23 May 2014

Bomba cadang tambah dua helikopter untuk kegunaan operasi di Sabah dan Sarawak

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang untuk menambah dua buah lagi helikopter bagi kegunaan operasinya di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, mereka juga sedang mencari tapak yang sesuai bagi pembinaan pangkalan Unit Udara Bomba tersebut iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

"Setakat ini kami sudah mempunyai dua jenis helikopter jenis MI-17 yang ditempatkan di Miri, Sarawak bagi kegunaan operasi di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran 2014 di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Nor Hisham Mohamad. - KOSMO!


Bagikan

Jangan lewatkan

Bomba cadang tambah dua helikopter untuk kegunaan operasi di Sabah dan Sarawak
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.