22 May 2014

Tawau, Sabah : Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Lebih RM172,000

Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Lebih RM172,000


TAWAU, 22 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM172,015 dalam operasi di perairan daerah ini awal Khamis.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Superintenden Rosman Ismail berkata kesemua rokok dirampas dalam operasi pada kira-kira 3.20 pagi di kawasan Sungai Melayu, Sebatik dekat sini.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda mengesan sebuah bot yang bergerak laju dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia menuju perairan negara dan apabila ditahan, bot berkenaan cuba melarikan diri dan membuang beberapa objek ke dalam laut.

"Pihak kami cuba mengejar bot itu tetapi gagal kerana telah melarikan diri memasuki perairan negara jiran," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap objek yang dibuang dari bot itu, pihaknya menjumpai 930 kotak rokok pelbagai jenis tanpa cukai.

Rosman juga berkata kes itu akan dirujuk kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, sejumlah 12 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu beberapa agensi termasuk kastam, polis dan Jabatan Imigresen di sekitar daerah ini.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Tawau Lilis Suryani Raona berkata mereka termasuk tujuh wanita berumur lingkungan 15 hingga 59 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kami akan terus melakukan operasi seperti ini untuk membendung masalah kemasukan pendatang asing ke daerah ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, yang bermula pukul 9 pagi.

-- BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Tawau, Sabah : Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Lebih RM172,000
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.