Perkongsian Ilmu : 10 Kesalahan Suami Kepada Isteri
Mari kita sama-sama kita baca dan hayati. Kekurangan Ilmu mungkin menjadi sebab kepada
peningkatan kes penceraian di Malaysia.
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak
kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang
betul, hukum haid dan nifas, berperilaku terhadap suami secara tidak
syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Malah, ada yang
terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan.
Yang
menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan
menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Ini
semua adalah kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama
ibadahnya tidak pernah ditanyakan pula oleh suami.
Padahal
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hai orang–orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras
dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang di perintahkanNya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan”. Al-Quran, Surah
At-Tahrim:6
Maka
para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan perkara ini kerana
semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah
benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri
atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan
menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya serta
berbincang bersama-sama. Kaset/cd ceramah agama, mengajak isterinya
menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yang
berilmu dsb. Yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah
bersama-sama.
2. Suka Mencari Kekurangan dan Kesalahan Isteri
Dalam
satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki
yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di
waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati pelbagai kekurangan
isteri dan kemudian akan mencela isterinya. Malah, suami diminta
bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga
ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.
Kerana
suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman.
Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak
lain darinya.” H.R. Muslim
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman. (Sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
- Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie. (Sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq: 1
- Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam
as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa dia
berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya?
Nabi
s.a.w menjawab: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan,
memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak
menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.”
H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana
anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita
kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika
si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan
penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka
sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan
jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka
tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu
beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang
kamu lakukan.” Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233
Isteri
BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya
bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di
rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati
suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah
kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta
suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan)
meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda
Rasulullah s.a.w: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk
keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah
sedekah baginya.” Muttafaq ‘alaih
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik
akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap
isteri-isterinya.” H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumah Tangga
Inilah
kesalahan yang paling banyak menjangkiti para suami. Padahal lelaki
yang paling utama yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu
pekerjaan isterinya.
Ketika
Aisyah rha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di
rumahnya, beliau menjawab: “Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika
datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” H.R. Bukhari
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya
diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari
kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya
menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” H.R.
Muslim
Dalam
hadis ini, diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara
dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan
menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik
berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai
suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu
adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerana Islam menganggap
penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana
penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan
anak dsb.
Dan
hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan
gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda: “Ada 3 perkara
yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh
iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan
Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani
Memang
perselisihan antara suami isteri sering terjadi sehinggakan
kadang-kadang mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini
tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian
perselisihan ini. Malah, harus diusahakan berbagai cara untuk
menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan
yang ditimbulkan dikemudian hari.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas
air (laut), kemudian dia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang
paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya
(penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku
telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan
apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah
menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka
Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata:
Engkau tentera terbaik.” H.R. Muslim
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Bernikah
untuk kali kedua, ketiga dan keempat merupakan salah satu perkara yang
Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa
sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini telah menerapkannya
dengan tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta
tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” Al-Quran, Surah An-Nisa: 3
Sikap
ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar
berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu
melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau
tidak boleh memikul tanggungjawabnya, perkara ini boleh menjuruskan
kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah
permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah
akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk
ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para
suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati
dan dipertontonkan oleh orang ramai. Dia membiarkan isterinya
menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan
lelaki-lelaki lain. Malah, sebahagian orang bangga kerana telah memiliki
isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang.
Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga
keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk
suaminya sahaja dan bukan untuk di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang
suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan
membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN
mahram.
“Ditusukkan
kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia
menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” Lihat dalam
ash-Shahihah : 226
Seorang
suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan
memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian masuk menemui
para wanita.” Lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana
dengan Al-Hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al-Hamwu adalah
kematian.” Muttafaq ‘alaih
Perhatikan
juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki
kecemburuan terhadap keluarga (isteri): “Tiga golongan yang Allah s.w.t
tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka
kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts”
H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah :
674
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.
Krdit : PERSEPSI | Apa Pandangan Anda -djkupang.com
Krdit : PERSEPSI | Apa Pandangan Anda -djkupang.com
Bagikan
Perkongsian Ilmu : 10 Kesalahan Suami Kepada Isteri (Wajib Baca)
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"