BALIK PULAYU: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu daripada laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa seorang budak perempuan diculik untuk diambil organ dalamannya di daerah Barat Daya, di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu telah menggempar dan menakutkan penduduk di daerah berkenaan.
"Saya sebagai Ketua Polis Daerah menafikan sekeras-kerasnya mengenai kejadian culik budak perempuan untuk diambil organ dalamannya seperti yang tersebar di facebook, WhatsApp dan SMS sekarang ini.
Malah saya juga ingin mengesahkan sehingga hari ini tiada kejadian atau insiden seperti didakwa itu di Barat Daya. Berita itu adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menyeru kepada semua orang dan pemilik akaun facebook dan WhatsApp supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin serta berita palsu seperti itu.
-ASTRO AWANI
Bagikan
Berita Semasa : Budak Perempuan diculik untuk diambil Organ hanya khabar Angin - PDRM
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"