3 Oct 2014

KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian Norikoh

"Saya sangat gembira hari ini. Saya telah direman selama lebih dua tahun masa saya terbuang secara sia-sia didalam penjarah. Saya mengalami kerugian besar sejak insiden ini walaupun kedai saya di Kota Marudu masih beroperasi dan dijaga oleh keluarga saya," kata Amir, yang telah tinggal di negari ini selama 19 tahun.

djkupang & Friends
KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian 

Kota Kinabalu: Pendakwaan gagal dalam rayuannya terhadap pembebasan seorang rakyat Pakistan berumur 40 tahun daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang gadis berumur 16 tahun di Kota Marudu.

Hakim Makahmah Tinggi Stephen Chung pada Khamis menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Amir Ali Khan Nawaty tanpa dipanggil membela diri pada 12 Febuari tahun ini.

Amir dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Norikoh Saliwah dalam sebuah lori yang sedang bergerak dari pekan Kota Marudu ke Langkon, di KM 2.8 di Jalan Kota Marudu - Langkon, antara pukul 11 pagi dan 12:30 tengah hari pada 25 November, 2012.

Kesalahan di bawah Seksyen 304 (B) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya jka sabit keselahan.

Dalam keputusannya, Chung berkata pendakwaan tidak menyatakan perbuatan Amir dalam tuduhan yang menyebabkan kematian Norikoh dan tidak pasti sama ada tindakan itu dilakukan oleh Amir.

Beliau memerintahkan pendakwaan gagal membuktikan empat kemungkinan yang dibangkitkan oleh mereka dalam rayuan - bahawa pintu lori mungkin rosak; secara tidak sengaja terbuka dan Norikoh jatuh; atau Norikoh mungkin membuka pintu itu sendiri dan melompat keluar; atau dia munkin ditolak.

Chung juga memerintahkan pendakwaan tidak menyatakan dalam pertuduhan bahawa Amir menolak Norikoh keluar daripada lori yang sedang bergerak.

Mengenai hujah pendakwaan bahawa Amir tidak terus menghentikan lori selepas insiden, Chung berkata Amir tidak didakwa atas pertuduhan secara cuai.

Chung juga memerintahkan bahawa penemuan pakar patologi juga menyokong keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, bahawa ia adalah jatuh yang tidak sengaja.


Peguam Dato' Rakhbir Singh menghujahkan semasa pendengaran rayuan bahawa rayuan itu hanyalah satu pertikaian fakta.

Amir meluahkan kegembiraannya terhadap keputusan Mahkamah itu.

"Saya sangat gembira hari ini. Saya telah direman selama lebih dua tahun masa saya terbuang secara sia-sia didalam penjarah. Saya mengalami kerugian besar sejak insiden ini walaupun kedai saya di Kota Marudu masih beroperasi dan dijaga oleh keluarga saya," kata Amir, yang telah tinggal di negari ini selama 19 tahun.

"Saya berniat untuk pulang ke tempat isteri saya di Kawang sebelum membawanya dan anak perempuan saya ke Pakistan, kerana saya menerima banyak ancaman daripada penduduk di Kota Marudu," kata Amir yang mempunyai seorang lagi isteri dan enam anak perempuan di Pakistan.

Dia meninggalkan Mahkamah bersama anggota keluarganya.

Amir direman sementara menunggu pelupusan rayuan kerana dia tidak mempunyai dukumen perjalanan sah kerana pasport dan pas lawatan sosialnya tamat tempoh pada tahun lalu.

Sementara itu, peguam pemerhati untuk keluarga Norikoh, Peter Marajin, yang juga hadir di Mahkamah bersama bapp Norikoh iaitu Saliwah Madaya, berkata keluarga tersebut kecewa dengan keputusan itu dan telah meminta pendakwaan merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzan Abd Kahar memaklumkan mereka bahawa Kamar Peguam Negara di Putrajaya akan menentukan sama ada untuk merayu atau tidak.

SUMBER : DAILY EXPRESS via John Charles Mitah Mikat 

Bagikan

Jangan lewatkan

KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian Norikoh
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"