8 Jun 2014

Lima perompak ditangkap selepas mangsa ekori mereka tanpa disedari


KLANG: Tindakan seorang kontraktor yang tidak ‘mati akal’ selepas disamun oleh lima lelaki di Klang dengan mengekori perompak tersebut berjaya membawa kepada penangkapan suspek samun tersebut di Ampang.

Mangsa yang berumur 33 tahun itu memandu keretanya dan mengekori perompak berkenaan tanpa dikesan dari Bukit Tinggi, Klang hingga ke Taman Melati sejauh 60 km.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi tadi, mangsa dipercayai hendak pulang ke rumahnya di Bandar Botanic, Klang selepas bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Jalan Batu Nilam 34B, Taman Bukit Tinggi 2.

“Ketika dia menuju ke kenderaanya dia telah didatangi oleh lima lelaki dimana salah seorangnya menghunuskan pedang samurai ke arahnya sambil memaksanya  menyerahkan beg sandang milik mangsa,” kata Kamarul dalam satu kenyataan medianya.

Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa menyerahkan begnya itu kepada suspek dan suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menggunakan dua buah kereta iaitu Proton Preve berwarna putih dan Perodua Kelisa berwarna merah.

Antara barangan yang terdapat dalam beg sandang tersebut termasuklah wang tunai RM10 ribu, tiga keping cek, dua buah telefon bimbit, segugus kunci, dua kad kredit Hong Leong Bank dan Maybank dan sekeping lesen memandu milik mangsa.

“Memikirkan bahawa dia mempunyai peluang untuk mendapatkan semula barangan yang telah dilarikan oleh perompak tadi itu, mangsa bertindak mengekori kenderaan suspek tanpa disedari oleh suspek sehingga ke Taman Melati di daerah Ampang,”

Dia meninjau perompak berkenaan yang kemudiannya telah masuk untuk menjamu selera di sebuah kedai makanan segera 24 jam di kawasan tersebut.

Mangsa segera menghubungi polis Ampang yang kemudiannya tiba dan memberkas kesemua perompak tersebut.

“Lima suspek tersebut berumur antara 28 hingga 35 tahun itu diberkas ketika sedang makan di kedai makanan segera tersebut dan merampas sebilah pedang samurai, dua bilah parang, dua batang kayu dan sebatang cota besi,”.

Polis turut merampas 14 telefon bimbit, wang tunai bernilai RM709 dan dua buah kereta yang dinaiki suspek.

“Barangan rompakan milik mangsa itu juga berjaya ditemui semula,”.

Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas tuduhan samun berkumpulan dengan senjata.

Bagikan

Jangan lewatkan

Lima perompak ditangkap selepas mangsa ekori mereka tanpa disedari
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"