KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian Norikoh
"Saya sangat gembira hari ini. Saya telah direman selama lebih dua tahun masa saya terbuang secara sia-sia didalam penjarah. Saya mengalami kerugian besar sejak insiden ini walaupun kedai saya di Kota Marudu masih beroperasi dan dijaga oleh keluarga saya," kata Amir, yang telah tinggal di negari ini selama 19 tahun.
KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian |
Kota Kinabalu: Pendakwaan gagal dalam rayuannya terhadap pembebasan seorang rakyat Pakistan berumur 40 tahun daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang gadis berumur 16 tahun di Kota Marudu.
Hakim Makahmah Tinggi Stephen Chung pada Khamis menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Amir Ali Khan Nawaty tanpa dipanggil membela diri pada 12 Febuari tahun ini.
Amir dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Norikoh Saliwah dalam sebuah lori yang sedang bergerak dari pekan Kota Marudu ke Langkon, di KM 2.8 di Jalan Kota Marudu - Langkon, antara pukul 11 pagi dan 12:30 tengah hari pada 25 November, 2012.
Kesalahan di bawah Seksyen 304 (B) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya jka sabit keselahan.
Dalam keputusannya, Chung berkata pendakwaan tidak menyatakan perbuatan Amir dalam tuduhan yang menyebabkan kematian Norikoh dan tidak pasti sama ada tindakan itu dilakukan oleh Amir.
Beliau memerintahkan pendakwaan gagal membuktikan empat kemungkinan yang dibangkitkan oleh mereka dalam rayuan - bahawa pintu lori mungkin rosak; secara tidak sengaja terbuka dan Norikoh jatuh; atau Norikoh mungkin membuka pintu itu sendiri dan melompat keluar; atau dia munkin ditolak.
Chung juga memerintahkan pendakwaan tidak menyatakan dalam pertuduhan bahawa Amir menolak Norikoh keluar daripada lori yang sedang bergerak.
Mengenai hujah pendakwaan bahawa Amir tidak terus menghentikan lori selepas insiden, Chung berkata Amir tidak didakwa atas pertuduhan secara cuai.
Chung juga memerintahkan bahawa penemuan pakar patologi juga menyokong keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, bahawa ia adalah jatuh yang tidak sengaja.