Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan tersebut serta menghadapi permukaan jalan yang tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tip keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna berkaitan tayar:
- Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
- Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.
- Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.Segera baiki tayar yang tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
- Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
- Jangan gabungkan tayar berbunga dengan tayar tidak berbunga. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kemalangan yang serius.
- Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar bertekanan udara.
- Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
- Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.Ini kerana anda tidak tahu sama ada tayar tersebut mempunyai kerosakan atau tidak sempurna untuk digunakan.
Sumber : Sini
Bagikan
TIPS Penjagaan Keselamatan Tayar
4/
5
Oleh
admin