Showing posts with label Pasukan Polis Marin. Show all posts
Showing posts with label Pasukan Polis Marin. Show all posts

7 Jul 2014

Berita Sabah : Polis Marin Rampas 26,000 Bungkus Rokok Pelbagai Jenama

Polis Marin Rampas 26,000 Bungkus Rokok Pelbagai Jenama

Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 26,000 bungkus rokok pelbagai jenama semasa menjalankan Operasi Paradise Perairan di Kampung Simunul pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pasukannya merampas 9,500 bungkus rokok Astro Merah dan 16,500 bungkus rokok Astro Hijau di ruang dapur sebuah rumah tidak bernombor di kampung tersebut. 

“Anggaran nilai rampasan rokok yang dirampas tanpa cukai kira-kira RM166,400,” katanya.

Polis turut menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Mohamad berkata, suspek bersama rampasan telah dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Polis Marin Rampas 7,200 Bungkusan Mercun di Semporna

Polis Marin Rampas 7,200 Bungkusan Mercun di Semporna

Semporna, 6 Julai - Sejumlah 7,200 bungkusan mercun berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam dua operasi Op Paradise berasingan yang dijalankan di perairan Tongkaloh, di sini, lewat petang semalam.

Komandernya ACP Mohamad Madun berkata dalam pemeriksaan pertama terhadap sebuah jongkong yang melalui perairan tersebut, pihaknya menemui sejumlah 4,800 bungkusan mercun jenama "Tiger Firework" yang disorokkan di dalam ruangan yang terdapat di dalam jongkong tersebut.

"Manakala pemeriksaan kedua terhadap sebuah bot laju yang ditahan tidak lama selepas itu, pihak polis berjaya menjumpai 2,400 lagi bungkusan mercun jenama yang sama.

"Kesemua barang rampasan termasuk sebuah jongkong, sebuah bot laju, dua buah enjin sangkut dan sebuah tangki minyak yang dianggarkan berjumlah RM70,500 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut," jelas Mohamad lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Baca selengkapnya

22 May 2014

Tawau, Sabah : Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Lebih RM172,000

Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Lebih RM172,000


TAWAU, 22 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM172,015 dalam operasi di perairan daerah ini awal Khamis.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Superintenden Rosman Ismail berkata kesemua rokok dirampas dalam operasi pada kira-kira 3.20 pagi di kawasan Sungai Melayu, Sebatik dekat sini.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda mengesan sebuah bot yang bergerak laju dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia menuju perairan negara dan apabila ditahan, bot berkenaan cuba melarikan diri dan membuang beberapa objek ke dalam laut.

"Pihak kami cuba mengejar bot itu tetapi gagal kerana telah melarikan diri memasuki perairan negara jiran," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap objek yang dibuang dari bot itu, pihaknya menjumpai 930 kotak rokok pelbagai jenis tanpa cukai.

Rosman juga berkata kes itu akan dirujuk kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, sejumlah 12 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu beberapa agensi termasuk kastam, polis dan Jabatan Imigresen di sekitar daerah ini.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Tawau Lilis Suryani Raona berkata mereka termasuk tujuh wanita berumur lingkungan 15 hingga 59 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kami akan terus melakukan operasi seperti ini untuk membendung masalah kemasukan pendatang asing ke daerah ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, yang bermula pukul 9 pagi.

-- BERNAMA
Baca selengkapnya