19 Oct 2014

Berita Sabah : Punca Remaja Nyaris Maut Dibelasah 5 Lelaki di Keningau

KENINGAU: Seorang remaja lelaki tempatan nyaris maut selepas dibelasah oleh lima remaja lelaki dengan menggunakan pisau pemotong daging dan rantai dalam sebuah kedai serbaneka 24 di pekan ini kira-kira jam 12.38 tengah malam pada Selasa.

djkupang & Friends
Remaja Nyaris Maut Dibelasah 5 Lelaki di Keningau
Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Merbin Anak Lisa yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa yang berumur dalam lingkungan 19 tahun itu membeli barang di kedai serbaneka 24 jam itu.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa dapat mengelak tetakan bertalu-talu salah seorang daripada lima remaja yang membelasah beliau dengan menggunakan laci meja di kedai berkenaan.

Akibat pergelutan itu mangsa mengalami luka di bahagian tapak kaki kanan, lutut kanan dan di bahagian kepala.

“Selepas kejadian itu mangsa yang meminta bantuan orang awam untuk membawa beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan kemudian dihantar oleh polis di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan dan mangsa dalam keadaan stabil,” kata Merbin ketika dihubungi pada Rabu.

Bertindak atas laporan mangsa kata Merbin salah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu berjaya ditangkap beberapa jam selepas kejadian di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran pekan.

“Sejurus selepas itu, tiga lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu telah ditahan di perkarangan IPD Keningau kira-kira jam 2.10 petang pada hari yang sama. Sementara itu seorang lagi suspek yang telah dikenal pasti sedang diburu polis,” jelasnya.

Merbin memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dan salah seorang suspek pernah berselisih faham dan ejek mengejek semasa masih bersekolah dua tahun yang lalu dan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu mereka juga pernah bergaduh namun tidak dilaporkan kepada polis.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Keempat-empat mangsa yang berumur antara 18 hingga 22 tahun, ditahan reman sehingga 20 Oktober ini untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing yang dijalankan tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Ampethamine. -SABAHTIMES



Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Punca Remaja Nyaris Maut Dibelasah 5 Lelaki di Keningau
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"