukup aplikasikan di batang dan ujung rambut -karena memang bagian itu yang paling membutuhkan- bukan di kulit kepala.
  • Sebelum keramas, sisir rambut terlebih dulu, demikian pula saat rambut masih dalam keadaan basah dan baru saja diberi kondisioner, menyisir rambut dalam keadaan ini bisa menghindari kekusutan.
  • Terlalu sering menggunakan hairdryer bisa menyebabkan kerusakan pada rambut dalam waktu yang lama, untuk itu gunakan hairdryer sesekali saja.Pastikan pengering rambut Anda tidak terlalu panas.
  • Jangan terlalu sering menggulung rambut dengan rol rambut yang panas atau mencatok rambut, jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut Anda telah dilindungi dengan produk perawatan untuk mencegah kerusakan.
  • Saat berenang, selain menggunakan tabir surya untuk kulit, gunakan juga produk perawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari atau air kaporit di kolam renang. Seberapa sering kita harus memotong rambut ?
  • Jika pertumbuhan rambut Anda tergolong lambat, potong ujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari ujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut Anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.
  • Jika Anda bosan dengan rambut panjang dan berencana memotong pendek rambut Anda namun masih ragu , coba untuk memotongnya sebahu dulu, sehingga Anda tidak akan terlalu kaget dengan perubahan penampilan Anda.

Tetapi jika Anda sudah tahu pasti model rambut apa yang diinginkan, lakukan saja, jika hasilnya tidak sesuai dengan harapan, jangan putus asa, rambut kita akan panjang lagi bukan ?
Baca selengkapnya

21 May 2014

PERKONGSIAN TIPS : Ciri-Ciri Orang Yang Bercakap Bohong

Ciri-Ciri Orang Yang Bercakap Bohong

Untuk mengetahui adakah seseoraang itu bercakap bohong, ahli psikologi, Dr Philip Calvin McGraw atau dikenali dengan panggilan Dr Phil mengungkapkan ciri-ciri pembohong seperti disalin dari Drphil;

1. Terlalu banyak atau terlalu sedikit kontak mata
Pembohong cenderung untuk menghindari melihat mata lawan bicaranya. Menatap terus menerus ke bawah juga menandakan dia sedang berusaha berbohong. 

2. Tidak fokus pada pertanyaan
Ketika lawan bicara sedang berusaha untuk menghindari mengatakan yang sebenarnya, mereka sering memilih satu topik yang bukan menjadi fokus pembicaraan utama.

3. Gelisah
Adakah orang yang anda ajak bicara sangat gelisah? Boleh jadi dia sedang berbohong.

4. Sering menyentuh hidung
Penelitian menunjukkan bahawa ketika orang berbohong, ia cenderung akan menyentuh pangkal hidungnya.

5. Mulut mengerucut
Ketika orang berbohong, ia tidak mendapat oksigen yang cukup sehingga cenderung bernafas melalui mulut bukan hidung. 

6. Ragu-ragu
Ketika berbicara pembohong cenderung memiliki teknik bicara aneh. Mungkin untuk menunjukkan bahawa ia benar.

7. Melewatkan waktu
Selain sering melihat ke atas atau ke bawah, pembohong sering melewat-lewatkan waktu.

8. Menjawab pertanyaan yang tidak ditanyakan
Pembohong lebih sering membela diri dan menjawab pertanyaan yang tidak ditanyakan.

9. Lihat bahasa tubuhnya
Bahasa tubuh yang menandakan lawan bicara berbohong adalah seperti berkedip berlebihan, pergerakan pupil mata, perubahan nada suara, kurang tersenyum, dan mengangkat bahu.

Semoga Bermanfaat

Baca selengkapnya

Kenapa Lelaki Tak Suka Wanita Yang Kuat Merajuk ?


Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan. Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut. Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

YOUR ADS HERE

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
Baca selengkapnya

15 May 2014

TIPS Penjagaan Keselamatan Tayar


Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan tersebut serta menghadapi permukaan jalan yang tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tip keselamatan tayar kepada pemandu.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna berkaitan tayar:

  • Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
  • Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.
  • Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.Segera baiki tayar yang tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
  • Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
  • Jangan gabungkan tayar berbunga dengan tayar tidak berbunga. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kemalangan yang serius.
  • Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar bertekanan udara.
  • Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
  • Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.Ini kerana anda tidak tahu sama ada tayar tersebut mempunyai kerosakan atau tidak sempurna untuk digunakan.
Sumber : Sini
Baca selengkapnya

13 Oct 2010

TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA

djkupang & Friends
TipS Keselamatan Untuk Wanita ini saya fikir perlu untuk dikongsikan Selepas kejadian ngeri yang menimpa mendiang Annie John. Sebelum ini saya sudah poskan di facebook page 1Sabah. Tips ini saya kutip dari seorang blogger yang lain.

SEMASA BERJALAN
  • Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
  • Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
  • Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.
  • Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.

SEMASA MEMANDU
  • Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.
  • Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)

SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
  • Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
  • Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.
  • Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.

SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
  • Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.
  • Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
  • Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
  • Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.

SEKIRANYA DISERANG
  • Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.
  • Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
  • Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
  • Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.

SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
  • Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.
  • Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.
  • Elakkan situasi yang merbahaya.
  • Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.
  • Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.
  • Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda

Semoga bermanfaat kepada semua untuk hari ini dan di masa akan datang
Baca selengkapnya