PRISTINA: Sebuah kelab bola sepak di Kosovo menawarkan Luis Suarez 1,500 euro (RM6,595) sebulan untuk menguatkan jentera serangan mereka ketika bintang Uruguay itu menjalani tempoh penggantungan.
Kosovo tidak tersenarai dalam penggantungan secara global ke atas Suarez kerana kelab berkenaan bukan menjadi ahli rasmi Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Jadi secara teori, pemain Liverpool itu boleh beraksi di Liga Super negara itu.
Kelab Kosovo, Hajvalia membuat cadangan itu dalam bentuk surat kepada Liverpool.
“Ia akan menjadi satu langkah yang besar buat kami untuk memperoleh seorang pemain yang amat terkenal di Kosovo,” kata Presiden kelab itu, Xhavit Pacolli. “Ia akan memberi makna yang cukup besar bukan saja untuk kami, namun untuk Kosovo secara keseluruhannya.
Pacolli berkata pasukannya menawarkan 1,500 euro sebulan manakala Liverpool akan menerima pampasan 30,000 euro selama empat bulan Suarez beraksi di Kosovo.
“Jumlah ini mungkin nampak melucukan buatnya namun ia adalah tawaran paling tinggi mampu kami lakukan. Tawaran itu lebih besar buat kami berbanding dirinya. Kami berharap dia akan menerima untuk bermain di sini sekurang-kurangnya satu permainan.
“Hanya menunjukkan kepada kami bagaimana aksi bola sepak berkelas dunia.” Hajlvalia, yang menamatkan Liga Super di kedudukan keenam terletak di kawasan pinggir bandar Kosovo, Pristina.
Suarez terpaksa pulang awal dari Brazil kerana didapati bersalah kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini dan berdepan empat bulan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan beberapa hukuman lain. - AFP
Bagikan
Kisah Luis Suarez : DItawar Gaji RM6,595 sebulan
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"