Berita Terkini, Perkongsian Keadaan Kilang Roti Yang Kotor dan Meloyakan
Susulan sebuah kilang roti di Perak dilaporkan beroperasi dalam keadaan jijik, siasatan telah dilakukan lalu kilang tersebut telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).
Jenama roti ini benar-benar telah menipu orang ramai apabila menggunakan sijil halal sebagai salah satu cara melariskan jualan. Hakikatnya ia beroperasi dalam keadaan tidak bersih dan menggunakan logo halal tanpa perakuan Jaipk.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar premis yang pasti meloyakan tekak sesiapa sahaja yang melihatnya:
Tapi kalau tengok produk yang dihasilkan kilang ini dan dijual di rak-rak kedai runcit dan pasaraya, nampak macam comel dan gebu saja..
Nampaknya, kilang ini bakal mengikut jejak langkah Bihun Cap Masjid.
Semoga lebih banyak kes seperti akan dibongkar agar pengguna tidak lagi tertipu dek peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan.
Pada masa sama semoga ia menjadi pengajaran kepada peniaga yang sewenang-wenangnya mempermainkan sijil halal.
SUMBER : Sudut Pandangan Anda
SUMBER : Sudut Pandangan Anda
Bagikan
[Gambar] Keadaan Kilang Roti Yang Kotor dan Meloyakan
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"