Showing posts with label Militan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Militan Sabah. Show all posts

21 Jul 2014

Hari Kedua Perintah Berkurung Negeri Sabah ESSCOM Tahan 69 Nelayan

ESSCOM TAHAN 69 Nelayan termasuk 10 Wanita 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna Langgar Arahan Berkurung

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu. 

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin. 

"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi. 

"Majoriti yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sehubungan itu, Abdul Rashid mengingatkan orang ramai agar mematuhi perintah berkurung yang bertujuan membendung jenayah rentas sempadan, terutama aktiviti penculikan dan penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 

Sabtu lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang 19 Julai hingga 2 Ogos ini. 

Jalaluddin berkata, kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi. 

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan. 

Jalaluddin berkata, apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan. 
BERNAMA 
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Usaha Membebaskan Konstabel Zakiah Aleiph : PDRM dan Pihak Filipina dalam Proses Berunding dengan Penculik

Kita sama-sama Doakan agar semuanya berjalan lancar


PDRM dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina kini dalam proses perundingan dengan kumpulan penculik bagi membebaskan Konstabel Zakiah Aleip secepat mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengesahkan pihaknya ada menerima panggilan berhubung kes culik membabitkan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) itu yang dilarikan lapan lelaki bersenjata api di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

"Kita tahu ada panggilan kepada isteri Zakiah dan ada juga panggilan kepada pegawai kita. Zakiah disahkan selamat dan perundingan sedang dibuat untuk membebaskannya," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Selamat 5 peringkat Sabah, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam di Mabul Water Bungalow Resort itu, kumpulan bersenjata terbabit menembak mati Koperal Ab Rajah Jamuan sebelum melarikan Zakiah ke negara jiran.

Kumpulan terbabit sebelum itu dipercayai merancang penculikan terhadap pelancong di resort berkenaan, namun menyerang serta melarikan anggota polis marin berkenaan selepas mereka bertembung di jeti Pulau Mabul.
BHARIAN
-djkupang.com
Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Terkini Sabah : Perintah Berkurung Negeri Sabah dikuatkuasakan

Bermula dari 19 Julai 2014 sehingga tamat 02 Ogos 2014 Bermula 6.00 Petang Sehingga 6.00 Malam Larangan

KOTA KINABALU : Perintah berkurung diumumkan Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di enam daerah kawasan Esszone yang berkuatkuasa pada hari ini.

Antara daerah terlibat adalah Tawau,Sandakan,Semporna,Kinabatangan, Beluran dan Lahad Datu.

Bagaimanapun perintah berkurung berkenaan yang bermula jam 6 petang hingga 6 pagi itu hanya membabitkan kawasan perairan dan pantai di daerah-daerah terbabit dengan melibatkan keluasan 121,272 batu persegi.

Perintah berkurung ini akan tamat pada 2 ogos.
Baca selengkapnya

18 Jul 2014

Berita Sabah : Bilangan Tentera ESSCOM Ditambah Untuk Penguatkuasaan Keselamatan di Sabah

Terkini Sabah, Bilangan Tentera ESSCOM Ditambah Untuk Penguatkuasaan Keselamatan di Sabah


KOTA KINABALU 18 Julai - Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah/Sarawak) Lt. Jen. Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, bilangan anggota tentera di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) akan ditambah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penambahan anggota itu adalah sebagai persiapan untuk membantu anggota keselamatan lain seperti polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan pantai timur Sabah.

"Pihak Tentera Darat sedang merancang dan berusaha untuk menambah bilangan anggota di kawasan ESSCom sejak tamatnya Ops Daulat lagi," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga 5 Briged Infantri, di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi, malam tadi.

Katanya, selain menambah bilangan anggota tentera, aset yang telah sedia di kawasan ESScom juga akan ditambah bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi aspek keselamatan. - BERNAMA
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Berita Sabah : Penculik Minta wang Tebusan 10 JUTA

Kerajaan Tidak Akan Tunduk Dengan Sebarang Tuntutan Kumpulan penculik

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan tunduk atau melayan sebarang tuntutan wang tebusan oleh kumpulan yang menculik anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep dalam serangan hendap di Pulau Mabul di Sabah, Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memenuhi permintaan daripada pihak penculik kerana ia dilihat akan menggalakkan usaha kumpulan itu memperoleh wang dengan melakukan kegiatan penculikan.

Beliau turut menjelaskan pihak berkuasa ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta.

"Ada panggilan telefon dibuat oleh kumpulan penculik kepada anggota polis Marin bertugas di Sabah dan mereka meminta wang sebanyak 10 juta namun tidak dinyatakan jenis mata wang sama ada Peso, US Dollar mahupun Ringgit Malaysia.

"Kita, kerajaan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan bagi program TV3 Wanita Hari Ini dalam segmen 'Mesej Dari Penjara'.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak, sementara Zakia, 26, diculik kumpulan berkenaan ketika mereka sedang bertugas membuat rondaan di kawasan resort berkenaan.

Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah dengan menambah sebanyak 680 anggota pasukan keselamatan iaitu 330 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Kita tidak akan nyatakan strategi dan apa tindakan yang akan kita lakukan ... ketika ini pendirian kita ialah ofensif dan bukannya defensif," katanya.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan siasatan terhadap motif kejadian serangan hendap yang turut mengorbankan nyawa Ab. Rajah itu, ia dilakukan pada awalnya bertujuan untuk menculik pengusaha resort tetapi memandangkan pasukan keselamatan telah menjadi benteng kepada laluan mereka, maka sasaran dialihkan kepada pasukan keselamatan.

Mengenai isu Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang didakwa terbabit melakukan penculikan dan pencerobohan di Sabah, beliau berkata, penculikan itu dilakukan oleh orang bawahan pemimpin MNLF itu.

"Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Nur Misuari ini sedang uzur tetapi orang di belakangnya mempunyai cita-cita tinggi dan ingin menubuhkan ketumbukan ketenteraan upahan MNLF, ini satu langkah yang silap," katanya.
mstar online
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Perkampungan Air Laluan Masuk Penceroboh, Pengganas Ke Sabah

Kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

KUALA LUMPUR: Polis mendapati kawasan perkampungan air di Sabah menjadi 'sarang' kepada penceroboh, penculik dan pengganas daripada selatan Filipina untuk menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bancian dibuat polis mendapati selain orang tempatan, ada pendatang haram yang menetap di perkampungan tersebut dengan menjadikan ia sarang aktiviti jenayah.

"Ada tangkapan dibuat terhadap mereka dalam operasi secara berkala, namun ia tidak menghapuskan 'tapak' jenayah itu, selagi perkampungan seperti itu wujud," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Op Selamat 5/ 2014 Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, Khamis.

Justeru, beliau berkata, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan negeri Sabah agar mempercepatkan proses penempatan semula penduduk perkampungan air di negeri itu bagi mengekang aktiviti jenayah di sana.

Beliau mengulas cadangan Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad semalam agar kerajaan pusat dan negeri Sabah memindahkan penduduk di Perkampungan Air ke lokasi lebih selamat kerana ia menjadi sarang jenayah.

Komen itu timbul susulan insiden tembak-menembak yang mengakibatkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala seorang lagi diculik.

Dalam insiden tembak-menembak di Pulau Mabul di Semporna Sabtu lepas dengan sekumpulan lapan individu bersenjata berat, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik.

Berikutan insiden itu juga, kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

Kawasan perairan Pantai Timur Sabah seluas 1,400 kilometer nermula dari daerah Kudat hingga ke Tawau, adalah berjiran dengan selatan Filipina, serta sering kali menimbulkan konflik aktiviti jenayah termasuk kes siri penculikan, kemasukan pendatang haram dan pencerobohan kumpulan militan.

Kerajaan menubuhkan mekanisme keselamatan iaitu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) setelah mematahkan pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari selatan Filipina, yang berhasrat merampas Sabah, pada 12 Febuari 2013.
Baca selengkapnya

SEMASA SABAH : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA

KPN : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA

PDRM, Bocor Maklumat Negara
Kuala Lumpur, 17 Julai – “Kepesatan aplikasi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan ‘Whatsapp’ ialah punca kebocoran maklumat operasi yang dilakukan pasukan keselamatan ketika bertugas di Sabah,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam ucapan sempena majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Maktab PDRM Cheras, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, kebocoran maklumat ke tangan pihak luar dan media merumitkan penugasan para petugas yang mengawal keselamatan sempadan negara.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua warga dan kakitangan PDRM umumnya, supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang melibatkan keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, turut disentuh isu jenayah siber yang tidak akan dapat dibendung sepenuhnya dalam arus perubahan ICT yang rancak berkembang namun masyarakat harus sentiasa relevan dan responsif terhadap kehendak semasa.

Menurut beliau lagi, ancaman jenayah siber kini datang dalam pelbagai bentuk dan saluran di mana ia tidak hanya wujud dalam kes-kes komersil, tetapi juga wujud di dalam siasatan beberapa kes konvensional seperti fitnah, hasutan, culik, rogol dan bunuh.

‘Oleh yang demikian ‘Police Cyber Investigation Response Centre’ (PCIRC) yang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 akan terus diperkasa melalui penambahan kelengkapan terkini serta peningkatan kemahiran pegawai dan anggota selaras dengan penugasan yang dijalankan’, tambah Ketua Polis Negara.

Majlis turut menyaksikan penyampaian surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam PDRM dan sumbangan kepada beberapa balu dan anak-anak yatim warga PDRM serta kepada lapan buah masjid di bawah kelolaan PDRM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah dan warga kerja PDRM
Baca selengkapnya

Alhabsi Misaya, Pemimpin ABU SAYYAF rakam Tebusan Dipenggal Kepala

Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, Pemimpin ABU SAYYAF 


PETALING JAYA: Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, pemimpin Abu Sayyaf terkenal yang dikatakan menahan seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip sebagai tebusan di selatan Filipina, mula tersebar.

Alhabsi adalah salah seorang lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh pekerja kilang di Jolo, selatan Filipina pada 2007, seperti yang didedahkan dalam satu video secara talian.

Klip video berdurasi 14 minit itu direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa tebusan ke beberapa kawasan berbeza di dalam hutan sebelum bertindak kejam ke atas mereka.

Muka tebusan pertama dibiarkan tunduk dan kepalanya ditarik oleh salah seorang lelaki bersenjata sebelum dipenggal menggunakan sebilah pisau.

Beberapa orang tebusan kemudian dibawa ke kawasan yang terletak berberapa ratus meter sebelum menerima nasib yang sama.

Alhabsi dilihat ketawa kecil semasa tebusan diperlakukan seperti binatang.

Rakaman itu memperlihatkan pembunuhan kejam setiap pekerja secara terperinci dan pada satu ketika, Alhabsi memfokuskan secara dekat ke arah kepala yang dipenggal.

Kemudian, dia memfokuskan kamera ke arahnya sekaligus memperlihatkan wajahnya dengan jelas bahawa dia adalah lelaki yang dikenal pasti oleh pasukan perisikan Malaysia dan Filipina sebagai salah seorang pemimpin Abu Sayyaf.

Di akhir rakaman, lelaki bersenjata mendekati tebusan yang tinggal dan mengikat tangannya sambil bertanya beberapa soalan.

Tebusan itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam hutan tetapi nasibnya tidak diketahui kerana rakaman tiba-tiba terhenti.

Kli video bertajuk 'Seven innocent people in Jolo, Sulu beheaded by Abu Sayyaf group' dimuat naik ke laman You Tube oleh Raymond Penny pada Julai tahun lalu dan ditonton lebih 5,000 orang setakat ini.

Tebusan tersebut yang bekerja di kilang papan lapis berdekatan, diculik dan kepala mereka dipenggal selepas syarikat tersebut enggan membayar wang peras ugut kepada Abu Sayyaf bagi menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Nama Alhabsi, ahli junior di dalam kumpulan tersebut, meningkat naik selepas melakukan beberapa penculikan di pantai timur Sabah yang membabitkan wang tebusan bernilai jutaan pesos. mstar online
Baca selengkapnya