TAWAU: Dua sahabat masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melakukan pecah masuk kedai dan mencuri.
Majistret Suhaila Selag menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nasri @ Man Mohd Nor, 21 dan Roslee Hasan, 43, di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Kedua-dua tertuduh bersama empat lagi yang masih bebas telah melakukan pecah masuk kedai milik seorang lelaki berusia 46 tahun di TB12191 Easy Home Taman Megah Jaya Batu 3 ½ Jalan Apas pada 2 Mei lepas kira-kira jam 3 pagi.
Menurut pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah mencuri enam peralatan daripada premis tersebut iaitu dua bore warna merah, dan satu bore warna hijau.
Selain itu satu grind warna kuning, satu kotak jenama Bosh, satu tool box warna biru dan 1 satu cutter yang kesemuanya bernilaiRM5400.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Nasri dirujuk ke Jabatan Imigresen dan kedua-duanya diperintahkan menjalani hukuman mulai tarikh tangkap dengan kes pendakwaan telah dikendalikan Inspektor Ahmad Hafizul Helmi Mohd Shahar
Sementara itu dalam kes berasingan di mahkamah sama, Suhaila turut menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan terhadap Ridzman Amienuddeen Kassim, 23, selepas menipu seorang wanita berusia 56 tahun.
Tertuduh dijatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakan sejenayahnya yang masih bebas antara bulan Mac hingga April 2014.
Tertuduh melakukan perbuatan itu di Kedai Era Muhibbah Raya dengan curang memperdaya mangsa yang juga pengadu untuk mempercayai bahawa resit pembayaran saman sebagai bukti pembayaran saman trafik.
Tertuduh telah memperdaya pengadu sehingga mendorong beliau menyerahkan sebanyak RM2100 secara berperingkat kepada tertuduh dan rakan sejenayahnya untuk menyelesaikan saman trafik bagi anak saudara pengadu bernama Ishar.
A
Pada 21 April 2014 jam kira-kira 3.30 petang bertempat di kedai runcit pengadu, tertuduh telah menyerahkan sekeping resit pembayaran saman polis yang tertera jumlah pembayaran sebanyak RM3000.
Pada 22 April jam 10 pagi, pengadu bersama anak buahnya telah datang ke Cawangan Trafik Tawau dan membuat semakan saman tetapi mendapati tiada pembayaran dibuat dan dimaklumkan resit pembayaran saman yang dibawanya adalah palsu.
Pada 14 Mei lepas pada jam 8 malam bertempat di No 81, Peringkat 2, Kampung Muhibbah Raya, polis telah membuat tangkapan terhadap tertuduh dan terdapat saksi yang melihat penyerahan wang kepada tertuduh. Kes pendakwaan dikendalikan Inspektor Rozellina Baharudin.
Sabahtimes
Bagikan
Curi: Dua sahabat masing-masing dipenjara 30 bulan
4/
5
Oleh
admin