Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

26 Oct 2014

Terjerat Berasmara di Hotel Bajet

djkupang & Friends
JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai.

Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu.

Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet.

“Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.

Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia.

Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat.

Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot. -SINAR HARIAN

SUDAHKAH ANDA MENONTON MODEL TOYOTA PALING DISUKAI ?
Baca selengkapnya

19 Oct 2014

Belia SABAH berisiko jadi hamba PENDATANG - Masidi Manjun

Masidi berkata, dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja asing di SABAH dan kebanyakan mereka mahir di bidang pekerjaan masing-masing.

djkupang & Friends
MASIDI MANJUN
Golongan belia di Sabah berdepan risiko menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri sekiranya kadar kebergantungan terhadap pekerja asing terus meningkat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, rakyat pada hari ini belum bersedia untuk membangunkan tanah sendiri atau perniagaan, sebaliknya memilih untuk mengupah warga asing untuk melakukan kerja tersebut.

Sebagai contoh, Masidi berkata kebanyakan mereka yang bercucuk tanam dan menuai di kampung halamannya di Ranau adalah orang Timor-Leste.

"Kita tidak pernah melihat mereka beberapa tahun dahulu kerana setiap ahli keluarga akan membantu melakukan aktiviti tersebut sesama sendiri," katanya selepas merasmikan aktiviti anjuran Biro Tata Negara di Kundasang pada Sabtu.

Namun, Masidi berkata, situasi sekarang berbeza kerana golongan belia pada hari ini tidak mahu melakukan pekerjaan seperti itu.

"Jika pemikiran dan amalan seperti itu berterusan, saya takut kita akan menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri," katanya.

Masidi berkata, dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja asing di negeri itu dan kebanyakan mereka mahir di bidang pekerjaan masing-masing.

"Kebanyakan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya kita miliki dan ini kerana golongan kita lebih memilih dan hanya mahukan pekerjaan yang selesa," katanya.

MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Punca Remaja Nyaris Maut Dibelasah 5 Lelaki di Keningau

KENINGAU: Seorang remaja lelaki tempatan nyaris maut selepas dibelasah oleh lima remaja lelaki dengan menggunakan pisau pemotong daging dan rantai dalam sebuah kedai serbaneka 24 di pekan ini kira-kira jam 12.38 tengah malam pada Selasa.

djkupang & Friends
Remaja Nyaris Maut Dibelasah 5 Lelaki di Keningau
Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Merbin Anak Lisa yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa yang berumur dalam lingkungan 19 tahun itu membeli barang di kedai serbaneka 24 jam itu.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa dapat mengelak tetakan bertalu-talu salah seorang daripada lima remaja yang membelasah beliau dengan menggunakan laci meja di kedai berkenaan.

Akibat pergelutan itu mangsa mengalami luka di bahagian tapak kaki kanan, lutut kanan dan di bahagian kepala.

“Selepas kejadian itu mangsa yang meminta bantuan orang awam untuk membawa beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan kemudian dihantar oleh polis di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan dan mangsa dalam keadaan stabil,” kata Merbin ketika dihubungi pada Rabu.

Bertindak atas laporan mangsa kata Merbin salah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu berjaya ditangkap beberapa jam selepas kejadian di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran pekan.

“Sejurus selepas itu, tiga lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu telah ditahan di perkarangan IPD Keningau kira-kira jam 2.10 petang pada hari yang sama. Sementara itu seorang lagi suspek yang telah dikenal pasti sedang diburu polis,” jelasnya.

Merbin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dan salah seorang suspek pernah berselisih faham dan ejek mengejek semasa masih bersekolah dua tahun yang lalu dan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu mereka juga pernah bergaduh namun tidak dilaporkan kepada polis.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Keempat-empat mangsa yang berumur antara 18 hingga 22 tahun, ditahan reman sehingga 20 Oktober ini untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing yang dijalankan tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Ampethamine. -SABAHTIMES

Baca selengkapnya

17 Oct 2014

PERKONGSIAN INFO : Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"

Perkongsian INFO sahaja. Mungkin ada yang BETUL dan sebaliknya. Yang Baik Jadikan Tauladan Yang Buruk Bikin Sempadan

DJKUPANG & FRIENDS
Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"
Hidung Panjang 
Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil
Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.
Hidung paruh burung :

Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk MENCARI CINTA SEJATI dalam kehidupan anda.

Hidung Tajam 
Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.

Hidung Lurus 
Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang setia dan tidak menipu.

Hidung Kembang
Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing 
Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek 
Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar 
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah 
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek 
Anda seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil 
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana 
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing 
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Hidung Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Hidung Lubang Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda. 

KREDIT : DIREKTORI SABAH & PENGIKLANAN PERCUMA SABAH


- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

14 Sept 2014

Rahsia Suami Terbongkar selepas Anak perempuan berusia 5 tahun Sakit Tekak

Suami durjana !! Sanggup paksa anak 5 tahun untuk Oral Seks ?

blog djkupang
Rahsia Suami Terbongkar selepas Anak perempuan berusia 5 tahun Sakit Tekak
Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.



Baca selengkapnya

10 Sept 2014

PANAS !! UJIAN UPSR Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014 - Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan SAHKAN Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014 -10/09/2014 UJIAN UPSR : 


Blog djkupang
Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014

KUALA LUMPUR: Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah ditangguhkan kerana didapati bocor.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan sebentar tadi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.



Baca selengkapnya

9 Sept 2014

Operasi Khas JPJ | Pantau Nombor Pendaftaran dan Penggunaan 'Strobe light' Secara Berperingkat

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.  

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.


Baca selengkapnya

Spesifikasi Terkini Nombor Plat yang diluluskan JPJ Malaysia

Spesifikasi No Plat Kenderaan LEPAS JPJ

Tiga Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan :

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.


Baca selengkapnya