25 Jun 2014

Berita Sabah : Dadah Syabu seberat 4.8kg Dirampas


KOTA KINABALU: Gelagat mencurigakan seorang wanita di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) terbongkar selepas dia ditangkap ketika membawa bagasi berisi dadah syabu seberat 4.8 kilogram, dengan nilai pasaran hampir RM1 juta.

Dalam kejadian jam 10.50 malam Ahad lalu itu, suspek warganegara China berusia 21 tahun dikatakan baru sahaja tiba dari Hong Kong.

Ekoran tindak-tanduknya yang mencurigakan, sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertindak menahan suspek sebelum diarah menyerahkan bagasi berwarna merah jambu miliknya untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan ke atas bagasi itu mendapati bungkusan tidak berwarna dan dibaluti pita pelekat disembunyi dalam ruang rahsia.

Apabila diperiksa, didapati bungkusan itu berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat kira-kira 4.8 kilogram dengan anggaran nilai RM930,000.

Pengraah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata, suspek kini direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut sementara bahan rampasan kini disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

“Berdasarkan maklumat awal, suspek akan berada di negeri ini selama dua hari sebelum dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada Selasa dan kemudian ke negara asalnya di Hong Kong,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih melakukan siasatan sama ada suspek merupakan ‘kambing hitam’ atau terlibat dengan mana-mana sindiket dadah selain menjadikan Sabah sebagai hab bagi kegiatan jenayah yang menjadi musuh nombor satu negara itu.

“Kita masih melakukan siasatan berhubung kes ini, namun JKDM percaya modus operandi sindiket dadah adalah dengan menjadikan lapangan terbang sama ada antarabangsa atau domestik sebagai sasaran kegiatan menyeludup.

“Untuk rekod, sejak 2011 JKDM Sabah memperoleh lapan kes melibatkan suspek-suspek pelbagai warganegara atau bangsa dengan membabitkan rampasan 42kg dadah seperti ketamine dan methamphetamine bernilai lebih RM4 juta.

“Kes-kes berkenaan berlaku di LTAKK, Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Sandakan,” katanya sambil mendedahkan tangkapan terbaru itu merupakan kejayaan narkotik terbesar pada tahun ini.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Dadah Syabu seberat 4.8kg Dirampas
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"