15 Jun 2014

AIDS : Penyakit Kelamin Semakin Membimbangkan


PADAWAN : Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata Sindrom Kurang Daya Tahan Mela­wan Penyakit (AIDS) dan penyakit kelamin semakin membimbangkan di negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi statistik ter­baharu mengenai penyakit berkenaan ekoran belum ber­jaya mengumpul data kole­ktif terbaharu mengenainya setakat ini.

“Akan tetapi, perkara ini berlaku disebabkan terlalu banyak pendedahan kepada generasi muda, apa yang saya fikirkan secara umum adalah orang muda hari ini mem­punyai pendirian mereka sendiri.

“Sedangkan orang dahulu agak konservatif untuk men­cuba semua perkara (ber­sosial) ini,” katanya ketika menjelaskan kepada media ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kem Kesihatan di Klinik Kesihatan Braang Bayur itu di sini semalam.

Pada masa yang sama, Dr Jerip juga menyatakan bahawa jumlah masyarakat Malaysia yang mengalamai obesiti banyak menyumbang kepada pertambahan jumlah pesakit penyakit tidak ber­jangkit (NCD).
Penyakit NCD terdiri dari­pada diabetes, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol.

Walaupun begitu, tidak ramai rakyat Sarawak yang menghidapinya namun Ke­menterian Kesihatan telah menjalankan pelbagai pro­mosi kesihatan bagi mence­gahnya sebelum menjadi lebih teruk.

“Setiap individu perlu menjalakan aktiviti ber­jalan selama setengah jam setiap hari iaitu bersamaaan dengan 1,000 langkah di samping mengamalkan cara hidup yang sihat dan amalan pemakanan atau diet yang seimbang.

“Apabila pada usia muda anda tidak mengikuti diet yang seimbang, pada usia tua sistem badan akan menjadi lebih teruk,” tegasnya.

Pemeriksaan kerap kesiha­tan perlu bagi tekanan darah dan jumlah glukosa dalam tubuh yang perlu penelitian terperinci agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Dr Jerip menyatakan rasa gembira dengan persiapan enam bulan lebih awal klinik yang baharu dibina di Braang Bayur.

Beliau sambil menyatakan terdapat kesulitan bagi Klinik Kesihatan Kecil Siburan yang sepatutnya dilaksanakan sebelum ini, menyebabkan kerajaan mendahulukan pro­jek di tapak Klinik Kesihatan Braang Bayur.

Dr Jerip juga menginginkan agar semangat bergotong-royong di kalangan penduduk dan kakitangan Klinik Kesi­hatan Braang Bayur diter­uskan setiap masa.

Majlis berkenaan turut menghimpunkan pemerik­saan berkaitan penyakit tidak berjangkit, kesihatan awam dan perubatan secara per­cuma oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching.

Turut hadir wakil Pengarah Kesihatan Bahagian Kuch­ing Dr Siti Khadijah Ahmad Tajuddin.

BORNEOPOST

Bagikan

Jangan lewatkan

AIDS : Penyakit Kelamin Semakin Membimbangkan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"