Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

30 Jul 2014

Video Kejam Bagaimana Anak Ayam Diwarnakan menjadi Warna Warni

Ayam Berwarna Warni Menarik Perhatian 


Pernahkah kamu melihat anak ayam yang berwarna warni begini?

Mungkin bukan semua yang pernah menyaksikan anak ayam berwarna warni yang ada dijual di pasar.

Anak ayam aneka warna termasuk kuning, biru, merah dan hijau ini kelihatan sangat comel hingga kanak-kanak yang melihatnya pasti teringin untuk meminta ibu bapa membelikannya untuk mereka.

Berdasarkan pengalaman penulis, peniaga yang menjual akan memberitahu bahawa anak ayam ini berwarna warni selepas disuntik sejak dalam telur lagi.


Baca selengkapnya

18 Jul 2014

TONTON VIDEO PESAWAT MH17, BOEING 777 DITEMBAK TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSSIA UKRAINE

Perkongsian Video Pesawat Boeing 777 MH17 Terhempas di Russian, Ukraine



Takziah kepada seluruh Keluarga mangsa yang terlibat. Menurut laporan beberap akhbar tempatan hari ini difahamkan tiada seorang pun yang terselamat dari Tragedi Tragis MH17.
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

16 Jul 2014

[VIDEO] Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Sementara itu dalam satu majlis yang berlainan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya.




Baca selengkapnya

12 Jul 2014

Rakaman CCTV Rompakan Butik Inspirasihana

Rakaman CCTV Rompakan Butik Inspirasihana

Butik Inspirasihana yang beroperasi di Shah Alam dirompak secara terancang. Berikut adalah rakaman CCTV rompakan tersebut. Rompakan ini berlaku pada Selasa lalu, 8 Julai 2014. Pemilik premis ini meminta Oh!Media dan orang ramai supaya menyebarkan video ini bagi memudahkan proses penangkapan perompak-perompak ini.


Semoga Perompak akan dapat ditangkap dengan sokongan daripada semua.

Baca selengkapnya

9 Jul 2014

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas PERODUA Myvi dipandunya terbabas lalu merempuh pokok sebelum terbakar di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Kwan Loke, di sini. 

Dalam KEJADIAN jam 9.20 malam ini, mangsa yang belum dikenalpasti identitinya dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu daripada Likas. 

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan. 

Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk kemudian terbakar dan mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat tersepit. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. SUMBER -Berita Harian


ADMIN : Ketika Admin tiba di lokasi kejadian kereta sudah terbakar dan tiada orang yang berani untuk mendekati kereta tersebut kerana beberapa kali terdengar letupan kecil. Admin Ingatkan tiada orang di dalamnya. TAKZIAH kepada keluarga Mangsa. -djkupang.com

PERINGATAN Agar Tidak Meninggalkan Komen Yang NEGATIF sebagai menghormati KELUARGA MANGSA.


Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Video : Kereta Perodua MYVI Jatuh Ketika Servis

Video kereta MYVI yang jatuh ketika sedang diservis. Kelihatan para pekerja agak kelam kabut mungkin terdengar bunyi yang kuat. Jika Itu adalah kereta anda, APA kah perasaan kamu?


Baca selengkapnya