Berhasrat menjadi seorang penyanyi artis
solo bukan sekadar angan-angan bagi dirinya yang juga mempunyai koleksi lagu
sendiri yang masih belum direkodkan. Fazirah Ghazali, 19, membuktikan dia serius
dengan cita-citanya dengan mendalami dunia nyanyian. Gadis yang mesra dipanggil
Nonong berkata, niatnya menyertai bidang hiburan untuk mendalami dunia nyanyian
yang diminatinya sejak kecil.
“Saya memang berminat dalam dunia hiburan
dan sentiasa menjadikannya ia perkara pertama dalam kehidupan seharian untuk
menambah lagi kemantapan vocal .”Malah, dalam masa yang sama ,saya sentiasa
menjaga pemakanan untuk memastikan vocal terus terpeihara.
Menurutnya , dalam dunia hiburan juga turut
mementingkan penampilan dan juga vocal yang menarik dan perlu mengikuti ‘trend’
semasa.”ia pendedahan awal sebelum saya menyertai bidang nyanyian dan
merekodkan lagu sendiri.
“Meskipun masih baru dalam bidang
nyanyian,tetapi saya yakin dapat mendalami dunia nyanyian bagi memenuhi
cita-cita yang terpendam sejak dulu lagi,”Katanya.
Menurut anak kelahiran Beaufort itu,beliau
juga pernah terlibat dalam pengambaran video clip dalam rancangan Melodi Alam TVi Astro channel 180 dimana telah
merekodkan lagu Bisikan Suara Hati dan
Nakuro ikau kidum kidum.
Bagikan
Artis Sabah : Nonong Sedia Jadi Penghibur
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"