23 May 2014

Bakat Cilik : Tegar dipergunakan Pengurus Demi Kepentingan Sendiri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Tegar, 13, mendedahkan kehidupan selepas popular tidak semewah disangkakan peminat selepas sebahagian besar pendapatan di industri seni sejak dua tahun lalu masuk ke poket bekas pengurusnya. 

Lebih menyedihkan apabila perhubungan dengan keluarga di kampung juga dikawal hingga mendorong bekas seniman kecil jalanan itu menggunakan khidmat orang kepercayaan baru bermula April lalu. 

"Seluruh kepercayaan saya serahkan kepadanya (bekas pengurus) kerana beliau orang yang meletakkan saya di sini dan dikenali hingga ke negara jiran. 

"Saya masih sabar walaupun pendapatan saya dikawal tanpa dapat membeli barang yang saya perlu manakala makan di rumah juga hanya berlaukkan tempe serta tauhu dengan alasan enggan saya tidak lupa diri. 

"Tetapi apabila tidak dibenarkan pulang ke kampung atau bertemu keluarga padahal matlamat saya bekerja adalah demi mereka, saya terpaksa meminta bantuan orang lain untuk bebas," katanya pada pelancaran album baharu di sebuah hotel di sini semalam. 

Selain untuk pelancaran album kedua berjudul Ke Mana Kasih Sayang, anak kelahiran Subang, Indonesia itu berada di sini bagi mengadakan persembahan Anugerah Bintang Popular BH 2013, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC), Sabtu ini.

Bagikan

Jangan lewatkan

Bakat Cilik : Tegar dipergunakan Pengurus Demi Kepentingan Sendiri
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.