3 Jul 2014

PERKONGSIAN ILMU : Tips Menggunakan Gear Automatik yang Betul

Tips Guna Gear Automatik yang Betul


Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Jika kenderaan anda tidak mempunyai butang tombol pada gear, sila abaikan. Yang guna manual tu, you’re the man because MANual is for man.

Ada ketikanya pernahkamu perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti di trafic light? Biasanya  lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama dan kereta belakang pula mau cepat terus tekan HON. Biasanya tekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light : 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila Jalan :
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:

1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

Sumber : FITRIHADI -djkupang.com

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba.

Bagikan

Jangan lewatkan

PERKONGSIAN ILMU : Tips Menggunakan Gear Automatik yang Betul
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"