PULAU BRUIT, Daro: Dua nelayan dari Kampung Bruit di sini awal pagi semalam tercengang apabila pukat tunda mereka amat berat sebelum mengetahui tangkapan mereka kali ini amat luar biasa dan mencipta sejarah.
Hanya selepas berjaya menaikkan pukat ke permukaan air dengan bantuan nelayannelayan lain, baharulah dua nelayan tersebut mendapati di dalam pukat mereka terjerat ikan yu gergaji seberat kira-kira 300 kilogram.
Menurut sumber penduduk kampung, setelah penat berhempaspulas dengan tangkapan yang terlampau berat dan paling besar sepanjang pengalaman, dua nelayan tersebut terpaksa menelefon rakanrakan di darat meminta bantuan.
Pada mulanya mereka berdua tidak mengetahui ikan apa yang masuk ke dalam pukat tunda mereka ketika berada di kawasan laut dalam berhampiran Pulau Bruit pada kirakira jam 9.30 malam kelmarin.
Setelah bantuan daripada nelayannelayan lain tiba dan untuk tempoh kira-kira setengah jam, mereka terkejut bercampur girang apabila ternampak ikan yu gergaji berada di dalam pukat tunda.
Bagaimanapun, kumpulan nelayan itu mengambil keputusan untuk menunda ikan sepanjang lima meter dan lebar lebih dua meter itu balik ke jeti di Kampung Bruit.
“Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menewaskan ikan yu gergaji itu tetapi tidak dapat menaikkannya ke dalam perahu kerana terlalu berat dan besar,” kata sumber.
Selepas tiba jeti di Kampung Bruit pada jam 2 pagi semalam, mereka terpaksa menunggu hari cerah pada kira-kira jam 6 pagi untuk menarik ikan itu ke darat.
Sejurus itu, penduduk datang beramai-ramai untuk melihat sendiri tangkapan luar biasa itu.
Menurut sumber, ikan itu dijual kepada penduduk kampung dan pembeli di Sibu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah hasil jualan ikan itu.
Sementara itu, cerita dan gambar tangkapan besar itu turut menjadi perkongsian di media sosial oleh penduduk berasal dari Pulau Bruit sejak ia berjaya didaratkan.
Rata-rata mereka memberitahu tidak pernah melihat ikan sebesar itu berjaya didaratkan oleh nelayan di situ.
Bagikan
Perkongsian Gambar : Ikan Yu Paling Besar dan Luar biasa Sarawak
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"