15 Jun 2014

Persembahan tarian "Mabuk dan Rojak" Memalukan Bangsa Rungus - Jelani Hamdan

Oleh MYUSUF ASHUKRI

Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah, Dato Jelani Hamdan hari ini mengecam tarian MONGIGOL SUMUNDAI RUNGUS yang dipersembahkan semasa  acara Sambutan Perayaan Tadau Kaamatan Peringkat Nasional pada 14.6.2014 dan menyifatkannya sebagai tarian yang tidak lebih dari tarian "mabuk dan rojak".

Beliau yang juga wakil rakyat ADUN N.4  Matunggong membuat kenyataan tersebut melalui tulisan di akaun laman sosial facebook miliknya dan turut menambah tarian tersebut amat memalukan dan menyinggung perasaaan bangsa Rungus.

Tarian Mongigol Sumundai tersebut telah diubah tanpa kebenaran masyarakat Rungus dan atas kapasiti beliau sebagai Presiden Rungus Sabah, satu nota bantahan akan dihantar kepada pihak berwajib dan terlibat.

"Sudahlah pakaian Rungus DIANAKTIRIKAN semasa pertandingan UNDUK NGADAU , tarian kita pula ditarikan sambil lewa dan main-main. Saya cadangkan agar pihak kementerian menubuhkan satu panel penasihat kebudayaan yang akan dianggotai oleh semua wakil dari semua suku kaum /etnik di Sabah" tambah beliau lagi.

Dato Jelani Hamdan di laman sosial Facebook

Bagikan

Jangan lewatkan

Persembahan tarian "Mabuk dan Rojak" Memalukan Bangsa Rungus - Jelani Hamdan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"