16 Jun 2014

KES BUNUH KARTINI BORHAN : 22 Julai tentukan Keputusan

Keratan akhbar lalu
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin menetapkan pada 22 Julai tahun ini untuk menyampaikan keputusannya terhadap seorang anggota bekas inspektor yang didakwa membunuh seorang wanita tempatan.

Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan itu terhadap Ahmad Rizal Umar, 30, selepas mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Rizal didakwa membunuh Kartini Borhan, 28,  pada 29 September 2011 antara jam 4 hingga jam 5 pagi, di sebuah rumah di Lot 7, Phase 5, Taman Adika, Keningau.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sekiranya disabitkan bersalah, boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori.

Chew akan menyampaikan keputusannya pada tarikh yang ditetapkan sama ada tertuduh diperintahkan membela diri, atau sebaliknya.

Peguam Ram Singh dalam hujahnya berkata, dua bahagian dalam analisis DNA harus ditekankan, iaitu rambut yang dijumpai pada mangsa dan disimpan oleh PW2 (Dr. Jessie) di dalam bekas plastik, dan kedua sehelai rambut yang terdapat kesan darah di rumah berkenaan.

Katanya, daripada bukti-bukti yang dikumpul, pihak pembelaan berpendapat semua bukti itu menjadi isu.
Selain itu, semasa perbicaraan semua bukti fizikal kecuali beberapa telefon bimbit telah musnah dalam kebakaran stor, di balai polis daerah Keningau.

Dalam pada itu, saksi PW16 juga memberikan kenyataan ketika pemeriksaan balas, beliau setuju dengan pihak pembelaan, bahawa adalah penting untuk mempunyai bukti fizikal daripada bergantung dengan gambar.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen berkata, saksi PW2 menyatakan posisi mangsa pada tangan kanan terdapat dua helai rambut.

Katanya, bukti dua helai rambut berkenaan tidak pernah diganggu kerana mayat mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dari Hospital Keningau, selepas diperiksa dan disahkan mati.

Menurutnya, posisi gegaman mangsa adalah seperti yang asal ketika diperiksa oleh saksi PW2. Keterangan PW2 mengesahkan kedua-dua tangan mangsa ditutup plastik, ketika mayat mangsa sampai di HQE untuk bedah siasat.

Tambahnya, tertuduh dan mangsa terlibat dalam sentuhan fizikal pada pagi itu dan sehelai rambut dijumpai di tangan kanan mangsa, yang mencadangkan si mangsa ada mengcengkam tertuduh ketika serangan.

Kini tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah yang tidak menawarkan ikat jamin, sehingga kes selesai.

Bagikan

Jangan lewatkan

KES BUNUH KARTINI BORHAN : 22 Julai tentukan Keputusan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"