4 Jul 2014

Semasa : Rakan Sekerja Menyangka dia sedang Tidur rupanya Mati

KUCHING: Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Plaza Song di sini ditemui mati di kuartersnya oleh rakan sekerja yang pada mulanya menyangka mangsa masih tidur.

Difahamkan, mangsa Jostan Lalang, 30, berasal dari Kampung Mentu Tepu ditemui tidak lagi bernyawa sekitar jam 1 petang semalam.

Rakan mangsa yang melihat keadaan mangsa sedemikian terus menghubungi pihak ambulans untuk bantuan, namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mulanya kami menyangka dia (mangsa) masih tidur tetapi hairan juga sebab selalunya dia bangun awal.

Disebabkan itu seorang rakan saya pergi ke biliknya dan terkejut apabila melihat dia tidak lagi bernyawa,” kata seorang rakan mangsa.

Mangsa dikatakan baharu bekerja di restoran tersebut sebagai pembantu dapur sejak dua minggu lepas dan semalam merupakan hari cutinya.

Beberapa anggota dari balai polis berhampiran juga berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut sehingga berita ini ditulis semalam diklasifi kasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
UTUSAN BORNEO -djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Semasa : Rakan Sekerja Menyangka dia sedang Tidur rupanya Mati
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"