Showing posts with label Semporna. Show all posts
Showing posts with label Semporna. Show all posts

26 Oct 2014

BERITA SABAH : Terkini ESSCOM Tembak Mati Penjenayah di Perairan Bangau Bangau

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

djkupang & Friends

KEMASKINI BERITA SABAH 26/10/2014

SEMPORNA: Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal pagi Ahad.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.

Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.

Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.

Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.

SUMBER : mstar online

SUDAHKAH ANDA MENONTON MODEL TOYOTA PALING DIMINATI ?
Baca selengkapnya

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

djkupang & Friends
Berita sabah lelaki ditembak di semporna [Sekadar Gambar Hiasan]
KOTA KINABALU : Pasukan keselamatan menembak mati seorang suspek lelaki yang dikehendaki polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Semporna pada awal pagi Ahad.
Difahamkan pasukan keselamatan sedang mengenal pasti lelaki berkenaan yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selepas insiden itu.
Keterangan dari polis marin yang bertugas turut dirakamkan.
Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid dijangka akan mengeluarkan butiran mengenai kejadian itu dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Ahad. 
SUMBER : MSTAR ONLINE

TIP TOP MODEL TOYOTA PALING HANGAT
Baca selengkapnya

21 Jul 2014

Perintah Berkurung Hari Pertama Berjalan Lancar - Komander ESSCOM

Semporna, SABAH : Perintah Berkurung Sabah hari Pertama Berjalan Lancar


Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) semalam berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata tiada tangkapan dibuat pada hari pertama perintah berkurung itu yang bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

“Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita harap keadaan ini berterusan sehinggalah perintah berkurung ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rashid mengingatkan orang ramai khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di daerah terbabit supaya sentiasa mematuhi arahan perintah berkurung itu bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini.

Jalaluddin berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

“Memandangkan keadaan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat,” katanya.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Jalaluddin berkata apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

Pencerobohan Negeri Sabah : Laluan laut khas akan ditetapkan di pantai timur Sabah

"Setelah laluan laut khas ini dikenal pasti dan dikuat kuasa, perintah berkurung akan diumum pada waktu-waktu tertentu bagi mengelak laluan itu disalah guna," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

KUALA LUMPUR: Satu laluan laut khas akan diwujudkan dari perairan antarabangsa ke Timur Sabah dalam usaha mempertingkat tahap kawalan keselamatan di kawasan itu. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laluan yang bakal diumum dalam tempoh terdekat itu juga akan dikenakan perintah 'berkurung' bagi tempoh tertentu. 

"Setelah laluan laut khas ini dikenal pasti dan dikuat kuasa, perintah berkurung akan diumum pada waktu-waktu tertentu bagi mengelak laluan itu disalah guna," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mengenal pasti beberapa langkah segera lain bagi mempertingkat tahap kawalan keselamatan di pantai timur Sabah. 

Ini susulan insiden tembak-menembak yang mengakibatkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala seorang lagi diculik. 

Dalam insiden tembak-menembak di Pulau Mabul Sabtu lepas dengan sekumpulan lapan individu bersenjata berat, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik. 

Sementara itu, Khalid dalam satu kenyataan menyebut langkah ini adalah bagi memastikan semua pergerakan kapal adalah mengikut laluan yang ditetapkan. 

Katanya, laluan yang bakal diumum dalam masa terdekat itu bertujuan mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan laluan laut oleh penjenayah bagi tujuan menceroboh perairan Sabah. 

Selain itu, beberapa langkah akan diambil bagi mempertingkat tahap keselamatan di kawasan berkenaan. 

Beliau berkata dalam tempoh 48 jam, tindakan segera akan diambil khususnya di kawasan panas seperti Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan. 

Khalid juga berkata langkah berkenaan ialah penambahan keanggotaan PDRM sebanyak 330 orang khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan dalam sangkar dengan dibantu keanggotaan tambahan ATM iaitu 350 orang. 

PDRM juga akan menambah aset air Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta aset Tentera Udara Diraja Malaysia di kawasan strategik. 

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan menjalankan kepolisan masyarakat dengan golongan nelayan di seluruh kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak. 

PDRM bakal mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penglibatan (ROE) bagi menyelaras serta memudahkan koordinasi antara semua agensi penguatkuasa di kawasan berkenaan. - BERNAMA 
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

Berita Sabah : Serangan di Pulau Mabul Oleh Kumpulan Yang Sama Menculik Sebelum ini

Sumber ESSCOM pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka

KUALA LUMPUR, (14 Julai) — Kumpulan yang melakukan serang hendap dan membunuh seorang anggota polis marin di Pulau Mabul dua hari lepas dipercayai pernah terbabit dalam penculikan di pantai timur Sabah.
Menurut sumber Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina serta orang awam bagi memperkukuh bukti.
Sumber itu yang dihubungi Bernama di sini hari ini turut berkata Esscom juga mempertimbangkan kemungkinan menyiarkan foto suspek bagi memudahkan orang ramai mengecam sekali gus membawa kepada penangkapan suspek.
Bernama sebelum ini melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan Esscom Datuk Ahmad Nadzer Nordin sebagai berkata berdasarkan maklumat risikan, terdapat 14 kumpulan penculik yang berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat daripada mereka pernah melakukan penculikan di perairan timur Sabah.
Dalam kejadian 11.10 malam Sabtu itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan, dalam serangan hendap oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, Semporna.
Sumber itu juga memberitahu pihak Esscom mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa Filipina yang mengarahkan pasukan marinnya mengesan suspek di perairan negara tersebut.
Sementara itu, Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan telah diarah meningkatkan kawalan keselamatan di resort-resort di perairan pantai timur Sabah.
Ditanya mengenai Zakia, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan tiada perkembangan terkini.
Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini.
Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata melarikan pelancong wanita warga China dan pekerja wanita warga Filipina dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna.
Sebulan kemudian lima lelaki bersenjata menculik seorang warga China yang juga pengurus syarikat ternakan ikan di dalam sangkar di Pulau Baik, Lahad Datu.
Ketiga-tiga mangsa terbabit berjaya diselamatkan. — BERNAMA
Baca selengkapnya

Pencerobohan Pulau Mabul : Ada Dalang Bocorkan Maklumat


Datuk Seri Najib Razak berkata ada dalang yang membocorkan maklumat pergerakan kawalan anggota keselamatan menyebabkan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina mudah menceroboh Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan melakukan pelbagai jenayah.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mempunyai maklumat terbabit melakukan serangan pada waktu malam bagi mengelakkan pergerakan mereka dikesan seterusnya dipatahkan anggota keselamatan.

Katanya, ia termasuk kejadian terbaharu serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, malam kelmarin sehingga mengorbankan seorang anggota polis marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala Konstabel Zakiah Aleip, 26, hilang, dipercayai ditawan.

Menegaskan pihak berkuasa sedang mengesan dalang membocorkan maklumat itu, Najib berkata, pihak musuh mendapat maklumat kawalan pasukan keselamatan secara mendalam yang antaranya berpunca daripada masyarakat di kawasan berkenaan yang tidak mengenali sempadan antara dua negara (Malaysia dan Filipina. -djkupang.com
Baca selengkapnya

Pencerobohan Pulau Mabul : Jenazah Koperal Ab Rajah Selamat Dikebumikan

Pencerobohan Pulau Mabul : Jenazah Koperal Ab Rajah Selamat Dikebumikan

SEMPORNA – Jenazah anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap di Pulau Mabul pada Sabtu malam, selamat dikebumikan di kampung halaman, Kampung Bubul Batu di sini, dengan penuh istadat penghormatan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Jenazah dibawa dari bilik mayat Hospital Tawau pada lewat malam tadi ke rumahnya dan disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul Batu, Jalan Batu 3 1/2, di sini.

Suasana pilu turut disertai hujan renyai-renyai ketika upacara pengebumian yang dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada keluarga terdekat, kenalan rapat dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ab Rajah.

Terdahulu, keranda jenazah yang dibaluti bendera Jalur Gemilang dibawa dari rumah keluarga Allahyarham serta diusung enam anggota polis Marin yang juga rakan Allahyarham.

Turut hadir, Komander Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun, Ketua Polis Semporna Superintendan Mazlan Lazim dan Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah.

Isteri Allahyarham, Salamah Amad, 26, yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita berkata beliau berbangga merelakan pemergian arwah sebagaimana yang pernah disuarakan impiannya untuk sanggup berkorban demi tanah air.


“Saya redha dia pergi…memang niat dia ingin mati berjuang untuk negara kerana masa kejadian Tanduo (Lahad Datu) dia memberi nama untuk ke Tanduo, tetapi arwah ditugaskan di Sandakan,” katanya sambil menambah ketika itu beliau sedang mengandungkan anak lelaki sulung yang akan memasuki usia setahun pada 26 Julai ini.

Menceritakan mengenai latar belakang suami, anak jati Tawau itu berkata, Allahyarham Ab Rajah merupakan seorang insan yang bersemangat juang tinggi sejak berkhidmat sebagai polis pada 2004.

“Kalau orang lain boleh kuat, kenapa saya tidak? Saya boleh menjadi sekuat itu merelakan pemergian arwah demi negara ini.

“Saya tahu dia pun gembira mati syahid di syurga kerana selepas bedah siasat selesai dan dicuci bersih semalam saya amati wajahnya kelihatan tersenyum gembira,” katanya yang menyatakan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar bertugas di Pulau Mabul, Jumaat lepas.

Sementara itu, bapa Allahyarham Jamuan Ajuan, 70, yang masih terkejut dengan hakikat kehilangan anak keempat daripada enam beradik itu akur dengan suratan Ilahi kerana arwah amat meminati bidang kepolisan.

“Ibu arwah, Kamsiah Indanan kini amat bersedih kehilangan anak tersayang tetapi kami redha dia meninggal ketika bertugas untuk mempertahankan negara,” katanya.

Sepupu Allahyarham, Noor Hani Mokhtar, 37, pula menyifatkan pemergian Allahyarham memberi tamparan hebat kepada keluarga selepas kematian seorang lagi  sepupu akibat penyakit kronik, Jumaat lepas.

“Arwah memang seorang yang pendiam dan tidak pandai untuk bercerita dengan keluarga walaupun mempunyai masalah, malah dia memang seorang yang fokus dalam kerjayanya,” katanya.

Beliau berkata arwah sendiri menawarkan diri untuk berpindah ke negeri kelahirannya selepas permohonan dibuka kepada mana-mana anggota untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan permohonan berjaya dalam masa sehari.

Allahyarham Ab Rajah, 32, yang berasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh Perak kira-kira setahun yang lalu sebelum berpindah ke Semporna.

Dalam kejadian pada 11.10 malam Sabtu lepas, seorang lagi rakan sekerja yang juga anggota Marin, Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di pulau itu. – BERNAMA
Baca selengkapnya

Sabah : Kronologi Pecerobohan Serangan Hendap di Resort Pulau Mabul, Negeri Sabah

Kronologi Pecerobohan Serangan Hendap di Resort Pulau Mabul, Negeri Sabah

Pulau Mabul merupakan sebuah resort yang sangat dikenali di Sabah
Berikut adalah Kronologi Pecerobohan Serangan Hendap di Resort Pulau Mabul, Negeri Sabah yang diperolehi dari sumber carian di internet. 


Baca selengkapnya

Konstabel Zakia Aleip Selamat - Isteri

Konstabel Zakia Aleip Selamat - Isteri

SEMPORNA 14 Julai - Konstabel Zakia Aleip, anggota polis Marin yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di Pulau Mabul kelmarin telah menghubungi isterinya malam tadi dan menyatakan dia berada dalam keadaan selamat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.-UTUSAN ONLINE

Baca selengkapnya

TLDM Mahu Kerajaan Benarkan Mereka Menembak pihak yang Menceroboh Sabah

TLDM Mahu Kerajaan Benarkan Mereka Menembak pihak yang Menceroboh Sabah

LUMUT 14 Julai - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

“Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian. Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE

Baca selengkapnya

Berita Sabah : Punca Serangan Hendap di Pulau Mabul Sabah

Punca Serangan Hendap di Pulau Mabul Sabah

Insiden serangan hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi, dipercayai bermotifkan dendam dan marah kerana peningkatan kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di perairan Sabah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya percaya penceroboh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan anggota keselamatan dan pertahanan negara menembusi kubu mereka.

“Penceroboh balas dendam sebab Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tembusi kubu mereka termasuk menyelamatkan tebusan warga China baru-baru ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden yang menyebabkan anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26 hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis pada 10 Julai.

Ditanya mengenai status anggota yang masih hilang itu, Ahmad Zahid menjelaskan perkara tersebut akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan enggan mengulas lanjut.

Ahmad Zahid berkata pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan Filipina terutamanya dari segi bertukar maklumat risikan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di sempadan kedua-dua negara. — BERNAMA
Baca selengkapnya

Serangan Penceroboh di Pulau Mabul, Semporna : Seorang Terbunuh Seorang diculik

Serangan Penceroboh di Pulau Mabul, Semporna : Seorang Terbunuh Seorang diculik

KOTA KINABALU, (13 Julai) — Anggota keluarga Konstabel Zakia Aliep, 26, yang dipercayai diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi terkejut dengan kejadian itu.

Mereka merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu.
Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi tadi.

Abangnya Zakria, 31, berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi tadi selepas bersahur.

“Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.

“Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya,” katanya kepada Bernama.

Zakria berkata petang ini beliau dan ibu bapanya serta beberapa orang saudara mara akan bertolak dari kampung mereka di Tenghilan, kira-kira 45 kilometer dari Kota Kinabalu untuk ke Semporna bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai adiknya di samping menemani isteri dan anak Zakia yang berada di Semporna.

Zakia dipercayai diculik ketika sepasukan anggota Polis Marin diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada pukul 11.10 malam. Seorang lagi anggota Polis Marin, Koperal Rajah Jamuan terbunuh.
Menceritakan mengenai adiknya, Zakria berkata Zakia merupakan antara yang pertama memohon untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata selepas Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan susulan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, adiknya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan bertugas di ESSZone.

“Masa itu permohonan dibuka kepada mana-mana anggota keselamatan yang berminat untuk berkhidmat di bawah ESSCom. Adik saya melihat ia juga sebagai peluang untuk pulang dan berkhidmat di negeri kelahirannya,” katanya.
Zakria berkata adiknya ketika itu bertugas di Pulau Pinang dan menambah adiknya memang bercita-cita menjadi anggota polis sejak kecil dan menyertai Polis Marin sejak 2010.

Sementara itu di Tawau, mayat Rajah dijangka dibedah siasat di Hospital Tawau pada pukul 4 petang ini sebelum dikebumikan di Batu 3, Semporna esok.

Jenazahnya tiba di Hospital Tawau pada 12.25 tengah hari tadi dengan ditunggu anggota keluarganya. — BERNAMA

Baca selengkapnya

13 Jul 2014

Pecerobohan Pulau Mabul : 'Jaga Anak Kita Baik-Baik’, Pesanan Akhir Suami

Pecerobohan Pulau Mabul : 'Jaga Anak Kita Baik-Baik’, Pesanan Akhir Suami 

SEMPORNA – “Jaga anak kita baik-baik,” itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul di sini malam tadi.

Reda pemergian suami tercinta, isterinya, Salamah Amad 26, berkata Ab Rajah, 32, menitipkan pesanan itu ketika menghubunginya pada 10 malam tadi sambil mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, hari ini.

Beliau berharap kumpulan penceroboh yang tidak bertanggungjawab itu akan mendapat hukuman yang setimpal daripada pihak berkuasa atas perbuatan jenayahnya itu.

“Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam nada sendu.



Seorang lagi anggota Marin, Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan itu malam tadi.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

Allahyarham Ab Rajah, yang barasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi Kapal Rondaan Air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh, Perak kira-kira setahun yang lalu sebelum berpindah ke Semporna.

Allahyarham dijangka dikebumikan sebelum solat Zohor esok dalam upacara penghormatan pasukan polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebun Bunga Jalan Batu 3, di sini.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar pekan Semporna mendapati keadaan ketika ini tenang dengan rutin orang awam dan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.

Seorang penduduk tempatan, Nancy Mitan, berkata keadaan dan aktiviti di pekan tersebut berjalan seperti sediakala meskipun mengetahui kejadian itu pagi ini.

“Kami mengetahui kejadian tembak itu yang berlaku di Pulau Mabul iaitu mengambil masa kira-kira 45 minit menaiki bot dari pekan Semporna,” katanya. – BERNAMA
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Berita Sabah : Tujuh penculik Filipina masih dalam perairan Semporna

Anggota pasukan keselamatan percaya bahawa tujuh penculik Filipina masih dalam perairan Semporna,kini telah masuk hari ke tiga di mana pihak keselamatan sedang giat memburu kumpulan penculik tersebut. 

Disyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata mungkin telah bercampur dengan para penduduk kampung tempatan untuk menghindari dari di tangkap.

Pada kira-kira 1:00 pada hari Isnin, tujuh lelaki bertopeng bersenjata telah tiba di sebuah ladang peternakan ikan Ah Chai Farm yang terletak kira-kira 200m dari Kampung Bangau-Bangau berhampiran bandar Semporna dalam mencari pemiliknya. 

Namun telah gagal apabila mengetahui bahawa pemilik penternakan ikan tersebut telah pun berpindah awal.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(ESSCOM)Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka percaya penculikan untuk wang tebusan masih di kawasan tersebut. Benama
Baca selengkapnya

7 Jul 2014

Berita Sabah : Polis Marin Rampas 26,000 Bungkus Rokok Pelbagai Jenama

Polis Marin Rampas 26,000 Bungkus Rokok Pelbagai Jenama

Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 26,000 bungkus rokok pelbagai jenama semasa menjalankan Operasi Paradise Perairan di Kampung Simunul pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pasukannya merampas 9,500 bungkus rokok Astro Merah dan 16,500 bungkus rokok Astro Hijau di ruang dapur sebuah rumah tidak bernombor di kampung tersebut. 

“Anggaran nilai rampasan rokok yang dirampas tanpa cukai kira-kira RM166,400,” katanya.

Polis turut menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Mohamad berkata, suspek bersama rampasan telah dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Petrol

 Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Petrol

Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 4,690 liter minyak petrol menggunakan bot pam di perairan Kampung Labuan Haji dekat sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi itu pasukannya telah menahan 12 orang lelaki warga tempatan bersama enam buah bot pam yang membawa sejumlah tong yang mencurigakan.

"Setelah diperiksa kami mendapati mereka membawa sebanyak 178 tong berisi minyak petrol dan gagal mengemukakan dokumen yang sah berkaitan pemindahan barangan berduti kastam," ujarnya.

"Kami telah menahan 12 orang lelaki tersebut bersama bot-bot mereka dan merampas kesemua minyak petrol mengikut peruntukan di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam" katanya lagi.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,272 dan kes diserahkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Polis Marin Rampas 7,200 Bungkusan Mercun di Semporna

Polis Marin Rampas 7,200 Bungkusan Mercun di Semporna

Semporna, 6 Julai - Sejumlah 7,200 bungkusan mercun berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam dua operasi Op Paradise berasingan yang dijalankan di perairan Tongkaloh, di sini, lewat petang semalam.

Komandernya ACP Mohamad Madun berkata dalam pemeriksaan pertama terhadap sebuah jongkong yang melalui perairan tersebut, pihaknya menemui sejumlah 4,800 bungkusan mercun jenama "Tiger Firework" yang disorokkan di dalam ruangan yang terdapat di dalam jongkong tersebut.

"Manakala pemeriksaan kedua terhadap sebuah bot laju yang ditahan tidak lama selepas itu, pihak polis berjaya menjumpai 2,400 lagi bungkusan mercun jenama yang sama.

"Kesemua barang rampasan termasuk sebuah jongkong, sebuah bot laju, dua buah enjin sangkut dan sebuah tangki minyak yang dianggarkan berjumlah RM70,500 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut," jelas Mohamad lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Berita Sabah : Gempar Kereta Kancil Terbakar

Berita Sabah : Gempar Kereta Kancil Terbakar



Sebuah kereta jenis Perodua kancil terbakar berhampiran Bangunan Umno Semporna Sabah. Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk memadam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran,masih dalam siasatan. Menurut pemiliknya kemungkinan besar ianya berpunca dari litar pintas yang berlaku membabitkan sambungan beberapa wayar dalam kenderaan tersebut salah dan mencetuskan kebakaran kecil yang akhirnya kereta tersebut terbakar.


SATUSABAH.COM
Baca selengkapnya

1 Jul 2014

Berita Sabah : Guna Bahan Letupan Tangkap Ikan, 2 Lelaki diTahan

Guna Bahan Letupan , 2 orang ditahan


Semporna, 1 Jul – Aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan negara dipandang serius oleh Pasukan Polis Marin (PPM) apabila berjaya menahan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Penolong Pesuruhjaya Polis Mohamad Madun berkata, operasi yang bermula sekitar pukul 3.10 petang itu pihaknya telah membuat serbuan di perairan kampung Bangau-bangau dan Labuan Haji Semporna.

“Dalam kedua-dua operasi yang dijalankan, pihak polis telah menahan dan menjalankan pemeriksaan terhadap dua buah pump boat dan masing-masing menjumpai 20 kilogram (kg) ikan yang dipercayai diperolehi menggunakan bahan letupan. Selain itu, kami turut menahan dua lelaki berketurunan Bajau,” katanya.

“Penangkapan ikan menggunakan bahawa letupan boleh merosakkan ekosistem laut di samping memusnahkan batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan, selain memberi kesan kepada para penyelam skuba kerana kesan bunyi letupan boleh kedengaran dalam jarak yang jauh, serta boleh menjejaskan industri pelancongan Sabah.

“Walaupun nilai rampasan dan tangkapan amat kecil, penangkapan ikan menggunakan bahan letupan merupakan kesalahan yang serius kerana bom ikan turut digunakan dalam beberapa siri rompakan di Perairan Sabah, “tambah beliau lagi.

Nilai rampasan termasuk pump boat dianggarkan bernilai RM9,000 dan kedua-dua suspek dibawa ke Markas PPM Semporna untuk disiasat di bawah Seksyen 26 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Dalam kejadian berasingan, PPM turut menahan empat lelaki yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Sabah dari Pulau Sibutu, Filipina menggunakan sebuah pump boat semalam.

Menurut Mohamad pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai pengenalan diri dan ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.
FB PolisDirajaMalaysia -djkupang.com
Baca selengkapnya