15 Jul 2014

Semasa : Kilang Roti Beroperasi Tanpa Sijil Halal SAH Kotor dan Meloyakan

Semasa : Kilang Roti Beroperasi Tanpa Sijil Halal SAH Kotor dan Meloyakan

Kilang Roti Kotor di Perak, djkupang
Keadaan Persekitaran Kilang Roti

IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.

Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.

Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.

Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.


Jaipk lawat kilang

Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.

Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.

“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.


Kilang diarah tutup

Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.

Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.

Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.

“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated  Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.

“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.

Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.

Sumber : Sinar Harian

Bagikan

Jangan lewatkan

Semasa : Kilang Roti Beroperasi Tanpa Sijil Halal SAH Kotor dan Meloyakan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"