25 Jun 2014

Tawau : Kepala Bom dipercayai Peninggalan Perang dijumpai

TAWAU: Sebuah kepala bom seberat 30kg yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top Tawau, di sini Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, kepala bom yang tidak diketahui jenisnya itu berukuran lilit 21 inci dan 13 inci panjang.

“Pemusnahan bom dibuat di lokasi penemuan oleh Pegawai Persenjataan Inspektor Yeam dan Unit Pemusnah Bom IPD Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Awang berkata, pemusnahan bom itu dijalankan pada jarak kira-kira 50 meter dari bangunan hospital pakar yang masih dalam pembinaan pada jam 4.38 petang.

Beliau berkata, kerja-kerja memusnahkan bom terbabit berjalan lancar dan tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku semasa proses pemusnahan bom berjalan.

“Kepala bom ini ditemui oleh seorang operator jentolak, Juair Kadir, 43, semasa sedang menggali kawasan pembinaan hospital pakar terbabit kira-kira jam 1.45 petang,” katanya.

Beliau berkata berikutan penemuan besi berbentuk kepala peluru itu, pengadu terus menunjukkannya kepada pengurus tapak projek sebelum menghubungi polis.

Menurutnya, pasukan peronda MPV dikerah ke lokasi kejadian untuk mengosongkan tempat terbabit sebelum lima anggota Unit Pemusnah Bom diketuai Inspektor Yeam tiba.

Bagikan

Jangan lewatkan

Tawau : Kepala Bom dipercayai Peninggalan Perang dijumpai
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"