16 Jun 2014

Padah Curi Motorsikal : Dibelasah orang Awam


KUCHING: Perbuatan seorang lelaki mencuri sebuah motosikal membawa padah apabila dia bukan sahaja diberkas tetapi turut dibelasah oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Sabtu lepas, suspek yang berusia 22 tahun dari Stutong Baru berlagak seperti pemilik motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal di belakang sebuah rumah kedai di Kota Sentosa namun tetap dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek yang tidak menyedari perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup di situ, membawa sebuah beg plastik mengandungi barangan menuju ke arah beberapa motosikal yang diparkir di situ.

Selepas melihat seketika motosikal di situ, suspek berlalu pergi namun datang kembali.

Bagaimanapun suspek datang semula untuk kali kedua dan duduk di atas salah satu motosikal dipakir di situ, menghidupkan lalu melarikan diri bersama motosikal tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, dia kembali semula ke situ dan kali ini dengan berjalan kaki.
Dia cuba menghidup sebuah lagi motosikal namun usahanya gagal kerana perbuatannya itu dilihat pemilik kedai di situ.

Pemilik kedai itu memaklumkan kejadian itu kepada orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan yang seterusnya menangkap suspek dan membelasahnya sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Bagikan

Jangan lewatkan

Padah Curi Motorsikal : Dibelasah orang Awam
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"